Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

31 January 2010

Gulai Tempoyak Ikan Patin

 
( Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak)
HAri ni, Time Lunch Hasnan masak untuk kami di rumah ni... sebelum ni, aku memang tak makan Ikan PAtin. bila dok je Tg. Malim baru belajar makan ikan ni.. sebab Family aku x makan ikan PAtin sebabnya ikan  ni bau hanyir sikit kan..? bila dah makan rasa sedap pulak.. ye lah ikut cara orang yang masak kan..
  Bila HAsnan masak je tadi, sama lah macam kedai punya. garam, gula, tempoyak & sebagainya cukup rasa. Tima Kasih banyak-banyak kat Hasnan untuk Lunch hari ni... menu lain yang dia masak tadi sosej + kentang masak kicap. dan tea o ais...

Jom Mandi-mandi di Sg. Samak...

Petang tadi Aku & Kawan-kawan sempat gi mandi-manda di Sg. Samak.. Lebih kurang jam 3 petang.. kami singgah dulu di Kedai Nash untuk beli makanan. Then, masih lagi terfikir-fikir dekat mana nak mandi manda.. mula-mula nak gi Sg. Bill tapi jauh sangat. Nak Gi Kalumpang.. pas tu x tau jalan pulak.. akhirnya mandi di Sg. Samak je..
( Sempat Bergambar 2-3 keping je... sebab kesejukan.. Pic budak2 ni x da... lalaala)
    Nasib Kami memang baik hari ni.. perkelahan yang menyeronokan... apa tidaknya.. x ramai orang dekat kawasan yang kami gi tu.. biasanya ramai orang yang datang hari sabtu.. tambah-tambah cuti Thaipusam ni kan.. agaknya semua orang gi Batu Caves kot.. lalalalal..
    Sebelum mandi kami makan-makan dulu, semua kelaparan time tu... pagi cuma makan makaroni je... tengah hari belum makan apa-apa lagi.. memang kebulur semua... lapas je makan x lengah lagi nak mandi....
     Tapi... Hari ni air sungai agak berbau sikit. air dia still jernih lah.. x tau lah nape busuk sagat air tu. dah alang-alang sampai.. busuk x busuk mandi juga... yang best tu siap scrape badan lagi... memang tanggal semua daki kat badan... aku & Sharel cuma scrape kat tangan je.. badan dah bersih kan... Put & Afiq satu badan kot... lalalaal.. memang bersih lah badan dia orang... hilang segala daki yang ada dekat badan tu...
    lebih kurang jam 6 petang balik umah, Then malam gi Pasar Malam lak... Ok lah... mata dah ngantok sangat-sangat ni... Adik & Sharel sekarang ni tengah dibuai mimpi di kayangan.. Put pon dah balik dari Meeting... penat sangat lah tu... Ok... g9 semua.... jumpa untuk post seterusnya... daaaaaa..... 
   
  

TF Vs TV LCD

Hari ni kita belajar Law ok.. mesti ramai yang terpikir dan tertanya-tanya.. nape banyak sangat guna Vs ni.. sebenarnya suka2 je... aku nak bagi tau yang sem ni aku amik 2 paper law.. satu untuk major satu untuk minor.. lalalala...
   ...Cerita Pertama dah nak mula ni... lalalalala...
Hari ni ada promosi besar-besaran dekat Tf lah kononnya, sape yang ada kad ahli tu layak untuk membuat cabutan bertuah jika berbelanja RM100 dan ke atas.. hadiah utama TV LCD dengan Mesin Basuh. lebih kurang jam 10pg Aku, Helmi, Ikhwan & Cd. gi lah berbelanja dengan harapan dapat hadiah utama TV LCD tu. Bila samapai je, tengok tempat parking semua dah penuh. dalam TF pon berpusu-pusu orang. ramai sangat...
   Dipendekan cerita, kami terus beli barang untuk rumah dan keperluan diri. rasanya dah lebih 200 lebih ni.. kami pon gi lah bayar.. bila tanya je dengan casher tu.. boleh ke buat 2 resit? dia pon cakap boleh.. kami pon buat lah 2 resit.. 1 resit RM106 satu lagi RM140 lah.. lebih kurang cam tu lah.. aku pon x ingat sangat.. Aku dengan CD pon nak gi tebus hadia ni.. cabutan bertuah lah konon.. bawa lah resit pertama.. CD pon cabut.. dapat huruf P. Ingatkan dapat PETI AIS  ke...  rupa-rupanya pinggan... kecewa aku... Pinggan LCD lagi.. kalau beli kat kedai 2 inggit dapat 2 biji.. keji sangat TF tu... 
 
( Pinggan LCD kebanggaan TF) 

   Yang tu x kisah lah.. kami cuba nasib untuk kali kedua... Ikhwan bawa resit yang kedua... nak tau apa orang tu cakap.. MAaf... hanya satu resit dan satu kad sahaja boleh digunankan untuk satu urusniaga.. apa lagi kecewa lah semua.. kami pergi dengan harapan membawa balik TV LCD tapi pulang dengan Membawa pulang Pinggan LCD. yang penting Ada LCD kan... tu semua x kisah lah.. x da rezeki kan.. cuba lagi lain kali...

Open Day Kolej Za'aba..

Malam tadi Aku, bersama Mantan NYDP MPP (Put), & Calon MPP baru Sharel & Afiq sempat meluangkan masa gi dekat KZ.. biasalah lah kan, MPP baru kita ni nk beramah mesra dengan Rakyat Jelata. Apa tak nya.. depa ni  nak meraikan kemenangan besar... lalalala... gurau je ek..
   Sebenarnya x da lah nak jumpa dengan rakyat jelata pon.. tapi saja suka-suka nk tengok gerai-gerai yang ada kat sana...  bila sampai je kat sana tengok-tengok gerai.. then kami gi gerai Ainun Theraphy, yang ni kedai cuci mata lah lebih kurang.. lepas je pakai binatang yang dia letak dekat mata tu.. terus terang & segar biji mata.. mula-mula nak gak beli.. tapi tengok harga dia mahal sangat sampai RM70 x jadi lah beli... kalu Rm40 nak gak beli.
 
(Duta-duta BROOCH Korean...lalalala) 

   Kami sempat gak  beli MaFLA.. ala.. yang nacam serban orang gi haji tu..  rasa nye PUT lah paling vogue sekali.. sampai 3 dia beli.. warna x boleh bla... pink lagi... time ni pandai betul budak-budak ni NEGO dengan kak yang jual tu.. dapat lest sampai 50-70% kot.. harga dia biiarlah rahsia.. malu kot nak bagi tau... lalalalalal..
 
( 4 Jejaka sedang menggayakan Mafla, & Brooch)

   Bila sampai je umah x lengah lagi.. semua terus menggayakan.. siap pakai BROOCH lagi.. BROOCH mahal tu... satu RM100 ada yang sampai 100 lebih.. kalau ada sape2 yang nak beli BROOCH ni.. boleh call Put, HAsnan, Richard, Or Abg Shahril. dia orang ni tokei kerongsang... Jaminan sehingga 2 tahun... Perniagaan mereka dibuka 24 jam sehingga 10 Feb ni.. sape cepat dia dapat...

