Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

31 August 2010

Broadband Punya Pasal

...Cerita Mula...

Mmmm.. 4 hari tak dapat update. Sangat marah dan sangat emo. Ini semua salah Hencik broadband. Bukan salah aku. Kalau u all nak tahu, sebelum aku balik kampung, aku dah beli broadband baru. Beli dari sorang agen. Aku beli 24/08/2010. Menurut agen, you punya broadband boleh guna dalam masa 48jam. Aku pon percaya bulat bulat. saya tara tipu punya. Lagi laju dari u punya streamyx. Buat masa sekarang Celcom Broadband Advance paling laju. Speed sampai 3.6Mbps.

So, apa lagi.. terus je sign form.. Bulan bulan bayar bil.. Bila masuk hari ke3, masih lagi tak boleh guna. Dengan harapan bila sampai kg boleh guna. Bila balik kg aduh.. Still tak boleh guna.. Dari Jumaat sampai selasa tak boleh online. Tadi, masa dalam keta, try lah buka dekat highway.. tiba-tiba ok... Disebabkan marah.. Terus aku bagi kakak aku pakai dulu... Sangat sakit hati..

P/s- Kepada agen tu.. Aku sangat marah.. tak baik tipu orang.. kenapa register lambat sangat... Gara gara engkau aku tak boleh update blog... Thanks kepada streamyx dekat rumah ni...



...Cerita Tamat...

27 August 2010

Mood Exam


...Cerita Mula...

Mmmm...Aku sangat happy sem ni, cuma 3 paper untuk final exam. Dah lah 3 paper, habis exam awal pulak. Tapi yang ini cuma draf sahaja. Masih belum muktamad. Aku harap draf ni akan kekal. Kalau u all nak tahu minggu exam bermula 22.11.2010 hingga 10.12.2010. So, jom tengok jadual aku.


Exam habis awal... Syukur sangat sangat...
Tak payah nak pening kepala...

P/s-Kawan kawan yang lain, plz jangan makan hati dengan jadual exam aku. Dah lah class seminggu sekali. Then jadual exam 3 hari saje. So, ada masa untuk bersukaria sama kawan kawan.

...Cerita Tamat...

Happy Birthday Kakak

...Cerita Mula...


26 Ogos 2010.
Happy Birthday Kakak..
May Allah Bless u....
Semoga dipanjangkan umur..
Dimurahkan rezeki....
Menjadi anak dan kakak yang solehah...
Amin...

...Cerita Tamat...

26 August 2010

Dilema Tempat Praktikum

...Cerita Mula...

Ayooo... Aku baru balik dari kampus. Selesai mendengar taklimat praktikum. Tahun ni fakulti buka 5 buah negeri  untuk latihan mengajar (Praktikum) antaranya Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan & Melaka. Masalah yang paling besar, aku masih mencari sekolah yang sesuai untuk praktikum. Kalau boleh aku tak suka sekolah yang terlalu pedalaman dan tidak terlau bandar. U all dapat bayangkan sekolah macam mana   menjadi pujaan hati.




Dalam masa yang sama teringin nak buat dekat negeri sendiri. Selamat Negeri Sembilan buka. So, boleh aku buat dekat sekolah lama. Boleh jumpa dengan cikgu yang pernah mengajar aku. Adik adik junior. Apa apa pon aku harap, Pihak Unit Latihan Mengajar akan menerima permohonan aku. Mudah mudahan.. Amin...


...Cerita Tamat...

25 August 2010

Almond London Tak Cukup Vitamin!!!

...Cerita Mula...

Salam all, today aku just nak merepek pasal kuih Almond London yang tak cukup khasiat. Kuih yang aku beli di salah sebuah Pasaraya di Rawang, Selangor. Kononya ada promosi hebat. Murah.. Murah.. Murah.. Murah taik kucing dia..


Ok..Sape yang seumur hidup dia tak pernah tengok Biskut Almond London.. Ha.. ni dia.. biskut yang disaluti coklat, Then dekat atas ada kacang badam.. memang best... Rasa sekali pasti nak lagi...

Biskut ni aku beli bukan tujuan untuk makan raya, cuma teringin nak makan dalam bilik. Kebiasaanya aku akan jilat coklat. Memang best.. Bila masuk dalam mulut coklat akan cair... OMG, terpikir kat kepala otak ni... Apa yang aku makan? Mana kacang badam? Mana biskut dia... kalau u all nak tahu, biskut yang aku makan... Tak ada badam.. Tepung sikit...

