Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

19 November 2012

Cikgu Hairi Kena Jaga SPM.. Terbaik

...Cerita Mula...

Hye all... Asslamualaikum... Dup dap.. Dup dap... dah nak masuk 19 November 2012. Ekceli dah cuti sekolah kan. Memang lah cuti sekolah, tapi kan.. Aku je yang tak cuti.. Kena stay asrama... Jaga students yang ambil SPM & STPM. Dah lah stay asrama, Kena pulak jaga SPM. Bak kata pepatah... "Sudah jantuh tangga, kena himpap kat tong gas kau". itu pepatah bukan aku yang cipta.. Tapi orang yang dulu-dulu punya.

Okaylah, untuk pengatahuan semua orang yang sedang membaca blog aku.. Secara rasminya aku kena jaga SPM kat sekolah swasta.. SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA REMBAU. Itu pon last minit baru tahu pada jam 12.25 pm masa nak balik dari sekolah. Memang tension masa tu. Sebab aku tak dengar apa-apa taklimat sedangkan hari Isnin dah kena jaga SPM. Surat pula dapat hari Jumaat selepas orang taklimat.

Sebenarnya aku tak kisah kena jaga SPM.. Tapi bila dapat tahu last minit yang tak suka.. Sebab perancangan untuk percutian semua dah buat. Tiket flight semua dah beli.. Last-last kena jaga Exam... So.. Percutian perlu diteruskan dengan meminta kebenaran kepada En. Ketua Pengawas.. Thanks bagi Cikgu Hairi cuti 1 minggu... Nak tahu gi mana? Tunggu entry yang seterusnya...

...Cerita Tamat...

18 November 2012

Tinggal Kenangan :(

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan


video

04 November 2012

Istanbul Aku Datang versi Prince Hairi Aks

...Cerita Mula...




Hye semua... Malam ni aku nak story sikit pasal siang tadi. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tengahari tadi aku sempat meluangkan masa nak jumpa my best friends kat Melaka. Kebetulan kawan aku buka booth kat Mydin MITC Melaka. Dipendekan cerita. Aku bawa lah students aku dalam lima orang. Zakwan, Ali, Zul, Akma dan Naim.(Budak-budak ni semua form 3) baru merdeka dari PMR. Ekceli dia orang ni tengah kebosanan tahap dewa. 

Bila sampai Mydin aku biarkan students aku untuk buat hal masing-masing. Dan aku pon jumpa lah dengan kawan-kawan. Kebetulan pula, ada road tour untuk filem ISTANBUL AKU DATANG kat pentas utama Mydin. Dah alang-alang ada artis datang aku pon tengok lah sekejap. Tiba-tiba muncul Alya Hot Fm atas stage. Selang 10 minit keluar pula Tomok dengan Lisa Surihani. Mula-mula agak teruja lah.. Tengok dia orang huha huha atas stage tu. Terus melekat aku kat situ. kawan-kawan aku pon dah hilang.

Aku pon duduk di celah manusia yang berpusu-pusu nak tengok artis. Biasalah.. kot artis tak popular datang  pon. Sure akan penuh kat Mydin tu. Mula-mula Lisa pangil siapa yang nak belakon naik di atas pentas.. Kalau korang nak tahu.. Punya lah ramai yang nak naik.. Sampai Lisa terpaksa buat pilihan. Aku macam biasa lah.. Orang low profil ni tak suka nak menonjolkan diri. Sedang aku asyik melayan perasaan kat orang ramai tu.. Tiba-tiba Lisa & Alya panggil aku. Time tu.. hanya tuhan yang tahu perasaan aku.. Rasa macam nak larikan diri dari tempat tu. macam nak tercabut jantung, limpa, pedal, buah pinggang aku. Memang tak pernah terfikir akan naik stage. Kalau korang nak tahu.. Aku ni ada darah gemuruh sikit.. Tapi malang sekali.. Aku tak boleh nak lari.. Sebab dah dikepung oleh krew Istanbul tu. Dengan paksa rela.. Aku pon naik.( Tak nak.. Tapi mahu.. )

Ekceli lima orang kat atas stage. Aku salah sorang. Yang baju biru kat atas tu.. Tak lain tak bukan En Prince. Aku rasa ini kali pertama aku belakon dengan artis yang agak hot lah juga kat Malaysia.. Ikutkan hati teringin nak belakon dengan Kajol atau  Karisma Kapor ke... 