Secret Recipe BeefSteak & Sasukar Sukura!!!


 
( Sedapnya BeefSteak ni... Terbaik dari ladang)

...Cerita Mula...
Bila baca je tajuk ari ni nampak cam menarik je kan?... haahhaha... apa taknya.. tiba-tiba je cerita pasal makanan.. mesti semua orang ingat aku tengah lapar kan.. kalau nak tau sekarang ni dah jam 12 lebih... memang tengah lapar ni.. tapi x leh makan.. aku tengah diet.. berat dah naik 3kg.. sekarang dah 59kg... mmmmm...tapi aku semangat lagi nak post story kan... nampakkan pic kat atas tu....? ni lah Beef Steak yang telah diinovasi oleh Chef Shahril yg di import khas dari Manjong,Perak. untuk menyedikan resepi ini mengambil masa 3hari 2 malam je.. pekerja yang diperlukan sekurang-kurangnya 38orang. mesti anda tak percaya kan..? aku pon x caya... hahahahha... semua kena tipu...  lalalalala... kalau nak tahu resepi dia kena tanya Chef lah.. aku pon x leh bagi tahu...

 
(Gambar Sasukar Sakura, yang sedap.. Rasa sekali pasti menjilat Jari Kaki mmmmm)
Yang ni pulak resepi kedua Chef kita.. dengar nama pon dah tahu sedap kan.. memang menangis kalu makan.. sedap sangat-sangat.. ni 1st time aku makan benda ni... bahan-bahan yang digunakan  daging, telur, bawang, cili... dan macam-macam lagi lah.. kalu nak cerita 3 hari 3 malam pon x habis... masakan ni kita makan dengan roti... ala-ala orang arab punya makanan lah... rasa dia macam kebab pon ada gak..
    Apa-apa pon nak ucapkan terima kasih kepada Chef Shahril yang sudi masak untuk kita orang di Taman Nusa. Sebab dia yang sponsor  untuk beli barang ni... x lupa juga kepada Helmi yang terut menjadi sponsor bersama.. seterusnya kepada Penghuni rumah Taman Nusa yg memberi pinjam peralatan dapur & barang-barang.... Terima Kasih Daun Keladi, Kalau boleh.. lain kali masak lah lagi... bak kata pepatah kecik tapak tangan stadium bukit Jalil kami tadahkan...
...Cerita Tamat....



28 January 2010

Tahniah Kepada Zulhelmi,Sharel & Muzzakir Afiq...


 
( Dari kiri- Hairi, Sharel, Muzakkir Af iq & Helmi)
Akhirnya terjawab segala persoalan siapakah yang bakal menjadi MPP untuk kali ini.. sudah terang lagi bersuluh sah-sah lah majoriti daripada Pimpinan Bitara. daripada 15 kerusi yang dipertandingkan 9 daripadanya dimenangi oleh Pimpinan Bitara dan selebihnya oleh Mahasiswa Pendidik.
   Apa-apa pon tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah jangan kecewa... boleh cuba lagi..
sebenarnya fokus aku lebih kepada kawan-kawan aku... yang pertama skali Si Adik (Muzakkir) ni... satu2 nya calon UMUM tunggal untuk semester 2  dan PENDIDIKAN ISLAM... menang dengan bergaya... nak tau apa sebabnya..
   1. Bakat kepimpinan yg ada pada dia.
   2. Pandai bermain dengan kata-kata, Hadis, hujah...
   3. Pakej yang lengkap...
  
( ha... sempat lagi bergambar dengan Dato' NC...lalallalala) 
kalau nak tahu bukan senang menang calon UMUM ni...Mahasiswa/i percaya dengan bakat dan kebolehan yang ada pada dia.. so tahniah sekali lagi...
    Yang kedua, Sharel... 1st sekali... u memang hebat lah... persaingan yang cukup hebat.. sebab dekat FSSK 4 orang yang bertanding.. tapi Sharel pon menang dengan undian yang agak tinggi... yang penting kena VOGUE.. tu pon salah satu kretiria kalau nak menang... sebelum u bertanding pon... memang dah ada AURA nak menang... lalalalala...  time Rapat Umum tu... memang habis laser  mulut tu... tu sebab leh menang.. lalallalallaalalal...
   Kepada Helmi Pula menang besar dekat FPE  (fakulti Perniagaan Ekonomi)... apa taknya.. pengaruh dia ramai... Yang penting Prince Hairi siap Publish gambar dia dalam blog... tu salah satu faktor menang besar... Mie..aku bukan nak bangga... tapi terharu ko menang... walaupun aku kalah tanpa bertanding x kisah lah...
Apa-apa pun tahniah kepada semua yang menang terutama yang 3 orang ni... Sekarang anda sudah menjadi MPP...

p/s- kepada budak-budak ni... u all dah jadi MPP. So, jalankan tanggungjawab dengan baik. Pegang jawatan dengan jujur & amanah... bila dah jadi MPP ni.. jgn lupakan orang bawah yang vote ko orang.. tanpa mereka semua siapalah u all semua... bak kata pepatah... habis madu sepah dibuang... lalalalalalal.. 
(pesanan Ikhlas daripada Prince Hairi)


Perlu ke kita aibkan orang lain?


...Cerita Mula...

Setelah 2 hari aku menyepi tanpa sebarang post, kini aku bangun dengan kemarahan yang membara. bukan apa, 27/01/2010 aku terbaca dalam 1 blog yang agak popular di UPSI. tapi post yang dikeluarkan very the NERAKA. macam sial.. yang ni lebih keji dari mulut-mulut NERAKA, LONGKANG, TAIK HAYAM, TAIK KUCING, TAIK-TAIK apa-apa lah.. mulut penulis tu lebih busuk dari taik-taik tu...  aku tak boleh terima apa yang ditulis dalam tu..
    Penulis tu seolah-seolah mengAibkan orang lain. Nak dipendekan cerita. sekarang di UPSI sibuk dengan PRK ( Pilihan Raya Kampus). kat sini dah macam 2 parti lah, satu Aspirasi & Satu lagi Pro Aspirasi. yang tak boleh bla tu.. kalau kita nak bertanding biar lah cara baik.. ni tidak....  suka-suki mak bapak dia je nak buat fitnah kat orang lain.
   Memang lah dia x sebut nama, tapi sudah terang lagi bersuluh. orang dia maksudkan tu. siap bagi tahu semester, kos & lain2 lagi. sebab yang bertanding untuk kos tu sorang je. sah-sah lah aku kenal orang tu. Orang Yang dia mengata tu kawan baik aku pulak. Ni yang aku nak maki ni... kalau mulut belum pasang Insurans... pas tu berani nak buat fitnah.. nak juga aku keluarkan hadis-hadis...
    Nak tau apa yang dia tulis? " MAHASISWA DISARAN TOLAK CALON LEMBUT" suka suki dia je cakap kawan aku lembut.. memang x da hotak orang yang tulis post tu.. geram sangat-sangat.. dah lah budak mempunyai bakat kepimpinan... agama yang baik... solat tidak pernah tinggal, tidak pernah melukakan hati orang, menghormati orang yang lebih tua...tengok tubuh dia pun sempurna.. x da lah macam sotong2 Or pondan2 kat luar.. semua cukup lengkap.. memang sempurna... tapi kenapa lah dia difitnah? Kenapa? kenapa? kenapa?

   Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
 
KEPADA PENULIS BLOG YANG SAYA MAKSUDKAN ITU, AKU HARAP KO BERSIHKAN SEMULA NAMA KAWAN AKU NI.. JANGAN SAMPAI ANDA JUGA DI AIBKAN OLEH ORANG LAIN SUATU HARI NANTI.. SESUNGUHNYA ALLAH ITU MAHA KAYA DAN ADIL KEPADA UMATNYA. 
...Cerita Tamat... 

25 January 2010

UNDILAH Calon Fakulti (FPE)- MOHD ZULHELMI BIN ABDUL WAHAB


(CALON FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI)

Kepada kawan-kawan daripada Fakulti Perniagaan & Ekonomi.. Jangan lupa khamis ni 28hb kita pakat ramai-ramai turun mengundi... Mesti anda terpikir-pikr nak undi sape kan...?
Jawapan dia mudah sahaja.... semudah ABC.. sudah terang lagi mau bersuluh... calon dah ada depan mata kita.. bakat  dah ada.. pakej dah cukup.. apa lagi!!!! UNDI lah MOHD ZULHELMI BIN ABDUL WAHAB. tengok sahaja penglibatan beliau pasti anda semua teruja kan... rasanya itu baru 1% daripada penglibatan beliau.. kalau tengok SIJIL program yang pernah dia join.. makan masa 3 hari baru habis.. tebal tu... So, Apa lagi... ingin melihat UPSI terus terbilang, Gemilang, & Gemilang.... undilah MOHD ZULHELMI BIN ABDUL WAHAB...

YDP MPP AT45 & LESTARI FOREVER TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI KAMPUS


(GAMBAR YDP MPP IKHWAN KETAIKA BERCUTI DI LONDON SEBELUM TERLIBAT DALAM KEMALANGAN )
...BerItA Mula... 
Tanjong Malim- Kurang dari 24jam perlantikan barisan kepimpinan kepimpinan baru, YDP MPP  AT45 terlibat dalam kemalangan di kampus. Menurut mangsa, beliau pergi ke kampus dengan tujuan menghantar kertas kerja yang masih lagi bermasalah disebabkan pertukaran tarikh.
   Walaubagaimanapun, dalam perjalanan ke HEP, mangsa cuba mengelak lori AIR BATU. yang tidak memberi isyarat untuk berhenti. Secara sopan santunnya, si YDP ni terus berhenti  secara tiba-tiba yang menyebabkan moto yang diboncengnya hilang kawalan dan  lalu jatuh ala-ala bapak hayam... dapat x anda bayangkan..? Renungkan sejenak...
   Hasrat YDP ( IKHWAN) untuk ke HEP tidak kesampaian untuk menghantar kertas kerja. Pada mulanya beliau ingin membawa kes tersebut ke Balai polis yang berhampiran. Namun, disebabkan masalah teknikal yang berlaku, masalah tersebut diselesaikan secara baik. IKHWAN yang merasakan dirinya begitu Vogue setelah jatuh bertukar kepada seorang yang lebih GEDIK apabila dia meroyan dalam kesakitan. Apa-apa pon aku mengucapkan takziah kepada engkau.. Beliau telah dihantar ke klinik berhampiran oleh salah seorang rakannya yang baru dikenali lebih kurang 3 tahun yang lalu.
   Ikhwan telah selamat diberi rawatan di klinik Panel iaitu Klinik Nabilah. Menurut Dr.YDP masih dalam keadaan kritikal dan stabil.. kaki & tangan cedera parah. namun, ubat dan balutan telah diberikan kepada mangsa. Prince Hairi akan mengadakan meeting tergempar petang ini berikutan kemalangan yang menimpa YDP. Barisan MPP yang telah dilantik akan bermesyuarat jam 8.00 malam ini. 
   Kemungkinan besar Ikhwan Akan diterbangkan ke Los Angles, USA, CAnada, Korea & Amerika. untuk mendapatkan rawatan susulan. Negara-negara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini. Kami di barisan kepimpinan MPP AT45 memohon kepada Rakyat Jelata supaya mendokan supaya YDP kita cepat sembuh dan boleh menjalankan tugas harian beliau. 
   Untuk makluman orang ramai,program yang akan dijalan pada hujung minggu ini trpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis solat hajat dan bacaan yassin supaya YDP cepat sembuh. Kepada YDP, cepat-cepatlah taubat. jangan nak menggedik je.. BOLEH KE TIDAK? BOLEH KE TIDAK? BOLEH KE TIDAK?

p/s- berita akan disiarkan dari masa ke semasa.. 
...BeRita TaMat...

24 January 2010

Barisan MPP (2010) AT45 & Lestari Forever

 
(Barisan kepimpinan MPP 2010,Menang tanpa bertanding) 

Sekarang ni tengah hangat di Kampus,Kolej-kolej dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya untuk PRK. Tapi itu semua tidak sehangat barisan kepimpinan MPP untuk Prince Hairi. mereka yaang terpilih ini telah menghadiri lebih dari 10 kursus antaranya, kursus bersama CNI, Smart Global, Avon, Zhulian, Kursus Kahwin dan sebagainya.
    Kerusi yang dipertandingkan sebanyak 8, namun daripada 800 orang yang menghadiri kursus tersebut, hanya 8 orang sahaja yang dipilih. Selebihnya menarik diri disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Prince Hairi ialah:-
   1. Berpewatakan menarik.
   2. Mesti seorang yang Vogue
   3. Mulut seperti Laser.
   4. Masih Single 
   5. Tidak pernah disabitkan kesalahan di 
    bawah Akta Keselamatan AT45.
   6. Memiliki pendapatan sekurang-kurangnya 10K sebulan.
   7. Suka Shopping dekat TF dengan Billion.
   8. Petai Merupakan makanan kegemaran setiap hari.

Mereka yang dipilih ini berpeluang menjadi Wartawan untuk Prince Hairi. Saya mengucapkan Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk barisan MPP AT45. teruskan perjuangan kita semua..

  

Cuti-Cuti Malaysia Genting Highlands..

Kronologi Percutian Ke Genting..


9.00am- Bertolak dari Tg. Malim, Then, Berhenti dekat Taman Bahtera untuk beli makanan.

9.20pg- Sebelum sampai Kalumpang, Richard & fauzal ada masalah teknikal... time ni lucu sangat2... baju sejuk Richard termasuk dalam rantai moto.. baju habis koyak.. Then, terus je buang...  kesian kat Richard yang kesejukan bila samapi kat puncak..

9.40pg- Berhenti Makan dekat KuBu Baru. Kat sini hampir2 berlaku peristiwa yang agak lucu & menakutkan.. time ni wan Besut lak.. nak tahu cerita lanjut tanya dia sendiri.. x leh nak komen banyak2...

10.15pg- Meneruskan perjalanan ke Genting, jalan yang penuh mencabar.. pendakian yang agak memenatkan.. Jalan ok je.. x bahaya sangat..  bila dekat nak tiba je kat puncak.. semua kesejukan.. Time ni lah, Mamat2 poyo semua berhenti untuk tangkap gambar...

