Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 April 2010

Happy sehingga menggigit kuku!!!

...Cerita Mula...



Ho3.. seronok!!! terlepas dari azab siksaan yang ditanggung selama ni.. bukan siksaan kubur..  tapi ni siksaan Bisnes Law.. paper ni jadikan  aku  seorang penghafal yang berjaya. paper yang perlu dihafal bulat-bulat. nama orang x boleh tinggal 1 ketul pon.. Akhirnya selesai.. Aku paling benci menghafal.. sebab bukan jiwa aku nak menghafal ni.. aku lebih suka dengan soalan yang banyak KBKK.. Ho3.. 2jam 30 minit. Digunakan sebaik mungkin untuk menjawab. Peh.. ayat skema aku guna ni... oh.. tidak... 


Selesai part 1, Awas!! untuk part 2 lebih kepada emosi.. Ingat  ko sorang je x da mood? mood aku ko x kira ye.. kali ni aku gadoh manja dengan dengan sekor monyet dekat Zoo yang masih terlepas..ho3.. Kenapa dia selalu ganggu hidup aku.. dalam sehari, kalau x call, YM, kalau x ym mesej dekat Hp or FB.. kalau 1-2 boleh dimaafkan.. tapi berpuluh.. PONEK DEN NAK MELAYAN DIO... ha.. kan dah keluar bahasa ibunda aku...

Aku suka dia mesej & semua tu, tapi.. faham-faham lah.. time Final Exam kan..? Girl friend  aku pon tahu cara aku macam mana. 2 minggu sebelum exam aku x suka diganggu. kalau dia boleh terima.. ni kan dia.. aduh.. Kepada monyet tu.. harap-harap faham ye.. 

P/s- Istilah monyet ni.. bukan aku yang suka-suka nak bagi.. yang ni atas permintaan si dia.. ada sejarah dia.. tapi biarlah aku dengan dia yang tahu.. bagi masa 48jam untuk kembalikan mood aku.. huhu..

...Cerita Tamat...

28 April 2010

Gores dan Merana!!! PART 1

...Cerita Mula...

Tilam OSIME RM 1500.00


Cerita ini bukan tipu-tipu.. tapi memang realiti.. ianya terjadi kepada seseorang yang ingin dirahsiakan namanya..huhu... Aduh... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. inilah nasib yang menimpa... Gara-gara gores dan menang... jadi merana lah pulak.. petang tadi.. terserempak dengan Amoi di kawasan yang dirahsiakan tempat.. dengan pujuk rayu yang dijanjikan... Haha... setuju... terus je setuju.. macam beli goreng pisang lah pulak... x sampai 1 jam.. RM1500 melayang..  seolah-olah dipukau oleh wanita tersebut... dalam masa yang sama terus pergi ke bank untuk mengeluarkan RM1500 secara cash.. Oh..tidak... seolah-olah dipukau.. dengan janji manis gadis tersebut bukan setakat tilam OSIME..tapi dapat macam-macam lagi..
Si Sharel yang cuba merasmikan tilam OSIME lah kononnya.. berharga RM1500..  paling sakit hati orang tu cakap harga dia RM6000. penipu...!!! keji sangat-sangat.... bila tengok dalam intenet baru RM1600.. 


Semasa dalam perjalanan pulang, baru terfikir yang telah tertipu... So, nak buat macam mana.. duit dah bayar RM1500.. resit tidak ambil... cuma dapat no telefon dan no ic perempuan tu sahaja.. beserta dengan alamat... jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM4800. baki tersebut akan dibayar kmudian.. apa lagi... rasa diri tertipu.. tepat jam 10.10 malam aku, sharel dan Fiq pergi ke Balai Polis, Tg. Malim untuk membuat laporan tentang kes penipuan tersebut... semua keterangan telah diambil.. kami cuma tunggu keputusan dari pihak polis je..


Haha.. ingat Sharel sorang je leh posing maut.. aku pon teringin gak.. nak rasa dok tilam mahal..huhu.. Orang cakap tilam ni boleh kuruskan badan dan buang toksid dalam badan.. tapi x sure lah betul ke x... tu yang nk try.. 

Aduh... tiba-tiba je jadi ble ni.. x tahu nak tulis apa... sebenarnya banyak lagi nak tulis.. So, kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut.. aku akan postkan esok atau lusa... huhu.. sabar itu separuh dari iman.. Time ni budak dua orang tu dah lena dibuai mimpi.... nak snap pic dia orang tido.. tapi x sampai hati.. huhu... nite...