Bak kata nenek aku, nak buat taik gigi pon tak lepas... Sudah alang alang beli... aku bedal je lah... Sedap tak sedap belakang cerita... So, lebih baik buat sendiri dari beli.. Beli memang rugi... Tapi masalahnya pandai ke aku buat biskut. Silap silap nak buat Almond London keluar karipap pulak... mmmmm... 

...Cerita Tamat...

Kenapa Nak Tipu Aku!!!

...Cerita Mula...


Mmm..Entry luahan hati.. Entry yang agak panjang.. Tapi still tak lebih 10000 patah perkataan.. aku sangat letih..seharian jalan jalan sambil bersukaria dengan kawan kawan. Shopping sini..Shopping sana... beli ini.. beli itu.. Kalau u all nak tahu. Kepala otak aku sangat serabut. Sangat sakit. Macam macam  dugaan yang aku terima. Aku sangat sedih. Insan yang paling aku sayangi, Insan yang aku percaya. Tiba tiba tipu aku. OMG, mula mula aku rasa macam nak terjun bangunan dari tinggat 9 KHAR sampai tingkat satu.

Tapi, bila pikir balik. Macam tak berbaloi pulak. Aku yang mati dah tentu masuk kubur. Siap pakej lagi.. kena seksa & masuk neraka. Dia yang hidup terus bersukaria. Tidak... Tidak aku relakan... Tapi kalau dah ajal, aku redha saja... Kalau u all nak tahu, aku tak pernah halang dia nak kawan dengan sape, nak keluar dengan manusia mana, nak tidur dengan sape, nak makan dan bersukaria dengan sape.

Tapi, kenapa perlu tipu aku, aku tak suka ditipu. Bila tanya kenapa tipu. Jawapan dia semudah ABC. Nak jaga hati aku. Tak mahu aku sedih. Tak mahu aku menderita. Tak mahu aku emo. Ya Allah. Aku bukan budak belasan tahun, bukan budak hingusan. Tak perlu nak tipu tipu. Aku paling sedih bila orang lain yang pecahkan rahsia. Orang lain yang mengata lebih. Orang memang suka tengok aku bergaduh sini, bergaduh sana.. Kalau boleh semua nak tepuk tangan sambil joget joget. Kalau yang jenis gedik tu siap buat kenduri 3 hari 2 malam. mmmmm...

Setelah berkali kali aku desak. Baru nak mengaku. Baru nak mintak maaf. Sebenarnya aku tak marah pon dengan dia. Aku tak marah.. sebab dia dah mengaku. Aku sangat selesa bila orang tak tipu aku. Aku akan ingat pesan mama & papa aku. Sekali kita menipu, sampai bila bila orang tidak percaya sama kita. Tu sebab aku tidak suka menipu. Sebab aku diajar supaya tak menipu dari kecil.

P/s- Kepada Si dia, jangan tipu aku lagi.. Aku tak sanggup ditipu.. Percayalah aku dah maafkan segala apa yang kau buat dekat aku... So, kita mulakan hidup baru... Hidup tanpa masalah.. Boleh?

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Makan Tak Ingat Dunia

...Cerita Mula...


Mmm.. Aku just nak bagi tahu yang aku kembung perut.. Bukan setakat kembung.. Tapi dah 10 kali gi toilet.. Hencik toilet dah tak larat tengok muka aku... Selang 10 minit Hencik toilet terpaksa berjumpa dengan aku.. hik3..

P/s- Makan ikut kemampuan.. Jangan ikut perasaan. Berhentilah makan sebelum anda diberhentikan makan... Pesanan Ikhlas dari Prince Hairi.

Walaupun sakit perut, puasa masih diteruskan..

...Cerita Tamat...

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...

22 August 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..


...Cerita Mula...

Mmmm.. Kurang dari 4 jam aku akan bahagia.. Aku akan Merdeka.. Akan terlepas dari sebarang siksaan.. Terlepas dari segala sindirin.. Aku tak perlu jumpa dengan Si dia.. Tak payah nak mengadap muka dia.. Kalau dulu aku pernah sukakan dengan dia.. Tapi hari ni.. Aku sangat benci dia..aku benci perangai dia.. aku benci segalanya galanya.. 