11.20pg- Tiba di Genting, bila tiba je kat sini.. banyak HOT STORY...  1st Story, time nak cari parking moto dekat hotel.. cari punya cari x jumpa gak tempat letak moto. habis semua aras masuk.. sampai no entry pon kita masuk gak.. tiba2 aku & IKHWAN... #$%#%$#$%%.. nak tau lg tnye dia.. memalukan aku betul.. oh..tidak...



11.30pg- Check In dekat First World Hotel.. bila masuk je bilik rasa macam x puas hati gak.. x memuaskan dengan apa yang dibayar.. berbeza dengan Theme Park Hotel waktu kita orang duduk sebelum ni... tapi x pa lah.. sebab sehari je nak dok kt situ.. 
12.00pg- lepas je bersiap, turun bawah ni.. bila beratur je nak beli tiket.. jumpa ngan Abg. $#$$%#@... siap offer tiket untuk aku lagi.. ayat dia x leh bla... ingat kan dia tu penyamun mana tah...  tah bila masa aku ada hubungan keluarga ngan dia tah.. tapi x pa lah.. mula2 nak main out door je.. nak save bajek la.. dah ada orang nak offer.. so apa lagi.. ikut je lah dia.. dah lah kita orang gi 7 orang.. lepas tu dapat banyak diskaun tu..
- Cuba anda bayangkan, main ALL PARK... cuma bayar RM30 je.. hahaa sape x suka.. biasa dalam 50 lebih lah... kalau outdoor pon dah RM38 hari biasa sabtu  & ahad RM44. tapi aku dpt in & out door cuma RM30 je.. hahahha tu lah namanya rezeki..
- So, apa yang penting.. kalau nak gi bercuti.. 1st sekali senyuman & VOGUE tu penting.. kalau x.. x  kan lah ada orang offer tiket murah & bagi diskaun..


- sekarang time untuk bersuka ria pulak.. semua game kita orang main...  ni salah satu.. walaupun benda ni untuk budak2.. tapi best gak.. pening2 lalat lah juga...


-rasanye yang best skali main Flying Coaste.. yang ni macam terbang dekat angkasa je.. pusing punya pusing macan nak muntah..
5.00pm-  Perut dah bunyi ni.. apa lagi kua cari makan jap.. sasaran utama kedai mamak.. sebab tu je paling murah.. murah2 pun pon dekat RM8 sorang.  makan nasi dengan air..


5.30- sambung lagi main..time ni Albinus dah x larat lagi.. dia balik bilik & aku dengan yang lain meneruskaN perjuangan di Genting.. 


7.00pm- main in door lak.. tapi permainan dia x best sangat.. untuk budak2 ok lah.. tapi budak2 ni x peduli pon.. semua dia orang main. yang penting puas hati...


9.00pm- balik hotel, mandi rehat...  sambil2 mengumpat..


10.00pm- keluar gi main game lak.. memang best.. gi cuci2 mata.. disebabkan game dia dah biasa main.. kita orang gi main apa2 yang boleh dimain je lah... 
10.30pm- Tiba2 je perut lapar.. apa lagi.. masa untuk makan lah... gi makan dekat KFC.. kira murah lah jugak.. puas hati.. beza dia dekat KFC sini dalam RM5 je.. tapi ayam dia besar.. kalau kat Tg. Malim RM10.. kat sane dlm RM15.


11.30pm- sambung lagi main...


12.30pm-Ikhwan, Wan Besut, fauzal, & Albinus meneruskan lagi permainan.. aku, Pija & richard dah bosan... terus je keluar... kami gi tangkap gambar dekat luar... 


1.00am- Aku,Pija & Richard balik bilik.. & terus tido...

2.00am- Terjaga dari tido sebab bapak hayam tu balik dari main game... aku tersedar disebabkan ada Hot Story oleh Ikhwan & Albinus... cerita tentang #$%^^^%$##$$$.. nak tau call Albinus tanya dia... bahaya tulis dalam blog.. nanti kena saman...

2.30am- mata x boleh tido.. ajak kawan2 keluar... lepak2 cari ketenangan.. hahahaaaa.. lepas tu ada lagi Hot Story... tentang $#$%^^^%$$###.. yang ni kena tanya dengan Fauzal & wan besut lah.. wakakakakaka..

3.00am- balik tido...

8.30am- Aku & Ikhwan bangun.. yang lain tido lagi.. yang ni untuk agenda tersendiri.. aku ajak Ikhwan teman untuk jumpa dengan seseorang.. Cuma Ikhwan je yang tahu.. yang ni rahsia kami berdua..
11.00am- Bersiap2 unt check Out... 


11.30am- jalan2 sekitar Genting.. Shoping sikit2... 

1.00ptg- betolak balik Tg Malim, Singgah makan di Batang Kali...
P/s- kepada kawan2 yang ingin bercuti.. rancanglah percutian anda dari awal.. lagi ramai lagi bagus.. sebab jimat dekat hotel... untuk pengangkutan ke Genting, RM5 sahaja pergi dan balik untuk duit minyak moto... berbanding dengan naik bas.. lebih kurang Rm40 seorang... 

- kalau nak tengok lagi pic kat Genting... tengok kat facebook je.. nanti aku upload...

21 January 2010

Notis Tuntutan Bayaran Tertunggak...

NOTIS TUNTUTAN BAYARAN SEWA RUMAH DAN BIL SEMASA.

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Tuai Rumah ingin memaklumkan kepada Penghuni rumah No.5, Jalan 3, Taman Nusa, Tg. Malim. Supaya menjelaskan Hutang Tertunggak sebanyak RM750.00  kepada saya selewat-lewatnya sebelum jam 5 petang 21 Januari 2010.
   Bayaran sebanyak RM750.00 merangkumi bayaran sewa rumah sebanyak RM500.00 setiap seorang dan RM250.00 seorang untuk bayaran Bil semasa iaituBil Elektrik, Bil Air, Bil Streamyx, Bil Pembentungan ( Indah Water), dan Bil Astro. Bayaran sebanyak RM500.00 perlu dibayar kapada En. Ikhwan dan Bayaran Sebanyak RM250.00 perlu dibayar kepada Tuan Muda HariAks.
    Kelewatan pembayaran kepada saya menyebabkan anda didakwa dibawah AKTA RUMAH TAMAN NUSA. Anda hendaklah memaklumkan lebih awal sekiranya tidak dapat membayar pada hari ini. selain itu, Surat Rasmi pelu diserahkan kepada saya sekirannya anda lewat membayar.
    Memandangkan duit PTPTN telah masuk pada hari ini. saya berharap anda semua dapat menjelaskan dengan kadar segera.Kerjasama dari pihak anda amat saya hargai.
SEKIAN TERIMA KASIH

Yang Benar,
Zuhairi Zainol Abidin. 
President 5K,
Merangkap Tuai Rumah.
Taman Nusa, Tg Malim.
   

MIGRAINE Oh MIGRAINE...!!!!


MIGRAINE!!!! MIGRAINE!!! MIGRAINE!!!
...Cerita Mula... 