P/s- Cerita ni banyak sangat tergantung.. ramai yang tidak faham.. sebab U All x tahu hujung pangkal kan.. aku saja je nak bagi U All terfikir-fikir.. tapi biar kami bertiga je yang tahu apa yang terjadi... BIARLAH RAHSIA.....


KLIK SINI.... UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN....
...Cerita Tamat...

25 April 2010

Panggilan Misteri!!!

...Cerita Mula...

Ho3.. memang seronok dapat panggilan "MISTERI".. Lebih kurang jam 3.30 petang waktu Malaysia Barat dan jam 4.50 petang  waktu Indonesia Timur, aku mendapat berita yang sangat gembira.. Tahniah!! En. Zuhairi anda  merupakan pelanggan yang bertuah. Syarikat kami telah bersetuju memberi anda hadiah misteri  cabutan bertuah semperna ulang tahun Celcom. Anda dijemput hadir untuk majilis tersebut yang akan diadakan di PWTC pada 2-3 Mei 2010. Hadiah Utama merupakan sebuah kereta BMW 7 Series..dan anda merupakan pemenang utama untuk cabutan bertuah tersebut. Haha.. U All.. Tuah ayam nampak dekat kaki, tapi tuah Prince Hairi sape yang tahu.. tak pasal-pasal dapat kereta Free..  Mama, Papa, Wan, Atok, Tok Wan, Opah, & Neighbour2... Aku memang kereta.. Ho3..



Ho3 sungguh tertarik, menarik kau memang debom... BMW 7 Series yang aku menang tu... lepas ni boleh jalan-jalan dengan kereta baru... seronoknya...

1, 2, 3, 4 ,5, 6, aku nak gelak sambil tergolek, terlentang, kuak kupu-kupu, kuak lentang  dengan Lady Gaga ni.. haha.. tak da maknanya aku dapat kereta.. sebenarnya nak cerita pasal aku diganggu oleh  makhluk durjana yang tak reti bahasa ni.. walaupun aku tak pandai cakap siam atau bahasa Tagalok tapi ramai pulak yang nak call aku kan.. Minggu ni je aku dapt lebih 10 panggilan Misteri.. bukan panggilan dapat hadiah.. tapi panggilan berhantu.. tak ada orang yang bercakap..

Geram!!! no dari dalam negara sehingga luar negara.. paling aku benci kalau yang Private no. macam sial je.. macam saja-saja nak kenakan aku..  kalau aku tahu siapa manusia tu, memang aku sunat dia sekali lagi. Yang lagi 3 no tu dari luar negara, aku x sure lah pulak dari Indonesia, Singapore, China, Kemboja, Vietnam, Nepal Or Us.. Ada yang 14 digit, ada yang 7 digit, ada yang 13 digit. 

P/s- Kepada orang yang call aku tu.. tolong lah.. jangan nak gangu hidup aku lagi.. penat nak melayan orang yang macam ni.. kalau ye pon minat dengan aku... ym je... aku bg email ni... hairiaks@yahoo.com
lepas ni YM lah sampai x terlarat Ym.. Tapi tolong jangan kacau pakai Hp k... Insya Allah aku akan balas YM or email anda...

...Cerita Tamat...

22 April 2010

Membosankan diri dalam bilik!!!

...Cerita Mula...

Oh..bosan.. bosan.. dan terus membosankan diri dalam bilik.. semua benda buat serba x kena.. Apa? nak suruh aku study.. tidak.. otak tengah ble2 ni.. nak suruh makan.. dah 10 kali makan.. nak tido.. tapi baru bangun tido... so apa aku nak buat ni... Aku cuba baca  buku Business Law.. Oh.. menghafal lagi... sakit kepala.. So, aku buka lah FB, Blog, & apa-apa yang boleh dibuka.. tapi semua dah bosan...

Sekarang masa untuk Noty2 kan diri di luar... Apa lagi.. kejap lagi aku ngan Ril nak keluar gi bersukaria dekat mana-mana yang boleh.. nak hilangkan bosan... So, kepada Sharel.. Tunggu I datang jemput U jam 4... Ok lah U all.. Hairi nak keluar ni... sebenarnya x tahu nak tulis apa.. tu yang merapu x pasal2 di petang hari ni.. huhu.. layan je lah... x dapek den nak nolong ee do.. huhu..


...Cerita Tamat...

