Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

26 June 2012

07 June 2012

Bila Prince Kena Kursus

...Cerita Mula..

Hye all, assalamualaikum. Minggu lepas aku sempat menghadiri kursus dan bengkel pengurusan rekod berkualiti untuk sekolah asrama harian. Walaupun baru satu minggu posting.. Dapat juga gi kursus.. Kursus ini diadaka pada 29-31 Mei 2012. Yang pasti masa cuti sekolah.. Lokasi pilihan Hang Tuah City Hotel, Melaka.

Okay.. Aku tak mahu membebel tak tentu pasal tentang kursus ni.. Sebab semua berjalan dengan lancar.. Everything okay.. Tak ada masalah.. Aku just tak puas hati dengan pengurusan hotel... Hari pertama aku sampai hotel... Aku rasa nak hangin satu badan sebab tempat parking sangat terhad.. 

Bila nak check in bilik.. Ada sorang staf ni suruh tulis nama dalam form. Bila dah siap tulis aku diarahkan untuk masuk bilik 330 aras M, bila ketuk pintu.. Perempuan yang buka.. Dalam hati aku... Memang nak kena budak ni.. Dia ingat aku ni girl apa siap nak satu bilik kan aku dengan mak cik- mak cik.. Okay fine.. Aku jumpa semula staf tu... Dia pon bagi kunci lagi satu.. No bilik 131 Aras M juga.. 

Bila aku masuk bilik.. Boleh pulak ada tilam letak kat bawah.. 1 bilik sampai tiga orang.. tapi aku kisah pon.. Sebab dah biasa tidur ramai-ramai... Tak sampai 10 minit.. Pintu bilik aku kena ketuk.. Staf tu datang cakap dia salah bagi bilik... Time ni darah aku dah naik... dengan peluh tak kering lagi.. nak suruh aku tukar bilik.. tak pasal-pasal kena maki dengan aku..

Selesai babak maki-memaki dan staf tu pon dah minta maaf.. dan aku pon dah cool sikit.. Masuk lah bilik baru.. Yang ni baru lah kategori bilik.. Sebab ada dapur, ruang tamu dan bilik..paling best aku sorang-sorang je dalam bilik ni... Sebab ada cikgu yang tak datang.. So.. Merdekalah aku sorang-sorang.. Tak ada sesiapa pon yang ganggu hidup aku.. 


Bila dah tak de keje... Snap pic sampai habis bateri camera.. :P


Bilik tidur.. Biasa-biasa je.. 


Ruang tamu..


Dapur...

P/s- Kursus yang paling seronok aku ikuti..Sebab malam tak ada program.. So.. Time malam berjimba-jimba dengan kawan-kawan area Melaka.. So sweet... :)

...Cerita Tamat..

Akhirnya Posting

...Cerita Mula..

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama menunggu untuk dipostingkan.. Akhirnya posting juga aku... Ekceli dekat 1 tahun aku tunggu posting.. Aku habis study bulan Mei 2011. Dapat posting  23 Mei 2012. Dekat satu tahun tu. Kalau tanam padi dah tiga kali tuai.

Okay sepanjang satu tahun.. Macam-macam kerja aku buat... Buat marketing program PJJ, Kaunselor program kat Melaka untuk part time study.. Dan akhir sekali menyahut cabaran guru interim.. serious.. dekat 4 bulan aku interim kat SMK Tunku Besar, Tampin.

Paling tak boleh blah.. Jadi warden asrama.. Mula-mula memang tak seronok jadi warden.. sebab aku tak pernah stay asrama.. Bila dah lama kat sini.. memang seronok.. Aku dapat belajar macam mana kehidupan kat asrama...


Okay... Aku.. Lala & Marziana.. Ini masa taklimat profesionalisme dan majlis penyerahan surat penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) DG41 yang diadakan di Dewan Theatrette Wisma Negeri, Seremban. Akhirnya dapat Posting sekolah yang sama juga... Syok wei...

P/s- Sekarang aku dah bergelar seorang pendidik.. Rasa macam tak caya pon ada.. Sebab aku tak pernah terfikir pon semua ini.. My student pangil aku Cikgu Zu... Nak terkeluar bulu ketiak aku dengar... :P

...Cerita Tamat...