Rasanya dekat 2minggu dah aku x kena penyakit ni... tapi hari ni lain sangat-sangat.. dari petang tadi kepala dah pusing2.. tapi ok lagi.. boleh tahan lagi.. bila  balik je dari DINNER.. peh... rasa macam nak tercabut je urat-urat kepala ni... rambut pulak macam nak tercabut... memang sakit... balik je dari Dinner tadi terus cari ubat dulu... bila makan ubat macam biasa lah.. mata nak tido je.. tapi aku makan ubat tahan sakit je dulu.. takut nak makan ubat tido yang Dr. Bagi tu... bukan takut apa.. ubat tu tinggal 1 biji je.. kalau makan hari ni..esok nak makan apa... nak x nak esok kena gi klinik amik ubat... lagi pon malam ni nak siapkan banyak benda yang tertangguh..
   Aku rasa 2-3 hari kurang tido kot.. ye lah 1 hari 2jam je tido.. bukan x mau tido.. tapi ada masalah nak tido.. bila gi klinik.. macam biasa lah.. dia bagi ubat tido.. dah x larat nak makan ubat.. PAHIT..PAHIT... kalau gula2 getah ok lah jugak.. Biasanya kalau dah kena hari ni.. penyakit ni berlarutan sampai 3 hari or 1 minggu... 

p/s: kepada kawan2.. ANDA DINASIHATKAN SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI KETIKA BERCKAP DENGAN SAYA.. TOLONG jaGA PERTUTURAN ANDA.. TAKUT Anda salah sorang daripada mereka yang akan saya sekolahkan.. Sebab bila time  MIGRAINE mulut ni dah pasang Insurances yang paling mahal ni..  Anti Virus pon dah UPDATE yang 2020 punya.. kalau nak rasa cuba lah... bukan setakat tu. MR. %$^&$#@@% pon kalah... ingat dia sorang je pandai melahar orang... wakakaka
...CeRiTa Tamat...
  

20 January 2010

Aku Yang Begitu CONFIDENT...


Setelah seharian aku menyepi.. pagi ni baru sempat nak update blog... Hari ni aku busy sangat-sangat.. dari pagi sampai petang busy je.. pagi Clas Law Untuk Minor jam 8-10pg... pas tu sambung lagi class Major Law pulak.. jam 10-12tgh... Jam 2 sampai petang Meeting Untuk Minor.. malam.. meting untuk business pulak... Jam 11mlm Meeting untuk Assignment Law dengan  ahli kumpulan.. jadual memang padat..
    Bila Habis je class Low Pagi tadi.. memang lucu sangat2.. mula-mula aku wat Meeting dengan kawan-kawan yang aku pilih jadi Facilitator. untuk kursus kepimpinan jumaat ni dekat Teratak.. bukan nak kata apa lah.. susah pegang banyak jawatan ni.. Walaupun aku cuma EXCO AKADEMIK club BECC.. tapi kira tinggi lah jawatan tu.. ingat senang ke nak jadi EXCO ni.. banyak keja tau.. kena buat  macam2 program. padahal ni baru nak buat program.. sebelum ni... cam biasa lah..tido..makan tido.. Ngumpat... bila President suruh buat program.. baru terkangkang2 nak pilih program...
   lepas je tamat meeting.. Presiden BECC suruh lah Majlis TERinggi Tunggu..sebab ada meeting lagi... aku yang begitu CONFIDENT tahap dewa ni.. dengan muka 10sen... terus tinggal.. siap buat pengumuman lagi.. semua MT tinggal... kita ada meeting lagi... mula2 aku ingat EXCO tu kategori MT... rupa-rupanya tak... malu kot.. si mulut2 LONGKANG, NERAKA & LAHAR... semua gelakan aku... selamat dah x ramai time tu.. lebih kurang 40 orang je yang tinggal... 
   kalau lah time tu leh menyorok kat bawah kerusi or meja.. memang aku dah masuk nk cover malu... merah muka aku... selamat meja tu kecik... bila nak keluar pon budak2 ni kutuk lagi... bila balik rumah apa lagi...kena kutuk lah.. tapi x kisah pon.. aku dah biasa kena cam ni... kepADA mereka yang masih lagi mengutuk.. teruskan dengan kutukan anda... ada lori ada bas... nanti aku balas.. hahaahh... kutuk lah... x amik hati pon....
  

18 January 2010

Terimaan Pinjaman Tajaan PTPTN

Adalah dimaklumkan mengikut maklumat yang diterima dari pihak PTPTN, hanya pelajar Ijazah sarjana muda bagi tahun 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima wang pinjaman PTPTN pada 20 Januari 2010. Walaubagaimanapun bagi pelajar Tahun 2008 dan 2009, wang pinjaman tidak dapat dikreditkan pada tarikh tersebut kerana terdapat masalah teknikal di pihak PTPTN.
Pihak Bendahari akan sentiasa merujuk ke PTPTN bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebarang maklumat yang diterima akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Sekian, harap maklum.


17 January 2010

Aduh... Teringin nak makan Pizza + Ice Cream Vanilla...

    Tiba-tiba teringin pulak nak makan Ice Cream Vanilla.. Kalau ada lah kat depan mata ni.. 10kg pon aku leh habiskan... Rasanye baru 3hari lepas makan Ice Cream...  Teringin sangat-sangat... kenapa aku teringin nak makan..? tadi time gi pekan  pas tu nampak budak kecik keluar dari Pizza.. kat tangan dia ada Ice Cream.. kalau mak dia x da tadi.. memang aku mintak sikit.. 
      Bila dah nampak dia keluar dari Pizza teringan pulak nak makan Pizza.. Dah macam orang mengidam pulak aku ni.. hahaha... Apa-apa pon esok, lusa @ tulat aku mesti gi beli Ice Cream tu...
    Tapi kalau ada orang nak belanja lagi best kan... sape2 yang nak belanja tu.. call je... talian di buka 24jam...
   
(Bestnya Pizza ni... sekali rasa pasti nak lagi)

16 January 2010

Jelingan Ayah Membawa Padah...


Kisah ini benar-benar terjadi pada rakanku sewaktu dia kanak-kanak dahulu. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling kepadanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
    Suatu hari, rakanku mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Rakanku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. Dia pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.
    Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung rakanku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Wakakakaka... Lucu tak?

Bila Bangun Dari HIBERNATE... Gembira dalam kesedihan...

...Cerita Brmula....
Bila aku terbagun dari HIBERNATE... aku dapat merasakan sesuatu yang aneh akan berlaku hari ini... apa  taknya.. hari ini aku telah mengecewakan 2 orang dalam waktu yang sama. Mugkin mereka yang dikecewakan merasakan aku ZALIM.. tapi.. aku tidak sezalim yang mereka sangkakan.. aku ada jawapan aku sendiri.. terpulanglah kepada SI dia sama ada ingin percaya ataupun tidak..
    Walaupun hari ini aku telah melakukan satu kesilapan yang besar, namun ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. nak tau x apa... NAK...NAK....  kalau nak tahu lu pikir lah sendiri... mana leh bagi tau.. pecah lah rahsia..hahahahahaah... ada hati nak KoREK rahsia aku... aku kan penulis yang sinis... wakakakaka...
   Sekarag ni lebih kurang jam 6ptg.. sudah bersiap2 untuk ke pasar Malam.. tapi malang sekali.. Hujan turun dengan lebat.. rosak pgogram aku aku rancang... kalau lah IKHWAN siap 5 minit lebih awal.. mesti aku dah sampai Pekan... kalau hujan kat pekan x pa.. sekurang2nya leh gak cuci2 mata kat kedai walaupun x beli...
   Kepada IKHWAN kalau  kau  terbaca  post ni...aku harap sangat2.. PERTAMA jangan bersiap macam  NENEK JANDA.. berjam2... berangan dalam TOILET... & macam2 lagi lah.... KEDUA.... kita ni nak gi pekan je.. x payah lah nak pakai VOGUE sangat2.. x da orang nak tengok ko dari atas sampai bawah ye... Kita nak gi pasar malam je.. X da VVIP kat pekan tu... kalau nk gi KL memang kena pakai VOGUE lah.... tapi kalau aku x pa.... sebab kecantikan HAK MILIK SETIAP INSAN..hahahaaha....
...Cerita Tamat...