20 April 2010

1 Pergi, 5 menanti..

...Cerita Mula...

Akhirnya habis juga 1 paper. Sistem Undang-undang Malaysia. Rasanya paper ni yang buatkan aku hampir gila, sepanjang 3 tahun dekat sini, belum pernah lagi aku tidak dapat sebarang tip untuk exam. Tapi untuk paper ni.. aku x dapat tip langsung.. Memang susah nak baca kes, fakta kes, nak hafal kes.. kalau 1 atau 2 x kisah.. Tapi  berpuluh2...

Akhirnya berjaya juga aku jawab, walaupun aku boleh jawab tapi x berani nak target sangat. takut target x tercapai. Semua yang baca keluar.. berjaya aku muntahkan.. Tq, kepada kawan-kawan yang banyak banyak bantu bagi nota... Adnan ( Sejarah), Pija, Azmin, Ikhwan... dan semua lah.. Tq All...


Satu paper dah habis.. sekarang tinggal lagi 5..huhu..esok lagi satu paper.. doakan Hairi dapat jawab ye... 

...Cerita Tamat...

17 April 2010

Murai Tercabut Ekor!!!

...Cerita Mula...

Haha.. aku suka dengan entry hari ni.. Petang tadi aku sempat melihat murai-murai di UPSI yang nak tercabut ekor dalam LIBRARY... aduh... Kalau ekor dia orang nak tercabut ok lagi.. aku boleh tolong cabutkan.. tapi, tarik punya tarik x tercabut lagi.. Cukup lah.. aku malas nak berkias-kias lagi.. kalau U All faham mesti dapat tangkap apa yang aku mencarutkan sekarang ni.. tapi yang tak tahu..? Ho3.. kesian kat U All kena tipu dengan aku..hahaha...

Bila sampai LIBRARY ingatkan nak study.. semangat ni.. pergi dengan harapan pulang dengan hati yang sakit... bila hati sakit terus gi pasar malam beli Nasi Kerabu... terubat juga hati ni.. tambah dengan Apam Balik yang tembam tu... sodap-sodap..hehe..

Seperti biasa naik tingkat 4 study dekat belah hujung, aku boleh tahan 10minit je, ada lah 4 murai betina dengan 2 murai jantan yang ingat tempat tu pasar borong..  gelak macam x ingat dunia, nasib baik mood aku baik time tu.. kalau x memang kena maki lah dia orang.. dah puas gelak.. mengumpat.. kalau cakap bisik-bisik aku x kisah.. boleh dimaafkan lagi.. tapi dari Bitarasiswa pon boleh dengar suara dia orang... taubat lah pak cik oi... masih terbuka lagi pintu taubat untuk anda.. hehe..

Akhirnya aku pindah tempat tingkat 3, Yang ni lagi sakit hati... Kedai Hp vs Cinta-cintan... bukam Maggi CINTAN.. kat sini aku bertahan 30minit je.. duduk sekejap Hp budak berdering.. macam-macam bunyi ada.. ayam,itik, lembu,gajah,semut, tupai, dan macam-macam lagi... yang budak sebelah aku lagi macam CILAKA.. Atas bawah bercakap.. mulut atas cakap, mulut bawah tersenyum lebar.. ho3..bukan apa, LIBRARY bukan tempat buat maksiat lah U All.. kot nak manja2 pon x payah tunjuk depan aku... aku x hairan pon.. Kalau muka cantik & handsome x pa.. yang ni cantik lagi mak Cik ESAH tu...
Yang ni budak  dok depan aku.. dapat juga snap2.. dari aku sampai.. sampailah aku balik.. x habis2 berkepit & mengumpat... budak yang sebelah aku tu x berani pulak nak snap pic dia..asyik pandang aku je... huhu.. mesti dia bangga dapat masuk blog aku kan...

Jom turun tingkat 2, kali ni aku leh tahan 20minit 22saat... kira ok  lah... sebab duduk dengan golongan ustaz & ustazah... ingatkan ok, tapi tahan sekejap je.. agaknya dia bertaranum or ada class hafazan kot... bila aku baca aku pulak terikut dia menghafal surah hafazan tu...

Lokasi terakhir, Aras paling bawah.. kawasan ni menjadi tumpuan orang ramai yang fotostat nota2.. ramai yang keluar masuk dalam bilik.. untuk hari ini.. Misi untuk study tidak berjaya.... aku sangat kecewa dengan manusia di sana..

