Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 May 2012

Selamat Hari Guru Prince Hairi Aks

...Cerita Mula...

Hye all, assalamualaikum.. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. Ekceli ini tahun ketiga aku menyambut hari guru.. Kali pertama, dekat SMK Kalumpang, Selangor, diikuti SMK Bukit Jalor dan SMK Tunku Besar Tampin. Serious memang seronok. Paling seronok bila murid-murid wish kat aku.


Okay.. Pic ni student aku yang letak di pintu masuk bilik warden.. Sweet sanagt-sangat..


Yang ini kad ucapan yang student aku bagi.. Walaupun tidak semahal kad yang korang dapat.. Tapi aku happy. Ye lah.. At least ingat juga budakbudak ni kat warden dia kan.. :)


Sempat bergambar dengan student. 


Terima kasih kepada pelajar yang bagi cikgu hadiah.  Semoga kamu semua dimurahkan rezeki.. Cikgu doakan kamu semua peroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.. :)

...Cerita Tamat...




20 May 2012

Puncak Genting Telah Ku Daki

...Cerita Mula...

Pada 28 April 2012, aku sempat untuk menjejakkan kaki di bumi Genting Highland. Walaupun tarikh 28 hb tu merupakan tarikh keramat untuk perhimpunan bersih 3. Sampai juga aku kat puncak Genting. Ekceli aku pergi Genting menggunakan pengangkutan awam. Dengan harapan nak elakan dari kesesakan lalu lintas. Akhirnya aku juga yang merana. KL sungguh sesak dengan manusia yang berbaju kuning.

Setibanya di KL Sentral, tiada satu bas pon yang nak pergi Genting. So, terpaksalah aku menaiki TEKSI yang sangat mencekik darah. Korang bayangkan. Kalau naik bus.. Harga tiket RM4.30.. Kalau naik teksi lebih kurang RM60. Tapi.. Memandangkan perhimpunan Bersih.. Satu TEKSI RM120.. Memang tak masuk akal.. So, darurat punya pasal.. Aku dengan kawan aku pon setuju untuk menaiki TEKSI..

So, mesti korang tertanya-tanya aku gi dengan siapa kan.. Jawapan dia biarlah rahsia.. Cukuplah aku sorang je yang tahu.. Orang tu tak kisah aku nak publishkan pic dia.. Tapi takut korang pulak makan hati nanti.. ngee.. Bajet HOT lah sangat... ( Tapi memang hot pon).. LOL....









P/s- Walaupun pergi dua orang. Serious sangat seronok dan happy... Ini kali kelima aku naik genting.. kalau sebelum ni dengan kawan-kawan.. Tapi...  kali ini ada sedikit kelainan.. :)

...Cerita Tamat...





Hafiz Juara Mania 2012

...Cerita Mula...

Hye all... Tahniah kepada Hafiz AF7 yang berjaya merangkul juara program MANIA.. Walaupun aku tak dapat tengok secara live.. Dapat dengar radio pon jadilah.. TQ stesen radio era yang menjadi radio rasmi untuk malam ini.. :)

Keputusan Penuh:-

Pertama: Hafiz
Kedua: Stacy
ketiga: Jaclyn Victor

16 May 2012

Akhirnya Dapat Posting Negeri Sembilan





 
Nama
:
ZUHAIRI BIN ZAINOL ABIDIN
No. KP
:
XXXXXXXXXXXX
Negeri Penempatan
:
NEGERI SEMBILAN
 Tarikh Penempatan
:
23-May-2012 
 

MAKLUMAN :
Sila hubungi 
JABATAN PELAJARAN NEGERI
 NEGERI SEMBILAN
(SEKTOR MENENGAH ) 

untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda.
**
SILA AMBIL PERHATIAN: 
Bagi penempatan ke Bahagian Pendidikan Islam, sekiranya semakan di pautan ini http://apps.moe.gov.my/gsst/graduanIPTA_Men/ mempunyai negeri penempatan, penempatan adalah seperti yang dinyatakan.
Bagi yang tiada negeri penempatan
(semakan boleh dibuat pada 16 Mei 2012)
sila hubungi BPI 03-83217200/03-83217300 **
** Pohon maaf atas kesulitan, harap bersabar **