    

Aku Dalam Delima... A or B....?

...Cerita Mula... 
Aku dalam delima, sukar membuat pilihan.... hahahah.. ingat kan nak nyanyi pagi-pagi ni.. tapi x pa lah... cukup lah dua baris tu.. takut hujan je lepas ni.. sebenarnya macam  ni.. Hari ni aku x tau nak gi mana.. kawan A ajak gi KL jumpa dia.. Kawan B pon Ajak g KL gak jumpa dia... tapi aku dah janji dengan Si A... pas tu Si B bagi tau... mesti gak jumpa dia.. ni antara HIDUP & MATI.... lain je bunyi dia...
   Kawan B tu ada Masalah.. kesian lak kat dia... So macam mana ni... dua-dua penting... sama penting.. Pusing kepala aku. puas aku pkir ni.. aku pon dah gunakan kaedah CORT 1... CORT 4.. tapi jawapan dia sama gak... dua2 penting... APa yang harus aku lakukan? x pa aku masih ada 5 jam lagi untuk buat keputusan... sebelum Jam 5petang aku kena bagi jawapan.. semoga aku membuat jawapan yang tepat..
...Cerita Habis Sudah...

15 January 2010

Sakit Gigi.... Suka Hati... Riang HAti.... Geli Hati... Makan Hati...

Sakit Gigi... aduh.. memanag sakit.. sape yang kata sakit gigi tu x sakit.. kalu dah kena.. sakit dia lebih dari sakit pempuan yang tengah MEROYAN... aku rasa je.. bukan lah betul2 pun.... Dekat nak 2 bulan lah sakit ni.. tapi biarkan je.. semakin hari semakin sakit.. semakin hari semakin sakit.. 3minngu lepas ingatkan nak cabut.. bila gi je klinik...  Dr cakap x leh cabut... dia pon cabut Gigi yang lain.. padahal gigi yang tu x sakit pon... cuma patah sikit je... ala biasalah.. dia malas nak tampal kan... 
   Then, Dr suruh aku wat APPOINTMENT dengan dia... APPOINTMENT dia hari ni lah... bila sampai je.. mula2 dia  keluarkan mesin GERUDI ... aku dah cuak ni... GERUDI punya gerudi... dia cakap gigi x leh tampal lagi .. aduh... padahal lubang dia lagi kecil dari lubang jarum.. tapi dah serang dekap saraf dalam gigi tu.. apa lagi... dengan skill mengoda yang aku ada... aku suruh gak dia tampal..tu pon puas aku NEGO ngan dia... sakit pon x kisah lah... 
   Pas tu nak tau apa yang jadi?.... JENG..jeng.... hahahahah.. agaknye Dr. nk balas dendam kat aku... dia malas nak tampal.. apa lagi dia GERUDI sampai kat saraf.. apa lagi aku MENJERIT lah... ADUH..ADUH...ADUH.. mula-mula macam malu gak nak jerit-jerit ni... peduli apa aku.. dari aku MATI dekat kerusi cabut gigi.. baik aku menjerit sekarang... Dr....Dr...Dr..? Awak ni pernah tampal gigi ke x? betul ke dpt kelayakan Dr...? So... x leh ke wat pelahan sikit... saya bayar.. bukan FREE ye... TERUS sentap dia.. merah pipi dia... Ko orang ingat x sakit ke.... TUHAN je yang tau sakit..
   Lepas je aku SEKOLAH kan Dr. tu.. baru lah dia buat slow2 & bersopan ye.. siap belai2 lagi.. dekat nak 1jam dia Gerudi GIGI aku.. tapi x pa... dia punya ASSISTANCE cun sangat2.. memiliki ciri2 wanita IDAMAN aku.. dengan badan dia yg....TUT..TUT... pipi yang TOT...TOT... memang mengikut standard ISO:2001... kalau duduk 10jam dalam tu pon x pa.. hahahahahaha...
    so, sekarang ni aku dah boleh gigit KAYU, BATU, KERUSI & Meja.. apa2 yang keras semua dah leh makan...  Kepada Dr. Rina.... Thx sangat2 ye... sekarang Gigi Rie dah x sakit lagi.... Sory termarah tadi.. bukannye sengaja.. TAPI TERPAKSA ye....
   

14 January 2010

Seronoknya Exercise kat Proton City....

Hari ni memang best sangat-sanagat.. apa taknye... badan cergas, peluh keluar & berat badan pon turun 1000g.. ok lah.. dari x turun langsung.. dekat nak 1 bulan gak aku x exercise.. 

...Cerita Mula...
Jam 6 petang waktu Malaysia, ataupun Jam 2 Pagi waktu JEPUN..  Aku, Helmi, Abg Sharil, Faiz & Ikhwan.... kami semua gi Proton City... macam biasalah nk gi exercise... tempat dia memang strategik.. sebabnya sambil2 exercise boleh gak cuci mata. kami gi tompang keta Faiz je... nak wat cam mana moto x cukup.. kalau lah moto aku tu leh naik 5 orang mmg  KOMPOM  aku ajak dia orang tompang... tapi nk wat cam mana kan..tu je yang ada...  apa2 pon thx ye faiz kasi tompang keta...
    Bile sampai, terus je jalan-jalan cuci mata... Then lari Pecut 1km/j.. laju lah tu... rekod dunia pon kita orang dapat pecahkan.. jangan tengok luaran je.. tengok dalaman ok... mula-mula tu ok je.. bila sampai je round 2... dah x larat... sini sakit...situ sakit... atas bawah sakit... semuanya sakit lah.. memang penat.. ye lah dah lama x exercise kan... tapi x pa lah.. satu percubaan yang baik... lepas je 2 round aku dah pancit.. ye lah lari non stop... hahahahah.. NON STOP lah sangat.. padahal kejap2 STOP.. tp untuk round 2 lah.. yang 1st tu memang laju gila..
   Sekarang time nak balik pulak.. sebelum tu sempat beli Air Kelapa & Pisang Goreng.. Yang ni DITAJA OLEH ABG SHARIL....  tima kasih banyak2 ye... semoga dimurahkan rezeki... AMIN..

...Cerita Dah Abis Lah....

Aku bangun dari HIBERNATE...