P/s- U All yang nak gi LIBRARY pastikan jangan bising.. kesian dekat kawan-kawan kita yang nak study tu.. LIBRARY bukan pasar borong, kedai HP, or pusat hiburan. tu tempat orang nak study.. so jangan jadi murai tercabut ekor...

...Cerita Tamat...

16 April 2010

Meng" GEDIK" kan Diri Secara Berjemaah di IPSI.


...Cerita Mula...

Oh... Tidak.. Bukan aku yang gedik nak ke sana... Aku cuma diundang oleh seorang VVIP yang namanya dirahsiakan.. Siapakah dia? jawapan dia rahsia... apa nak tahu juga... ok lah...
Eh.. Apa yang aku buat dalam bilik ni.. haha.. Ho3.. aku sedang bercucuk tanam dalam makmal komputer ni.. Jadi pelakon tambahan untuk filem "Kakiku di Lidahmu" yang akan ditayangkan bulan depan... ha3... apa yang aku merepet ni... 
Yang ni pon pelakon tambahan juga... Bayaran untuk dia orang murah sikit dari aku.. sebenarnya aku pon x tahu kenapa aku & kawan lain dipangil oleh sorang Lecture ni.. dipanggil secara mengejut lagi.. bila sampai.. mmmmm... rupa2nya untuk buat soal selidik untuk Thesis dia... hampir 2 jam lebih aku dok dalam bilik ni... Masa ni..aku rasa macam nak amik exam lah pulak...
Yang paling best... bila habis je jawab exam dia... dapat 2 kotak pizza...
Thx Pn. yang aku x berapa pasti nama dia ni....
X sia-sia aku datang.. dapat gak makan free...
Memang masin mulut aku.. sebelum tu aku ada bagi tahu dengan kawan-kawan yang lain.. kalau x da Pizza, KFC, or MCD aku malas nak ikut.. Bila sampai je.. Pizza dah ada depan mata... bersemangat ni.. 3 jam pon x kisah..
Sebab puan tu janji dia ada bagi makan2 je.. aku x pikir lah dia nak bagi Pizza..
 Yang penting.. siap makan berjemaah lagi dalam bilik tu..

...Cerita Tamat...

14 April 2010

Indahnya Study!!


haha.. Indahnya study? Oh... Tidak.. Tolong jangan jadi plastik...Aku x boleh nak bohong diri lagi....Betapa bosanya nak study..study..dan study...

U all rasa? bosan x? Apa!! x bosan? tipu lah..!! U all tipu... kot aku tanya mak cik Esah pon dia cakap bosan tahap gaban... So, cuba u all tengok fomula kat atas tu.. yang ni aku tak tahu lah sape yang cipta.. suka-suka je buat rumus macam ni... aku tengok pon jadi BLe..ble... Selamat study kawan2... good luck 4 finaleExam...

Bagi Ramly Burger Nak Burger King pulak..



...Cerita Mula...

Haha.. Hari ni aku nak mencarut pasal burger lah pula.. dah 2 hari x update blog.. busy je.. PM pon x busy macam aku ni... hari-hari kena penuhi permintaan peminat, sama ada di Malaysia, mahupun luar negara.. lala... Nampak sangat aku ni penipu..LoL...

Apa yang aku merepek tengahari buta ni.. Oh.. aku nak cakap pasal malam tadi.. makan dekat KFC Tg. Malim dengan kawan aku.. bila aku order set X Meal.. masih teringat dengan cashier tu.. NABILA nama dia... memang lucu dia ni... Dia boleh sabar dengan perangai aku dengan kawan aku.. huhu... biasa lah aku ni suka noty2..huhu..

Oh, Nabila.. ko ni memang cool je.. 1st sekali ayam yang dia bagi kecik.. aku x puas hati.. so, tukarkan semua yang besar2.. Siap tanya lagi nak tukar semua ke? kalau U All nak tukar semua ke x? Sah-sah lah nak kan.. huhu.. kawan aku siap sindir lagi tadi Nabila bagi ANAK HAYAM sekarang ni dah bagi Mak HAYAM lah pulak.. kalau U all nak tahu... Terguling2 dia dekat bawah gelakan aku dengan kawan aku.. huhu.. selamat x keluar kencing dia kat situ.. hehe.. 2nd, pasal air.. lain aku mintak lain yang dia bagi... Apa lagi, " Cik NAbila nak tukar air lain boleh?" Nak tau apa dia jawab.." Boleh2.. bpe banyak nak tukar? kalau time tu aku mintak 10? rasa2 dapat x? sah2 lah aku kena lenyek pakai mesin kentang tu... huhu..