Selagi boleh senyum..Aku akan terus tersenyum..Dan sentiasa terpancar senyuman plastik.. Terpancar senyuman besi..Kadang kadang senyuman kayu pon ada...Mmmm..

Aku harap.. Lepas ni aku tiada sebarang hubungan dengan dia.. Aku sudah cukup tersiksa.. Rasanya lebih siksa dari siksaan kubur..(Macam pernah rasa je..hik3..).. Aku sagat benci dengan dia.. benci.. benci... benci.. Kepada dia, walaupun kita dah tidak bersama.... Aku tetap tidak dapat memaafkan apa yang kau buat pada aku...

...Cerita Tamat...

21 August 2010

Kembara Usahawan PART 1

...Cerita Mula...

Salam Semua.. Lama tak update...
Sangat busy dengan filem terbaru aku...
Dokementari untuk final exam aku..


Filem Kembara Usahawan... 
Aku sebagai Host..


Ini dia Hencik Prince yang pernah kalah Korean Top Host.. Hik3...
Seterusnya diambil menjadi host untuk Kembara Usahawan..


Salah satu aksi yang perlu dilakukan...
Aksi memoyokan diri dalam hutan..


Thanks kepada giler media production, director, dan camera man yang best giler.. Memang seronok kerja dengan u all semua.... 

P/s- Kepada Hencik Pengarah.. Jangan lupa  payment yang tertunggak... Kerja dah siap.. So, bila mahu bagi payment... Ada lagi Rm8000.00. Lepas ni boleh shopping.. Ngee...

...Cerita Tamat...

17 August 2010

Menitis Air Mata Melihat Video Ini...

...Cerita Mula...

Video yang diambil dari FB. 
Time ni tangan aku gatal sangat nak explore..
Bila Explore... Ni dia.. Tengok lah sendiri..


Dipotong kaki kerana mencuri seekor ikan..
Sangat menghayat hati.. 

...Cerita Tamat...

Mood Lagu Raya

...Cerita Mula...

Mmmm.. Hari ke7 puasa. Berat semakin hari semakin naik.. Naik 2 kg. bukan tak puasa. Tapi aku tak boleh tengok makanan kat bazar. kalau boleh semua nak beli.. Semua nak makan.. Kalau batu dengan kayu  boleh makan.. Tu pon aku makan... Bertapa rakusnya di bulan Ramadhan ni.. Kalau u all nak tahu.. Setiap kali aku gi pekan or kedai kain mesti dengar lagu raya. Yang tak boleh blah.. Hari pertama puasa dah putar lagu raya. Semangat betul kedai kedai kat sini. 

 Haha.. Ingat Hencik Sharel je boleh berposing posing pakai baju raya? Aku Ingat nak posing golek golek cam dia.. Tapi malas pulak.. Aurat perlu dijaga...Ngee...

Pagi tadi, celik je biji mata terus on lappy. Secara tak sengaja terbuka lagu raya. OMG... Tak sabar nak balik kg.. Rindu sama mama & papa... Kalau u all nak tahu.. Tahun ni aku cuti lama.. dekat nak 2 minggu.. Tu tak masuk cuti aku buat sendiri lagi.. Tak masuk cuti tahunan.. Cuti bulanan dengan cuti harian... (Suka suka nak buat cuti sendiri..ngeee..) So, jom layan lagu raya.. Boleh?

...Cerita Tamat...

16 August 2010

11 August 2010

Happy Birthday Sayang..


...Cerita Mula...

Hahaha.. Today Birthday Sayang aku..
Kalau dekat UPSI ni..
Dia yang paling hot..
Dia yang paling Spicy..

Sayang Sorry sangat sangat tak boleh celebrate sama sama..
Lepas ni kita celebrate ek...


Happy Birthday.. May Allah bless u..
Miss u so much... Mwahhhhh....

P/s- Hari  ni call sampai berapi telinga.. dapat call free sampai jam 12 malam.. ngee... Hadiah bb dah pos dekat kolej... Malam ni tunggu lori hadiah sampai ek...

...Cerita Tamat...

Menggila Dalam Pizza


...Cerita Mula...