Ekceli aku kena melakonkan watak sebagai boyfriends LISA.. Dan aku kena pujuk Lisa supaya datang semula kepangkuan aku. Macam jiwang je kan.. Yang si Tomok ni pula telah merampas Lisa dari aku. Kalau korang nak tahu.. Aku pon tak tahu apa yang aku dok carut atas pentas tu. Macam syok sendiri pon ada... Walupun belokan bangang-bangang.. Dapat juga top 3... Last sekali dapat no 2 dari 5 orang.  

Masa ni berlaku agedan yang agak romantik.. Dapat pegang sikit-sikit. Serious aku cakap dengan korang. Bila balik dari Melaka.. Aku belum mandi... Tadi Lisa pegang tangan aku.. So, takut bau dia hilang.. LOl...  confirm tak tidur malam...


Aksi bersama LIsa & Tomok.. Sorry lah... Pic tak clear.. sebab pakai hp cap ayam time ni.. Bukan aku yang tangkap...


Ni aksi mengedik, pujuk rayu.. belai-belai.. Susah juga nak bagi Lisa ni cair..


Gaduh manja dengan Tomok.. So sweet... :)


Ni dia hamper yang aku dapat.. Makan lah Maggi sampai muntah-muntah... Makan Maggi.. Tidur maggi.. minum maggi.. mandi maggi... Itu lah tema untuk minggu ni,...


P/s- Aku telah berjaya memalukan diri depan beratus-ratus orang kat Mydin tadi. Lepas ni.. Trauma nak tgok benda macam tu.. Trauma... Trauma... Trauma....

...Cerita Tamat...

03 November 2012

Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Kemerdekaan TBSS

...Cerita Mula...

Hye all... Assalamualaikum. Entry kali ini untuk pic bulan lepas. Masa jamuan akhir tahun sekolah dan majlis penutupan bulan kemerdekaan.


Pasukan PBSM..



Me with Isma & Rafidah


Jamuan kelas 4 MPV


Thanks 4 MPV untuk hadiah yang korang bagi..


Student form 1...

...Cerita Tamat..


01 November 2012

Prince dan Asrama SMK Tunku Besar Tampin

...Cerita Mula...

Dekat satu tahun aku jadi warden asrama pusat  SMK Tunku Besar Tampin.. Memandangkan asrama pusat.. Kalau dah namanya asrama pusat.. So. ada sekolah lain selain dari TBSS.. Sekolah yang turut serta SMK Tunku Syed Idrus.. Jiran kepada TBSS.. Ekceli budak Syed Idrus ni semua dari aliran agama.. 

Sepanjang satu tahun kat sini. Banyak juga program yang aku join.. Korang layan je lah pic kat bawah ni...


Makan-makan dengan pelajar untuk meraikan dorm yang paling bersih... Warden pon join sekalai..



Majlis makan beradap with Farahim


Persiapan makan beradap...


With pelajar ASRI


Aboy & Arm


Jamuan raya...

Pertandingan futsal ASRA...

...Cerita Tamat...
 

Prince Kena Hantar Kursus

...Cerita Mula...

Hye all.. Asslamualaikum. Ekceli aku masih lagi dalam mood kursus.. Ini minggu kedua kursus.. Minggu lepas di SK Jempol, Bahau Negeri Sembilan. Tiga hari kat sana.. Banyak seronok.. Banyak pusing ini kepala..  Banyak ilmu yang dapat.. Walaupun cuma kursus PBS GEOGRAFI tingkatan DUA.. Dan bukan opsyen aku.. Aku redha jew... Yang penting kursus kan. 

Minggu ni aku  kena hantar kursus warden pula.. Yang ini kat Hotel Seri Malaysia, Melaka. Kursus untuk warden dan penyelia asrama.. Kursus menbina laman web.. Terkangkang-kangkang juga aku nak siapkan laman web asrama.. Aku rasa nak juling-juling biji mata mengadap lappy 4 hari malam.. Dari pagi sampai malam... Sampai nak tidur pon leh mimpi tengah buat laman web... So... Kalau korang rajin. Sudilah kiranya melawat laman web asrama aku... Laman WEB ASRAMA PRINCE.. :)

Okay.. cukup untuk entry kali ni...Minggu depan dah cuti sekolah.. So.. Time untuk berjimba-jimba dengan kawan-kawan.. 


Okay.. Tak murni blog aku kalau tak ada pic.. So.. amik pic ni.. Pic terkini.. Makan-makan dengan my best friends forever.. :)

...Cerita Tamat...