Yang paling x tahan pasal duit 5 sen, 5 sen x da lah.. kalau bagi 10sen nak x? bukan setakat 10sen... 1000sen pon aku terima..huhu..sengal sangat.. Bila dah makan, Burger pulak x habis.. makan ayam pon dah kenyang.. so apa lagi... masa untuk tapau... Ingatkan nak amik sos atas meja tu.. Biasanya amik sos atas meja.. malam tadi nak jadi lelaki Melayu terakhir lah kononya.. x mau amik sos tu.. mintak yang packet  kat bawah.. Masa nak amik, siap kena sindir dengan kawan dia, aku mintak 2 packet je..sebab x minat sangat sos ni.. " Cukup ke 2 je" apa lagi, boleh bagi 20 packet x?.. betul2 dia bagi.. tapi aku amik 4 je cukup lah.. x baik tamak... Ayat terakhir Nabila...." Abang ni suka makan sos ke? nak tau jawapan aku apa...!! Abg x suka makan.. tapi sos ni nak cili mulut kawan2 dekat rumah tu.. Sos KFC pedas sikit dari yang biasa....huhu.. kalau Nabila nak pon boleh gak.. free je...

Ish..ish..apa kaitan dengan burger king ni? aku pon x tahu.. haha.. mungkin teringin nak makan burger King kan...  

...Cerita Tamat...



11 April 2010

Meng"GATAL" kan diri naik KTM KOMUTER!!

...Cerita Mula...

Pada mulanya tak terniat pon nak balik N9, Ingatkan lepas balik dari KLIA nak balik KL  rumah bakal bakal Abang Ipar aku, Tiba-tiba dia orang ajak balik Kg. pulak. Apa lagi aku ikut je lah.
Cuma balik sekejap je, petang tadi aku balik Tg Malim. Bas dari Seremban -Tg. Malim jam 3ptg. tapi aku dah lewat. So, terlepas lah bas.. sedih ni...

Dipendekan cerita, teringin nak naik Komuter lah pulak. yang ni 1st time aku balik naik binatang ni.. sebelum ni naik keta or bas je.. aku beli tiket dari Seremban sampai Rawang. Rawang Tg. Malaim. Ingatkan cepat lah sampai.. tapi Hampeh... kalau naik bas 1 jam 30 minit dah sampai. tapi naik Komuter 3 jam lebih dekat 4 jam baru sampai.. boleh gila dibuatnya..

Aku kena lalu lebih kurang 26 stesen.. kalau U all x caya pergi kira sendiri..  lpas ni aku buat cerita 26 perhentian pula.. setiap perhentian ada cerita... tapi aku cerita sikit je lah...
Dari Seremban aku duduk kat bahagian tengah. Yang aku sakit hati setiap perhentian mesti bertukar-tukar orang kat sebelah aku.. sampai x selesa pon ada, kalau x kiri.. kanan.. rimas aku.. bukan setakat Bangla, Nepal, Kemboja dan macam-macam lagi.. tah mana datang ramai-ramai ni..  semua ada... ada yang bau arak,ada yang bau rokok, ada yang ketiak masam..ada yang bau longkang.. yang x tahan.. bau baju hapak 10 tahun x cuci... busuk...

Mesti U all nak tahu apa aku buat kan, aku ni baik hati.. aku sanggup berdiri dari bau badan dia orang yang busuk tu.. janji aku puas hati.. tapi memang selamat x mati sesak nafas time tu.. bila sampai Rawang ke Tg. Malim dah selesa sikit. sebab x ramai orang.. baru rasa nikmat naik Komuter.. bak kata pepatah.. Jauh Perjalanan, sakit lagi hati memandang... huhuhu sampai jam 8mlm, bila sampai je... aku disambut oleh hujan lebat... terima kasih hujan... dapat juga merasa naik Teksi balik Taman Nusa..he3

...Cerita Tamat...

Selamat Tinggal Malaysia!!!

Yeah... aku nak balik Kg. huhu.. kat mana agak2nya... Apa? Canada...? betul ke? tipu je lah..
Malam tadi aku dengan family sempat hantar Uncle (Pak Cu) aku gi KLIA..
Rasanya sekejap je 2 bulan berlalu.. pejam celik dia terpaksa balik Canada..
Time hantar tu, Jumpa pulak dengan Abg Fazli.. agak-agaknya siapa Fazli ni? Oh tidak.. dia ni budak DPLI yang selalu datang umah aku dulu.. sekarang ni tengah praktikal dekat Putrajaya..

Ni lah kerabat2 aku yang dok menghantar.. yang ni baru sikit.. kalau semua datang.. rasanya x muat KLIA tu..

Sempat snap2 pic sebelum dia terbang meninggalkan Malaysia.. Lepas ni 2 tahun lagi baru jumpa..

Reen.. I will miss u... mmmm.... sdihnya... 

Yang ni Family Uncle aku.. Reen, Ziyad & Zara.. My Uncle kerja dekat Canada, kerja dekat Shell Oil, Sebagai SAP Consultant. mula-mula 2 tahun je.. pas tu sambung lagi.. Hidup mereka merantau je.. 

Comelnya... budak dua orang ni memang lucu.. suka sangat main-main dengan dia orang.. Kakak & Abang nanti study rajin2 ok... jadi macam papa... Bangli rindu sangat kakak & Abang.. muaaahhhh..

10 April 2010

Malam Bintang Tidak Berkelipan!!

Jom layan entry malam ni, nama tajuk ada kaitan dengan malam Jumaat. Ye lah baru lepas hujan kan, bintang dengan bulan pon segan nak keluar..hehe..  Tapi aku pelik pulak, bila sampai dekat DRT tiba-tiba matahari yang timbul..wow.. nak qamat ke.. malam2 buta ada matahari..hahaha oh..tidak.. jangan qiamat lagi.. amalan belum cukup.. dua tiga kali tengok.. rupa-rupanya lampu dalam DRT tu dah macam matahari lah pulak... haha.. maksiat2..
Sebelum pergi aku nak colour rambut dulu, bila colour hasil yang dapat x macam gambar ni..sial sangat.. lagi hitam rambut ni.. si Hasnan punya rambut dah macam anak orang putih.. ok lah.. rezeki dia.. aku ngan Ikhwan lagi hitam pulak.. ni namanya malang...

Sebenarnya nak tunjuk bilik aku yang baru cat 2 bulan yang lepas je... macam menarik je nak snap2 gambar dekat sini..huhu..

Aku dengan TWIN aku.. INGAT untuk malam ni je.. esok2 dah x jadi TWIN ye.. But, kami lain mak & lain ayah je... yang lain semua sama.. dari atas hingga bawah... rasa2 dalam sama tak?  U all rasa2...hehe.. jangan pikir Hijau-hijau ye...

Motif sangat pakai cermin hitam malam2 buta ni.. haha.. bilik aku ni panas sangat rupanya.. apa tidaknya.. bilik yang penuh dengan kemaksiatan... huhu.. atau penuh dengan keiimanan... pikir2 lah sendiri.. aku bagi masa 2 saat untuk U all pikir.. 

Sebelah kiri ni Pojal skema, dalam tolet Audi... macam biasa lah malam ni aku dengan TWIN aku je bergambar..

Sempat bergambar dengan Mak Hayam paling Hot Dekat UPSI... Betul ke? jawapan dia salah.. dia ni MAK HIKUS... yang paling suam2 kuku...haha.. sorry Nurul ek...

Yang ni time bosan dengan persembahan merapu budak2 ni..tah apa yang dia orang mencarut dekat stage tu.. sakit kepala otak tengok.. selamat aku x mati mengejut dengan persembahan dia orang..aduh...lucu sangat2.. memang best dia orang semua...

Apa2 pon malam ni memang enjoy sangat2, aku dengan Ikhwan menjadi tumpuan.. semua orang nak tangkap gambar dengan kami berdua. nak kata Vogue x da lah vogue sangat.. tapi sebab aku pakai baju sama dengan dia kan.. tu yang menjadi tumpuan. Kawan2 yang nak amik gambar tapi ditolak secara bersopan minta maaf sangat2.. sebab tadi terlalu busy uruskan program malam tu.. plastik sangat uruskan program konon..padahal gi curi makan dekat luar dengan budak2 yang lain.. kantoi... ngee....

Tq sangat2 dekat Hasnan yang sponsor colour rambut, Farah dengan Kak Yus yang sponsor untuk make Up malam ni..

08 April 2010

Shopping Tak Ingat Dunia!!

...Cerita Mula...

Lalat belum terbang lagi aku dengan Ikhwan dah keluar pergi Rawang..
Ni pon terpaksa untuk beli baju dinner Anugerah Dekan FPE untuk malam ni..
Tema  "ARABIAN NIGHT" dan Dinner AT45 jumaat malam "GLAM NIGHT"
Tapi semua hancur.. aku tak sempat ambil Anugerah ni.. apa tidaknya sampai rumah pon dah lewat.
Ini semua gara-gara Shopping tak ingat dunia...

Yang pasti malam besok aku mesti pergi untuk AT45 punya..
Mula-mula ingat nak pergi rawang je... bila sampai Rawang semua tak berkenan..
Berpuluh-puluh kedai pergi..Tapi semua macam baju orang tua..
So, aku buat keputusan pergi KL.. Jom gi KL.. ho3.. gila betul...
Walaupun aku sesat bagat nak pergi KLCC.. Lepas gi KLCC kami gi Pavillion & Time Square..
Best sangat pergi cuci mata.. Tapi x pa.. yang penting puas... semua ada dekat situ.. mak dengan ayah je x da... 

( sempat lagi snap2 gambar.. hahaha... yang ni pic dekat KLCC)

(Shopping punya shopping nampak pulak shoes Paul Smith dekat KLCC.. berkenan dekat hati...  aku & Ikhwan pon beli.. Wen amik colour Coklat aku colour Hijau.. ok lah tu.. Harga dia sama je.. Harga rahsia.. takut U all cakap Aku menunjuk lak nanti.. hahaha... klu nak tahu sangat pergi tengok sendiri ye.. 

( Aku nak boria dengan Wen malam besok.. huhu..)

Untuk baju aku beli dua pasang, 1 colour hitam, satu lagi colour biru.. yang tu x leh masuk blog lagi.. rahsia..
yang penting esok aku dengan Ikhwan jadi "TWIN" kasut sama.. baju aku dengan dia sama, bezanya cuma kat bahagian kepala je.. corak dia lain sikit.. tapi colour sama.. hoho..

Ni time makan pulak, makan kat MCD..
Wen Makan Burger QP aku makan Ayam MCD..
macam biasa lah, dia makan sikit je.. selebihnya aku sapu..huhuhu...
Nafsu makan sudah bergelora...
Sampai rumah lebih kurang jam 9malam..
Penat sangat-sangat seharian shopping tak ingat dunia... lala..

...Cerita Tamat...

07 April 2010

Aku Yang Keterlaluan!!!

...Cerita Mula...

Oh..Tidak..Tidak dan Tidak..
Berapa kali tidak lah....ho3..
Aku tidak boleh terima kenyataan...
Dalam masa 2 jam berat aku naik 3 Kg...
U all jangan nak pikir bukan-bukan ye.. nanti ada pulak ingat aku "BUNTING" 2 jam lak ye.. huhuhu..
Ini bukan tipu-tipu.. tapi inilah kenyataan...

Mesti U all tertanya-tanya kenapa naik begitu mendadak...
Apa tidaknya aku "MENGGILA" di pekan bersama Ikhwan..
Mula-mula nak shopping baju untuk Dinner  hari Khamis dan Jumaat ni...
Tapi hampeh... semua baju x vogue... So, esok terpakasa pergi Rawang beli baju..
Jalan punya jalan  tiba-tiba hujan turun..
Sementara nak tunggu hujan berhenti.. Jom kita makan...

Menu Petang ( Pekan) Vs ( Rumah) untuk 1 Person

Roti Canai + Teh O Ais
Mee Goreng Mamak Special..
Buah Jambu1Set..
Goreng Pisang 10 keping.. ( Beli kat pekan)
Air Mineral 1.5L
Chips More 180g..
Air Milo 2 gelas...

Mesti U all x caya.. aku ke yang makan banyak ni..
Jangan risau..aku x da bela "JIN" & "SYAITAN" bagai... yang ni memang aku sorang yang makan...
Kenapa x percaya ke? Suka hati lah nak caya ke tidak kan...
tapi betul lah... aku amik masa 2 jam untuk habiskan ini semua...
Habis je makan.. terus timbang.. 58Kg.. naik 3 kg..huhuhu..
hari ini aku ada masalah sikit.. so, cara nak hilangkan tension dengan cara makan banyak-banyak..

...Cerita Tamat...

06 April 2010

Aku Suka Makan Pisang!!

Entry kali ini  agak panjang sedikit, memang ada kaitan dengan pisang. Aku tahu U all bukan suka sangat baca entry kalau panjang menjela ni. Nak tak nak, U all baca je lah sebagai pedoman hidup. Kalau tak baca pon aku tak makan hati. Mungkin cerita ni ada kaitan dengan diri aku dan U all semua.
...CeriTa Mula...
Esah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.  Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.

Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.  “Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Esah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.  Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .

Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Esah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Esah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.

Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk. “Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Esah. 
 
Esah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. 
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
...CeriTa tamat...

05 April 2010

Selamat Hari Tua Puteri Pijot @ Gadis


Happy Birthday to u...
Happy Birthday to u..
Happy Birthday to u Pijot..
Happy Birthday to u...

Haha.. dah tiup pon lilin tu...
Senyum dalam kesedihan...lalala..
sedih sebab umo dia dah tua..hehe..
Hari ni genap 23 tahun..
Meriahnya.. kek sampai 2 biji...
Satu kek coklat..satu kek biasa...
yang pasti kek biasa x da orang makan..
Budak-budak ni memilih sangat.. kek coklat x sampai 5 minit dah habis..
Tu lah perangai budak-budak zaman sekarang...
Ni antara tetamu yang tidak diundang datang ke Bahtera Arked..
Rumah yang pernah aku tinggal sem 3 & 4 dulu...
Apa yang pasti.. sambutan sangat meriah.. sampai x cukup ruang nak duduk..
Cuba tengok belakang tu.. Tiba-tiba pulak ada penyapu..
Nampak sangat budak dalam rumah ni rajin menyapu kan..hehe..

Pijot.. May Allah Bless u.. Amin..

Plz.. Call 999

U all... Tolong Hairi...
Sekarang Jam 4 lebih..nak minta tolong call 999 je..
Aku bukan nak beranak, bukan rumah terbakar..
Tapi dah 10 kali masuk toilet..aduh.. sakit perut..

U all.. Aku dah tak larat ni.. 5kg berat dah hilang..
gara-gara CiRiT... berat aku dah tinggal 50kg...
But, aku yang merana... U all.. tolong Aku..

Toilet pon dah benci tengok muka aku yang lebih 10 kali masuk...
lepas ni "KOMPOM" tak nak makan rendang ayam dengan Kerang lagi..
U all... Aku trauma ni... ok lah... nak masuk toilet lagi ni...
daaaa....
kata-kata akhir dari aku sebelum masuk toilet..
Sayangi toilet anda...
Toiletku..syurga ku..wakakakka
Tengok.. Toilet ni dah tidak sabar menunggu kehadiran
Prince Hairi... huhuhu
Mulut dah buka besar-besar..
lepas ni aku bagi lagi 1kg..lalala

04 April 2010

Qualiti pasangan anda mengikut ISO 9001?

...Cerita Mula...
Entry kali ni x da kena mengena dengan ISO 9001 pon. Aku sengaja menggatal  nak menulis pasal benda ni. Wakakaka... Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat aku telah bertanya satu soalan psikologi yang Hairi  kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, U all dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut?Mesti U all akan cakap nak-nak.. kali ni malas lah pulak nak bergosip-gosip.. huhuhu.. Baik, Hairi  kongsikan dengan U all. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..
Cuba fikirkan sekarang... Fikir...Ermmm... Fikir lagi la ek.... Dah habis fikir ke nie???? OK la, dah habis fikir kan? Apa..!! Belum habis fikir lagi? Nak kena U all ni.. gigit baru tahu... hehe..   dan dah buat keputusan gak kan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Nak tau ke tak nie??? Jawab la... Nak tau ke tak nie???? Senyum la dulu... Senyum laa.....  Macam tak ikhlas je senyum, kena paksa ek.. lalala.. Dah senyum tak nie??? Hihihi.... Baik, mari kita semak jawapan anda...

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda. Anda juga boleh jadi pak or mak guard dekat rumah. Pasti terjamin keselamatan family anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta. Dengan erti kata yang lain anda ni jenis mata duitan, pisau cukur.. dan seangkatan dengannya.. yang ni kawan aku yang cakap...heheheh..
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang. Wow... Sayang lah sangat.. mula-mula sayang.. lepas tu melayang.. betul x? Hehe...
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda. Apa-apa pon budi bahasa budaya kita....
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda. Bukan setakat pasangan anda sahaja.. anda ni boleh dikategori manusia yang vogue.. teruja x?

Hahahaha... macam mana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba...
...Cerita TamaT...