...Cerita Bermula...
Setelah beberapa ketika aku Ber HIBERNATE....
kini aku kembali dengan semangat baru dan azam baru..
hari ini lebih baik dari semalam...
itulah yang aku harapkan... 
sekarang tibalah masa nya untuk membuat 
PROMOSI  Smart Global secara besar-besaran di UPSI ni..
melalui ini lah anda semua mampu mengubah hidup menjadi lebih dari sekarang ni..
mungkin anda tidak percaya.. ada yang cuba mengecilkan kebolehan bisnes ni..
tapi terpulanglah kepada mereka.. peluang hanya datang sekali sahaja.. 
kalau aku dan rakan-rakan kini sudah berjaya.. bila lagi anda ingin berjaya..
sekurang-kurangnya... bila aku keluar nanti aku memiliki segulung 
IJAZAH dan pendapatan lebih dari 10K sebulan.
tapi kawan-kawan lain masih lagi di bawah tanggungan mak & ayah lagi..
tapi x kisah lah... yang penting ko orang bahagia..
aku cuma ingin menolong rakan-rakan agar mereka tidak dihimpit  
masalah kewangan.. tapi.. kalau mereka sendiri tidak 
mahu mengubah nasib hidup apakan daya..

p/s. kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan secara HALAL.. bolehlah hubungi saya di talian 013-6296023.. atau emailkan kepada saya hairiaks@yahoo.com Dengan modal yang rendah tapi pendapatan lumayan.. Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar di UPSI.. tpi kalau orang luar nak boleh gak.. Jika saya boleh berjaya, mengapa anda tidak... tepuk dada tanya selera..

...Cerita Tamat...




Aku blogger yang pandai berkias ke!! betul ke?????...

Tetiba je aku menulis tajuk ni.. Idea ni  aku dapat dari komen rakan yang membaca salah satu tajuk dalam blog aku... pada mulanya aku nak tulis tajuk aku blogger yang sinis tapi selepas carian google baru aku tau sinis itu bermaksud: sinis ialah mempersoalkan kebaikan, kejujuran orang dll, kata-kata bersifat mengejek, merendahkan orang lain. aku sangat yakin aku tak pernah mempersoalkan kebaikan orang lain.. nasib baik pada sumber yang sama ada tertulis maksud kias iaitu: kata-kata berbentuk teguran yang tidak membawa maksud sebenar.
...Cerita Mula...
    Setiap perkara yang aku lakukan dalam blog ni mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat..bukan sahaja dari segi post, malahan tema blog ni pon ada makna tersendiri.. kalau tak percaya sila ke page archives dan baca la kesemua 28 post yang ada..post yang sebenarnya mempunyai maksud yang lebih berat.
    Hampir kesemua post yang aku tulis mempunyai banyak maksud tersirat.. dan juga mungkin sebagai petunjuk hahaha.. kalau korang baca blog ini dengan betul banyak perkara yang aku kongsikan.. tapi kalau korang baca main-main pon banyak jugak boleh nampak apa yang aku cuba sampaikan..
    Nampak pelik tak post kali ini? mungkin bahana kesibukan aku dengan projek baru yang sedang aku usahakan sekarang ni.. tak sabar aku nak terbitkan satu lagi blog yang berwarna hijau di alam maya ini.. hahaha kenapa aku sibuk sangat dengan projek baru ni? harga juta-juta ke projek tu? biarlah rahsia.. kalau nak tahu sangat call je aku.. Insya Allah aku ajak join sekali.. kalau nak kaya biarlah sama-sama kita kaya..
    Post ini juga sebagai peninggalan kepada mereka yang bakal merindui aku.. sebentar lagi aku akan beradu.. .. kononnya ramai gadis-gadis seksi yang akan aku mimpikan.... hahahhahahaha... aku dah ngantok ni.. mau tido... sekarang dah dekat Jam 1pagi..esok ada meeting lagi... cau cin cau...
.....Cerita Tamat....

13 January 2010

JOM BERSENAM BERSAMA HAIRI

Bila dah mula je kuliah..aku rasa terlalu busy sangat.. apa taknye.. gi kuliah..pas tu balik kuliah.. dengan keja yang banyak.. lepas tu dengan game dalam facebook lagi.. terutamanya FISH VILLE, FARM VILLE.. hampIr 24jam dok kat lap top je.. lap top tu pon kalau pandai cakap.. mesti dok mengata aku kan…   dah lah aku  tak mengamalkan gaya hidup sihat…aku rasa aku nak bersenam sket la.. kat blog ni.. ni aku dapat dari member aku yang juga merupakan pembaca yang kerap kat blog aku ni… dia yang bagi idea ni… sangat menarik untuk dicuba..senaman untuk menghilangkan mengantuk…onion club style..so mari bersenam bersama Hairi… exercise lah sikit.. buang lemak tepu kat badan tu.. cakap nk kurus macam aku kan..hahahhahaha….

lepas dah buat semua benda gila senaman ni.. confirm dah tak mengantuk lagi.. amat sesuai untuk dipraktikkan bila dengar kuliah…wakakakaka

P/S- Ini hanyalah senaman versi HairiAks.. sekiranya anda masih lagi mengantuk.. apa kata menjerit je kat dalam bilik.. kalau tak pon suruh kawan lempang pipi or terajang.. hahhahaha

Happy Birthday My AunTiE

 ...CeRiTa BerMula...
Hari ni 13 Januari 2010.. apa lagi Birthday AunTie aku la..
  Dalam banyak-banyak Auntie aku.. yang ni lah paling VOGUE.. 
hahhahaha.. umo je dh dekat  40++ tapi jiwa masih lagi muda..
Apa2 pon nak wish Happy Birthday...
May Allah Bless u.....
...CeriTa TaMAt...

 

12 January 2010

HIDUP INI KERAS... WALAUPUN TANPA Miss @#$%^&*.....

Hidup Ini Keras… hahahaha ayat tu memang poyo.. tapi sebab prinsip tu la aku masih lagi hidup di muka bumi ini.. pada awalnya aku nak bercerita pasal kisah hidup + kisah cinta.. tapi aku tak pandai bermain madah dan puisi seperti sibintang.. takut nanti separuh daripada pembaca blog aku akan hilang… jadi terimalah post versi Hairi Vs Vogue.... kepada yang faham, tahniah diucapkan.. yang tak faham tu buat-buat la faham…
    Untuk pengetahuan kawan-kawan, beberapa bulan lalu aku telah dreject oleh Miss @#$%^&* … yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik  kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..
    Walaupun dikecewakan.. tapi aku anggap sebagai satu cabaran bagi aku.. dikecewakan sekali tak bermakna gagal.. aku akan terus mencuba lagi.. ini bukan kali pertama aku dikecewakan...  bagi aku kegagalan sebenar adalah bila kita gagal mencuba dan bukannya gagal setelah mencuba.. ini bukan kali pertama aku dikecewakan..
    Kegagalan adalah gagal untuk mencuba bukan gagal setelah mencuba.. aku agak anti dengan mereka yang cepat berputus asa dalam hidup ini.. gagal sekali kemudian terus tak mahu mencuba.. dan yang lebih teruk lagi, belum mencuba dah terus memikirkan kegagalan sahaja.. banyak pedoman dan pilihan diberikan.. tapi tak nak gunakan.. sibuk mengharapkan TAKDIR dan biarkan je masalah tu berlalu.. sesungguhnya bila kau tak membuat apa-apa pilihan itulah kegagalan yang paling teruk sekali dan akan membuatkan masalah tu semakin bertambah..
    Kegagalan adalah gagal untuk membuat pilihan dan bukannya gagal selepas pilihan dibuat. Aku rasa cukuplah sampai disini sahaja.. heheh post ini banyak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. mustahil ada orang yang dapat tangkap 100% rahsia disebalik post ini.. apa pon terjadi, aku tetap anggap HIDUP INI KERAS dan terus mencuba.. ( HIDUP INI KERAS… kata2 dari pensyarah aku… dia yang selalu guna ayat ni.. so aku kenalah mengaplikasikan dalam kehidupan harian..) hahahhaha…

P/S- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google.. Tapi sape2 yang dah akaun Google anda komen cam biasa je lah... yg Anonymous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca..

