...Cerita Mula...
Apa khabar semua... Assalamualaikum.... Tiba-tiba pagi ni tergerak pula jari jemari ni nak menaip. Memandangkan sekarang cuti sekolah boleh lah update. Okaylah.. Malam Isnin yang lepas aku sempat meluangkan masa untuk melawat tapak Fun Fair berdekatan dengan pekan Tampin. Ekceli ini kali pertama aku masuk Fun Fair kat Tampin.
Kalau kat tempat lain tu memang dah selalu. Bak kata pepatah.. "Dimana Ada Fun Fair Di Situ Ada Aku". Macam biasa lah, aku ditemani oleh askar askar pencen. Mr. Alex, Boyak, Punai & Syafiq (T#%$K). Bila sampai di tapak, Oh mak ai, ramai.. berpusu pusu orang kat situ.. Sampai nak berlaga punggung kau.. Jalan sikit jumpa dengan students.. Semua dok tegur aku.. Nasib baik lah budak budak ni tegur kan.. Kalau tak rasa malu gak.. Dok sekolah bertahun tahun.. Tapi pelajar tak kenal..
Setelah 30 minit, akhirnya token pon dibeli. Kat Tampin memang mahal. SATU token RM2. Tempat lain SATU Token RM1. Memang mencekik darah. Hadiah lak memang tak berbaloi.. Dari mula mula datang aku dengan budak budak ni memang dah tergila-gila nak naik "TOP GUNE". So, memandangkan ini kali pertama dalam berpuluh puluh fun fair yang aku gi ada binatang yang nama dia "TOP GUNE". So, aku pilih untuk main benda ni. Tengok dari bawah memang seronok.. Orang kat atas jerit jerit.. Terpekik terlolong.. Dalam hati aku mesti best kan.. Best lah sangat.. urmmm
Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.. Dengan rasa bangga dan agak sedikit jobo. Aku dok seat paling depan. Amik kau.. Mula mula naik seronok. Tak de rasa apa apa.. bila dia hayun laju laju.. Nak tercacut nyawa uncle dik oi.. Budak budak kat belakang aku jangan cakap lah.. Jerit macam orang tak pernah naik.. Kesian aku tengok.. Ade yang minta berhenti kan benda tu.. Tapi sia sia je jeritan tersebut.. tak dilayan pon.. Itu lah, aku nak pesan, lain kali jangan nak gatal gatal naik kalau takut.. Tengok jam dah 1 minit.. Hayunan semakin kencang.. kadang kadang suka suka mak dia je berhenti kat atas.. Bayangkan, kepala kat bawah kaki kat atas tak pernah dibuat kat orang.. Masa ni lah ada yang muntah.. Gile geli..
Apa-apa pon ini lah first and last aku naik "TOP GUNE" tak sanggup kali yang kedua.. Sesiapa yang masih belum sempat naik permainan ni.. Silakan naik.. Mana yang ada darah tinggi atau lemah jantung.. Tolong jangan naik.. Aku takut korang mati mengejut atas tu..
P/s- Turun dari "TOP GUNE" semua pening lalat.. terus balik asrama.. muntah hijau.. LOL...
Ni dia Fun fair Tampin..
Sky Rock aku tak naik, sebab mesti kepala akan pening.. huhuhu..
Geng Bas Sekolah.. (GBS) Syafiq, Boyak, Punai, Cikgu Hairi Aks, Alex, Mustakim...
...Cerita Tamat...