Mmm.. U all.. Petang semalam aku sangat emo.. Sangat Marah.. Hanya tuhan yang tahu aku punya emo.. Time ni aku ajak  sharel temankan aku beli barang..  barang aku banyak sangat.. lepas beli barang, aku  mengidam nak makan Pizza... mengidam mengalahkan orang mengandung.. Dipendekan cerita, aku ada dua COUPON pan Pizza.. Coupon ni akak aku yang bagi.. valid for 1 month from the date of issue.. Valid 16/8/2010.

Dipendekan cerita, aku nak tukarkan coupon tersebut. Bila nak tukar coupon tersebut, salah sorang dari staf cakap Pan Pizza dah habis.. Ok fine, may be Pizza Tg. Malim ni terlalu kecil dan kekurangan stok. Aku sungguh emo bila staf tu pergi macam tu saja. Tanpa mengambil order dari aku. Boleh dia pergi macam tu saja. Mmm.. memang nak  nahas pempuan tu..  Dia ingat aku masuk pizza tu sekadar nak menari nari or suka suka nak tengok orang makan. kepala otak dia...

Dengan gagah perkasa, gaya mendada dada, gaya memoyo moyo... Aku terus berjumpa staf tersebut. Apa lagi.. Aku tanya baik baik kenapa tak amik order. Kalau u all nak tahu.. boleh dia buat bodoh.. Apa lagi.. memang aku maki habis habis.. Boleh lagi dia melawan.. Bila Aku dah tak boleh terima cara dia layan pelanggan. Aku terus jumpa sama Manager dia... 

Apa lagi.. Manager dia aku sekolahkan.. Aku pon tak tahu macam mana Pizza Tg. Malim bagi training dekat pekerja. Sepatutnya sebagai staf & manager kita perlu utamakan pelanggan. Aku bukan makan free dekat pizza tu.. aku bayar tax 5% then service 15%. Wajarkah  layanan sebegini  yang aku dapat.. cuba u all fikirkan.. Aku malas nak berselindung lagi.. Nama staf yang aku maksudkan Nor Amira dan Manager dia  Emilia. Aduan akan aku buat.. Aku akan pastikan mereka akan dikenakan tindakan tingkah laku.. mmm.. poyo je ayat aku ni.... ngeee...

Bila manager tu dah cuak, tiba tiba pulak nak tukarkan Pan Pizza tu dengan pizza lain.. Aku pon Say TQ je lah.. takkan bila dah ludah.. then nak jilat balik.. Yang ni bukan cara aku.. So, apa lagi.. Aku terus menggila dalam Pizza tu.. semua pandang aku.. semua diam.. Semua tak jadi makan.. Itu lah Prince Hairi... Last sekali aku terus balik rumah dengan kecewa.. Mmmmm...
 


Pic ni tak da kena mengena dengan Pizza
Aku nak bagi tahu...
KFC Tg Malim  punya service lebih bagus dari Pizza Tg. Malim...
Pic amik masa nak gi Kursus MPP
Pic masa aku dengan Sharel muda muda..

...Cerita Tamat...

Selamat Berpuasa..

...Cerita Mula...


Salam semua.. 
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia..
Aku just nak bagi tahu.. macam macam dugaan yang aku terima masa puasa ni...
So, aku akan aku tempuh dengan hati yang terbuka..

Menu Berbuka:
Nasi Putih
Tahu Sumbat
Sambal ikan bilis Petai
Kuih Colour Hijau (Tak tau nama apa)
Ikan Keli cili padi
Air Laici

P/s- Mama Aku pesan.. Membazir amalan syaitan.. so.. makan sikit je lah...



...Cerita Tamat...

08 August 2010

Ujian Personaliti


...Cerita Mula...
Cuba bayangkan anda sedang berjalan dalam sebuah hutan yang sangat tebal. Kalau u all tak boleh nak bayangkan.. Cuba bayangkan juga.. boleh? Tiba tiba anda tersesat. Jalan punya jalan.. Jumpa sebuah istana hinggap kosong. Then, u all pon masuk. Atas meja istana tersebut ada 6 jenis buah. Antaranya:-

1.Buah Epal
2.Buah Kiwi
3.Buah Tembikai Susu
4.Buah Anggur
5.Buah Pisang Emas
6.Buah Durian

Buah Yang Manakah Yang Akan Menjadi Pilihan Anda?
Pilihan anda akan menentukan sikap peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati hati.. Jangan menyesal di kemudian hari...

(INGAT!!!! JANGAN TENGOK JAWAPAN DEKAT BAWAH... PILIH DULU BUAH APA.. BILA DAH PILIH BARU TENGOK.. BOLEH?

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Bersdedialah... 
Ini Dia Jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal.
 
b. jika anda pilih kiwi: bererti Anda adalah orang yang suka makan kiwi
c. jika anda pilih tembikai susu: bererti Anda adalah orang yang suka makan tembikai susu
d. jika anda pilih anggur: bererti Anda adalah orang yang suka makan anggur
 
e. jika anda pilih pisang emas: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang emas
f. Jika anda pilih durian: bererti Anda adalah orang yang suka makan durian


P/s.. Aduh... Tipah tertipu  lagi.. sabaq ek.. jangan marah marah.. Aku dah x da keja malam ni.. tu yang noty sangat...  ngee...



...Cerita Tamat...

BiLa Cik Puaka Gila Kuasa...

...Cerita Mula...


Mmmm... Hari ni aku just nak cerita Pasal Cik yang perasan cantik.. Hot... Pandai pandai buat kerja. ni... Sila fokuskan mata anda kepada Cik Puaka berbaju hitam yang bela SAKA sampai 10 ekor tu... Dah nampak kan? Kalau u all nak tahu, seumur hidup aku.. belum pernah aku jumpa pempuan yang SENGAL, BODOH, KEJI, PUAKA, Then, LEBIH TERUK DARI MANGKKUK JAMBAN... 

Tuhan dah bagi dia kepala otak yang sempurna, tapi malangnya dia tak gunakan dengan sempurna.. Dia pikir pakai kepala lutut.. dia pikir pakai kasut... Aku tahu, pangkat dia lagi besar dari aku... Tapi tolong professional sikit time buat kerja... Kalau u all nak tahu dialah Penyelia  aku ... Penyelia untuk  $#%^&**^%b.  Tapi seolah olah dia makan gaji buta... tak reti buat kerja.. cuma reti mengarah je.. kalau dah tugas sebagai penyelia... Tak kan lah tak reti bidang tugas dia apa.. Sampai semua kerja dia aku & kawan kawan yang nak kena buat..

Semalam aku sempat bergaduh dengan dia, selamat tak bertumbuk je.. Kalau dia lelaki.. Memang dah lama aku tampar & terajang... Tapi aku bersikap professional sikit... Tak perlu nak gaduh gaduh dengan pempuan kan.. Habis segala teori, falsafah, hadis, aku keluarkan. Rasanya insaf sekejap pempuan ni.. dia memang bias. Pilih kasih. Cakap memang pandai.. Tapi kerja hampeh.... 

Agaknya tugas dia duduk memgangkang dekat kedai kopi... Dah lah nak jumpa pun susah... Tak habis habis dengan kursus dia.. Bila call tak mau angkat.. bila mesej lambat reply... dia pikir kursus dia je.. Dia tak pikir Thesis aku.. dia tak pikir proposal aku... Aku paling marah sangat bila aku dikenakan bayaran 50sen untuk untuk satu kesalahan yang aku lakukan.  Aku bagi contoh, aku terlupa letak tanda koma (,) so.. aku dikenakan bayaran 50sen untuk satu kesalahan.. Wajar ke tidak...  Aku rasa kepala otak pempuan ni dah tak betul... Dah masuk air...

Kalau u all nak tahu, nama je penyelia.. tapi nak isi QUESTIONNAIRE pun tak reti.. Aku balik yang ajar cara nak isi...Aku rasa lebih baik dia bagi diploma or degree dia dekat kucing or anjing tepi jalan tu... Memang tak berkat gaji yang dia makan... Tak buat kerja.. Tapi makan gaji buta.. Insaflah.. Insaflah... Insaflah... 

Cakap je besar.. Tapi habuk pon tara.... Lepas ni ko buat lah kerja sorang sorang.. tak hingin aku nak tolong.... Bak kata Karam Sigh Walia "IBARAT JAGUNG YANG LUPAKAN BULU DENGAN KULITNYA".

P/s-Jangan jadi penyelia yang makan gaji buta... Jadi lah insan yang berguna... Turun padang tengok anak buah buat kerja.. 

...Cerita Tamat...

07 August 2010

Bila Aku Tak Boleh Tidur...

...Cerita Mula...

U all, sekarang lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia, 4.30 petang waktu USA. 
Mata aku tak boleh nak lelap..
Macam macam cara aku lakukan untuk tidur..
Still tak boleh tidur...
Aku tak tahu kenapa.. & kenapa...

Banyak sangat yang aku pikir..
Banyak sangat masalah yang datang...
Harap harap dapat selesaikan dalam minggu ni...
Mudah mudahan dipermudahkan oleh-NYA


P/s-Kepada $%$#@@$ jangan lakukan kesalahan buat kali kedua... Jangan sampai aku hilang kepercayaan kepada kau lagi...

....Cerita Tamat...

04 August 2010

Hot Hot McD.. Hot Lagi My Scandal... :)


...Cerita Mula...

OMG.. Apa nak jadi ngan budak budak sekarang.. tak habis dengan scandal & kekasih gelap. Mmmmmm.. Kalau U all nak tahu... Selamat aku tak mati KATAK or  mengejut time buka FB. Bila buka je.. Aku kena TAG dekat sarang salah sorang skandal aku. OMG... Malu Oii.... Kalau tak caya tengok PIC ni.. Or Just Klik kat sini..  Prince Hairi in Scandal (^_^) Dalam FB


Ha Ha Ha. Ini dia... Encik Jejaka yang perasan macho bersama dengan scandal dia.. Aku pun tak tahu dari mana budak ni amik PIC ni... mmm... Agaknya dia explore my  lappy ? 


McD Rawang  jadi tumpuan aku dengan scandal yang agak hot hot kuku ni...


Opss.. Jangan tengok lama lama pic ni... MUFFIN aku dah nak terkeluar tu... puas cover dekat meja... Ngee..


Aksi sengal yang berjaya di snap oleh Mak Hikus tu... Noty sangat dia. Tak malu betul snap pic aku macam ni...


Opss... Pastikan anda tidak meniru aksi ini sekiranya di bawah umur 18 tahun.. Amaran keras oleh Prince Hairi.. Kalau umur dah lebih.. boleh je... Sekali sekala kan..

P/s- Sekiranya anda salah sorang daripada scandal yang termasuk dalam PIC yang telah di edit. Jangan nak serang tak pasal pasal.. Cuma call or mintak jumpa je...

...Cerita Tamat...

03 August 2010

Ada Aku Kisah...

...Cerita Mula...

Mmmm.. Aku sangat gumbira hari ni.. Happy sehingga berguling guling dalam bilik yang tidak serupa bilik.. Kalau sebelum ni aku bangga dengan kecantikan, kekemasan, kemeriahan, kewangian, keharuman bilik aku.. Tapi hari ni. Semuanya berubah.. Bukan berubah lagi Vogue... Tapi... Ibarat bilik ku neraka ku... Aku malas mau kemas.. aku malas mau sapu... Biar sampai tumbuh lalang.. biar sampai tumbuh pokok durian dalam bilik ni... Bila durian sudah berbuah, boleh aku makan...

Mesti u all tertanya tanya kenapa aku jadi malas macam keldai.. Jawapan dia sangat mudah... Nak tau apa? Ni dia... BUSY... he he he.. Yang pasti bila update blog tak busy lak.. itu lah dia Prince Hairi... 

P/s- Oit.. Nak Mandi dulu... nak gi Class...Malas...  LOL...
...Cerita Tamat...

02 August 2010

Anugerah Bintang Popular


...Cerita Mula...

Yeah... ABP 2010 AT45 kembali lagi dengan pelbagai anugerah baru diwujudkan. Antaranya u all tengok je dekat bawah ni.


Awards ni khas untuk class Prince Hairi  Semester 7. Pencalonan akan dibuka kepada semua peserta. Tidak kira lelaki or perempuan. Borang pencalonan akan diedarkan masa kuliah. Cara untuk membuat undian sangat mudah. Anda cuma perlu vote menggunakan sms or melalui Fb je.

Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian. Agaknya berapa banyak awards yang akan disapu oleh aku pada tahun ni? Tunggu dan lihat je...he he he...

...Cerita Tamat...