AKU MANUSIA PLASTIK?.... BETUL KE?....


 
( Gambar ini sekadar hiasan sahaja.. tiada kaitan dengan orang yang dah meninggal dunia ataupun yang masih hidup seperti plastik...)

Manusia plastik hahahaha…. before aku mengarut dngan lebih lanjut lg…definisi manusia plastik dlam post ni bukan la manusia yang dibuat daripada plastik dan tiada kena mengena dengan mereka yg meggunakan plastik surgery…dalam post ni aku fokuskan pada mereka yg bersikap bermuka2.. atau dalam Bahasa Melayu yg lebih indah, TALAM DUA MUKA…
            Characteristic golongan manusia yg aku agak anti ni adalah seperti berikut… pandang dari luaran, masa kt public, masa dpan org ramai, masa kat dlam kelas…. mereka org yg paling baik budi pekerti… x ubah seperti gadis melayu terakhir… sopan santun je… ckap pon pnuh dengan budi bahasa… segala pertuturan disusun dgan baik agar x de yg tersinggung.. budi pekerti die… memang menarik minat ibu2 untuk dijadikan menantu… tp kebenarannya… bila org lain x nmpak, perangai dia mmg berubah 100%…. pertuturan yg penuh dengan budi bahasa tu rupanya plastik….
Perututran yg penuh budi bahasa bertukar jadi caci keji dan umpatan…. budi pekerti yg asalnya menarik minat ibu2 untuk jadi menantu bertukar kepada sesalan ibu yang megandung…wakakaka….cukuplah tu… mlas aku nk tulis lgi characteristic mereka…. seriously aku x paham kenapa kita kena buat macam tu…. APA LA BESTNYA BERSIFAT KEPURA-PURAANaku still blur dowh ngan manusia2 macam ni… kekadang menyampah… tp kekadang cam klaka la plak manusia camni… bes gak la tgok org main ktuk blakg2 ni…. macam baling batu sorok tangan…aku pon x tau nak ckap apa lg psal manusia… dan aku amat berharap ak xkan tergolong dalam golongan manusia2 camni….RAKAN2 KALAU AKU BERUBAH JD MACAM MEREKA… KETUK LA KEPALA AKU SAMBIL TUNJUK POST NI HEHEH.. kalau x pon belanja makan Pizza ke..ok gak…

p/s: post kali ni banyak menggunakan ayat2 yg bekualiti tinggi disertakan dengan beberapa peribahasa Melayu... walaupun bahasa dia ada sedikit KELAHARAN.. tapi aku cuba mengurangkan KELONGKANGAN, & KELAHARAN mulut ni..….wakakakaka

11 January 2010

ANTARA BLOG, FACEBOOK DAN TWITTER…!!

~cerita bermula~
Antara Facebook, Blog dan Twitter..
Facebook tempat cari pasal… 
Blog tempat cari duit + cari pasal gak… 
Twitter tempat cari pasal + duit + trafik + kawan + idea + ilmu + awek…
Antara facebook, blog dan twitter…
facebook ada 259 kawan.. tapi aku kenal suku je kot..
blog ada 40000++ pelawat.. tapi aku kenal 4/100 je kot..
twitter ada 100 pengikut.. tapi aku pon sendri tak tau 
berapa aku kenal.. termasuk penjual minyak lintah dan Porn Star..
Antara facebook, blog dan twitter..
facebook ada macam-macam apps.. boleh main game.. boleh buat macam-macam..
blog ada apa yang aku nak.. kalau aku nak game aku boleh tambah…
nak buat macam-macam pon boleh..
twitter hanya boleh tulis status je…..
antara facebook, blog dan twitter… 
facebook boleh mengarut panjang-panjang sesuka hati.. 
blog boleh mengarut denagan lebih panjang lagi ikut sesuka hati… 
twitter boleh tulis 140 askara je…
Antara facebook, blog dan twitter…
bila facebook down aku tak kisah…
bila blog down aku gelisah…
bila twitter down aku jadi tak keruan.. wakakakaak
~sekian~
P/s- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google..tapi sape2 yang dah ada komen cam biasa je lah... yg AnonYmous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca...

RAHSIA AWET MUDA DAN KEKAL MUDA..

Jangan terkejut baca tajuk post ini hahaha...  ini kan blog carca marba mentega kacang Hairi yg VOGUE .. haha semua post aku boleh tulis tanpa mempedulikan apa-apa Niche.. aku memang Versatile hahaha banyak pulak mengarut di awalnya.. tapi ini serius aku akan memberikan rahsia kekal muda dengan contoh yang terbukti berkesan.. hehehe percaya tak ada yang dah berusia 40 tahun tapi masih lagi kelihatan seperti kanak-kanak riang? macam kawan aku sorang ni.. muka dia baby face.. sangat2...walaupon umo dia dah tua... aku pangil dia u & i je.... jgn terasa ek... cerita ari ni untuk u... hahahaha... sila baca post ini sampai habis.. 
 
(Muda remaja si elmo walaupun dah 40++ hahaha )

    Hahaha inilah insan yang aku katakan itu.. dah berusia 40an tetapi masih kelihatan seperti kanak-kanak.. dan mengaku umur dia masih 3 tahun setengah (cisdel dah dekat sama umur dengan mak cik aku.. tapi dia ni tak sedar diri.. hahaha)

    Ok aku bagi masa 5 minit untuk keluarkan kata-kata kesat… kemudian sila sambung baca post ini.. hohohoho aku memang peminat tegar sesame street sejak dari kecil.. hohoho aku sangat yakin aku boleh listkan kebanyakan nama muppets dalam sesame street.. hehehe kalau tak percaya cuba la soal.. dengan sepantas kilat aku boleh menjawab..
    Ok kembali pada tujuan asal post ini.. hehehe rahsia kekal muda remaja dan awet muda... nak tau tips dia? sila la senyum dengan mulut ternganga sangat besar selalu.. haha tak percaya.. tengok semua muppets sesame street tu.. hahaha betapa besarnya mulut diorang.. sume tu umur dah 40++ tu tapi still nampak muda.. hahahah
 
hahaha aku memang suka oscar.. korang plak suka character apa? haha jangan la nak tipu tak pernah tengok sesame street..  tu sebab x tau watak2 dalam cerita ni... kahhhh...

P/s- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google..tapi sape2 yang dah ada komen cam biasa je lah... yg AnonYmous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca...