Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 November 2011

Selamat Tinggal TESCO

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Ekceli tak ada yang menarik nak dicerita pagi ni. Cuma nak bagi tahu, yang hari ni hari terakhir buka booth untuk Program PJJ Universiti Utara Malaysia. 2 bulan dekat TESCO Peringgit,Melaka. Banyak kenangan indah yang aku dapat. Rasanya banyak yang indah dari yang sedih. Serious seronok kerja kat sini. Boleh cuci mata, window shopping. Kalau korang nak tau, aku paling suka kerja luar. Aku tak suke kerja dalam office. Kalau boleh, memang tak mau masuk office.  Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak.. Dua-dua kena pergi.   


Okay.. Pic ni masa dekat booth.. Penyeri booth cuma balloon jew.. Kalau tak benda tu.. Sure ramai yang tak datang.. 

Esok, buka booth di Mydin MITC pulak. Pasti aku akan rindu dengan orang-orang TESCO ni.

P/s- Kepada mereka yang bekerja yang nak sumbung study. Boleh hubungi aku yew.. Diploma, Degree & Masters ada ditawarkan.. Sekian..

...Cerita Tamat...

27 November 2011

Bersukaria Vs Bosan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikkum.. Selamat petang.. Urmm.. lama tak update.. Ekceli aku sangat busy sekarang ni. Kerja Vs Kerja.. Time cuti pon still kerja. Ni pon update sambil kerja. Hebat kan? Walaupun kerja aku sempat gak luangkan masa dengan kawan-kawan. Teman dia orang shopping, karok & macam-macam lagi. So, korang layan je lah pic ni..


Prince with Untie Nusrah.. Boleh masuk Rupa bukan sekadar vokal tak?. Silap.. Vokal bukan sekadar rupa.. lol..  Kot ada sape-sape yang dengar suara aku.. Sure korang koma tak bangun-bangun.. :)


Hahaha.. ni kat Restaurant Kenny Rogers.. Korang nampak kan.. Aku pakai baju kerja.. Maknanya ni time kerja lah.. Sempat lagi melepak kat JUSCO.. :)


Pic ni tak mau komen banyak-banyak..

P/s- Tak sabar nak tunggu 2 DEC 2011. My Birthday ke 24 Years.. Agak-agak dapat hadiah apa ek dari someone.

...Cerita Tamat...

Tanpa- Sixth Sense

video

Lagu: Tanpa
Penyanyi: Sixth Sense

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

15 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula..

Hye all, Asslamualaikum... Ekceli aku baru balik dari makan ikan bakar dengan someone.. Kawan merangkap best friends forever. Kali ni memang best tempat dia. Aku pilih dekat Alai, Melaka. Aku dah trauma nak makan dekat Umbai. 1st time aku  datang Alai terus jatuh cinta dengan Ikan bakar & masakan kat situ. Memang best...

Dari segi harga memang sangat berpatutan. Aku nak bagi tahu korang semua, serious aku bagi kedai ni 5 star. Korang jangan tengok luaran kedai. Tapi tengok chef yang masak dia. Rasa sekali pasti nak lagi.

Untuk kali ni, aku tak nak uploadkan sebarang pic. Atas  permintaan kawan-kawan aku. 

Menu malam ni..

Fresh Oren + Air Tembikai
Nasi Lemak + Nasi Putih
Ikan Cencaru Bakar
Ikan Pari Bakar
Kerang Rebus
Sotong Masak Merah
Scallop Stim
Udang barter 

Amik kau.. makan sampai pecah perut.. 

P/s- Sape-sape yang berminat boleh cuba sendiri..

 Deli Muara Restauran,
 Aizhar Enterprise, 
KM 10, Muara Sungai Punggor, 
Crysta Bay, 75460 Alai, Melaka.

...Cerita Tamat...

07 November 2011

Jusco Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Malam ni aku cuma nak cerita pasal aku gi bersukaria dengan best friends masa buat praktikal dulu. Lokasi pilihan JUSCO Peringgit bersebelahan dengan TESCO yang agak sesak dengan manusia dari over sea. Tujuan utama nak celebrate birthday Cik Nusrah. Mengikut perjanjian yang akan join seramai 16 orang. Tiba-tiba sampai kat JUSCO Cuma 4 orang termasuk aku. sabar je lah..


Ha3.. ni dia Cik Nusrah.. Berusia 28 tahun.. Asal Jitra kedah.. Masih single & not available.. Okay, Secret Recipe  menjadi pilihan kerana kek dia yang agak popular.


Ada sesiapa yang masih tak kenal dengan budak ni? Budak yang kuat makan.. hobi dia tido.. :) Nasi goreng sate menjadi pilihan Prince.. 


Ini Cik Ina.. Bila dengan dia.. Aku tak tahu nak komen apa.. Korang layan je lah pic dia ni.. Masih single tapi dah berpunya...


Okay.. Ni dia peserta terakhir kita.. Penaja utama untuk makan-makan kat Sini.. Thanks Mr. Z yang sudi sponsor untuk dinner ni.. Yang sudi jemput Prince kat TESCO walaupun tesco bersebelahan dengan JUSCO.. hahahah..  Semoga dimurahkan rezeki.. Dan dipecatkan jodoh.. Cewah... ayat nak bodek... Kalau sebelum ni pon  En. Z pernah belanja aku & kawan-kawan makan kat Pizza.. Tu pasal rezeki dia bertambah je.. :)

P/s- Cik Nusrah..Happy Birthday yang ke 28.. May Allah bless u always.. Amin.. Yang pasti sampai mual perut & tekak aku nak habiskan kek tu.. yeakkkksss..

...Cerita Tamat...

05 November 2011

Salam Aidiladha & Selamat Bercuti..

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Kepada semua kawan-kawan selamat menjalani ibadah korban dan salam Aidiladha. Kalau tahun lepas aku beraya di perantauan.. Tahun ni alhamdulillah.. Dapat juga beraya kat kg..



Hahaha.. Ni dia pic paling terbaru Prince..Agak berisi.. Macam mana semua tak berisi.. Hati senang..Jiwa tak kacau.. Nafsu makan semakin bergelora kau.. Ngee..

Jangan korang nak pelik pulak, tiba tiba aku masukan pic tengah bekerja..(tengah kerja lah sangat). Besar gedabak lagi.. Kata orang..sambil menyelam minum air kan.. So, sape sape yang rasa nak sambung  study lagi.. Boleh hubungi aku ek.. Talian hp dibuka 24 jam. Sesiapa saja boleh call..Tak ada masalah..  Hamik kau.. Siap buat promosi lagi. 

P/s- Selamat bercuti.. Berhati hati ketika memandu..

...Cerita Tamat...   

02 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Pagi ni aku just nak berkongsi cerita dengan u all semua. Ekceli dekat satu bulan aku kerja. Tapi baru semalam aku ambil cuti. Kalau nak ikut kan kerja aku. 1 minggu ada 3 hari cuti. Tapi,aku jarang cuti. Nak tau kenapa? Sebab aku kena sampaikan target untuk bulan ini. Alhamdullilah, semua dipermudahkan. 

Bila dah cuti apa lagi, aku with my best friends Mr. Ayie hangout kat sekitar bandar Melaka. Mula-mula gi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jusco, Bukit Beruang.. Last sekali boleh gi Mydin MITC. Very atok-atok sangat masuk Mydin.. urmmm.. Makan jangan cakap lah, aku dengan Ayie ni memang kuat makan, u all tengok je badan kita orang kurus & berketul-ketul... Tapi makan.. OMG.. Tuhan je yang tahu.. u all tahu.. Time kat McD tu,  aku makan sampai 3 large set . Tapi kongsi 2 orang lah.. Kot aku sorang makan 3 set. Mati kekenyangan dowh.

Kebetulan petang tu aku ada appointment's dengan syarikat 1 ONE. Yang ni untuk terapi kesihatan punya. So aku luangkan masa dekat 2 jam juga untuk terapi tu. Baki lagi 11 sesi.. Esok baru buat. 


Ni dia tempat terapi yg aku maksudkan.. eLife digunakan untuk membuat terapi.


Hahaha.. Tu dia En Prince sedang menjalani rawatan.. Walaupun rawatan agak mahal.. Tapi agak berbaloi.. Thanks Mr. Ayie yang terpaksa kena snap pic Prince. lol...

...Cerita Tamat...