Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

22 December 2013

Trip Perak & Pahang part 2

...Cerita Mula...

Untuk hari kedua, Gua Tempurung, dan Lumut. Hari ketiga sekitar Cameron Highland. Ekceli tak banyak sangat ambil gambar. Ini sumua disebabkan kemalasan yang sangat terlampau. Agak berbeza bila dah kerja dengan zaman belajar dulu. Kalau masa belajar, dimana ada camera di situ ada aku.. tapi sekarang ni.. Nampak camera pon dah tak hairan... 




















...Cerita Tamat...

Trip Perak & Pahang part 1

...Cerita Mula...

Hye all..Assalamualaikum... Pada 15 hingga 17 Disember 2013. Sakali lagi aku menjadi ketua rombongan untuk lawatan Asrama Pusat SMK Tunku Besar, Tampin. Ini dah tahun kedua aku menjadi pengarah program. Tahun lepas Langkawi dan Pulau Pinang menjadi pilihan. Tahun ni Perak dan Pahang.

Lokasi pilihan Bukit Tinggi, Pahang, Gua Tempurung Perak, Lumut Perak, Cameron Highland dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Hari Pertama

 Lokasi: Bukit Tinggi, Pahang















P/s- Aku malas nak tulis panjang menjela. So, korang layan je pic ni.. Tunggu part 2 lak ye...

...Cerita Tamat...



11 December 2013

Aku Benci Makan KFC AEON Bandaraya Melaka!

...Cerita Mula...

Hye all... Asslamualaikum dan selamat malam... Pada 8 Disember 2013 aku pergi bersukaria di AEON Bandaraya Melaka. Memandangkan kawan aku sampai agak lewat. So, apa lagi.. Isi perut dulu. Disebabkan hampir bekurun lamanya tidak makan KFC. Teringin pula nak makan. So, pergi  lah makan.

Lebih kurang jam 12.20 tengahari aku pon ambil order. Then terus duduk di salah sebuah meja. Tengah syok makn. Tiba-tiba datang sorang staf.. Siap bawa kertas yang dia tulis "RESERVED". boleh dia cakap meja ni dah ditempah.. Boleh tak abang pindah tempat lain? OMG? What? Nak suruh i pindah?

Opsss.. No... i tak akan pindah.. kalau u dah tahu meja ni dah ada orang tempah.. Why u letak kertas ni awal-awal.. Kalau nak duduk sangat.. Tunggu i habis makan... Kan banyak lagi meja lain yang kosong.. Why tempat ni juga yang u nak?

Last-last putus selera aku nak makan.. Then terus blah macam tu.. Memang selenga punya budak...


Apa korang rasa tengah sedap-sedap makan.. Datang orang letak benda macam ni? Tak boleh ke tunggu orang habis makan? Boleh terputus selera nak makan... urmmmm..



Cuba korang tengok? Meja sebelah aku punyalah tak de orang.. Meja kat aku juga yang dia nak...

...Cerita Tamat...

26 November 2013

Happy Birthday Hencik Sahar

...Cerita Mula...

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you Hencik Sahar...
Happy birthday to you.....

Ayoyo.. Dipendekan cerita.. Hari ni Birthday kawan aku.. Nama dia Cikgu Sahar. Seorang guru yang sangat bitara di sebuah sekolah yang sangat gah di Negeri Sembilan.. Sekolah yang sangat digeruni oleh  sekolah lain.. :)  Hari ini Cikgu Sahar genap 31 Tahun.. Cikgu Sahar ni seorang yang pemalu..

Lokasi pilihan Melaka.. Ekceli bukan tak mau celebrate jauh-jauh. Tapi dia kena kursus CPD with kawan baik dia Cik Nussss..Cik Nusss pon kawan baik aku... Masih single and available.. Memandangkan mereka berdua berkurusus di King Hotel, Melaka..  So.. Melaka je lah.. 


Tahun lepas Cik Nusss yang sponsor kek Sahar & Aku... Tapi tahun ni ditaja oleh tuan punya badan sendiri... Sabar je lah... Janji ada kan...


Nak juga begambar.. Dasar budak gila begambar..



Control macho ek? lol...


Me with cik Nusss.... 

...Cerita Tamat...



Prince Dilantik Menjadi Pengawas Peperiksaan STPM

...Cerita Mula...

Akhirnya.. Ini tahun kedua aku dilantik menjadi pengawas peperiksaan.. Kalau tahun 2012 aku ditugaskan menjadi pengawas SPM. Tapi tahun ni up sikit.. Kira naik pangkat.. Jadi pengawas peperiksaan STPM di SMK Dato' Mohd Taha Gemencheh.



Ekceli sebelum ni tak ada banyak penggal macam ni.. Tapi tahun 2013 banyak pula penggal.. So, setiap penggal elaun dan bayaran yang berbeza-beza untuk pengawas. Kalau nak dibandingkan dengan SPM. Guru-guru lebih suka menjaga STPM. Sebab elaun lagi besar..


Me with Hu Sin.. Ex Student sekolah lama saya.. SMK Bukit Jalor..


Susah kalau dapat cikgu yang gila begambar macam aku ni..  Snap pic with Ketua Pengawas TAHA..

...Cerita Tamat...



24 November 2013

Cuti Pon Macam Tak Cuti

...Cerita Mula...

Hye all.. Dalam diam tak diam dah hampir satu minggu  cuti sekolah. Macam biasa lah, aku memang tak cuti.. Aku kena stay asrama. Menjaga pelajar SPM dan STPM. Serious aku cakap. Memang tak best jadi warden. Bila cuti memang tak boleh nak pergi mana. Tak boleh nak bersukaria dengan scandal scandal pujaan Malaya aku. LOl..

Agak-agak bila lah dapat keluar dari warden ni.. Terseksa jiwa dan raga aku.. Cikgu-cikgu lain bila cuti sekolah.. Semua dapat bersama dengan family dia orang.. Aku pulak kena jaga anak orang..Nak buat bisnes pon tak dapat.. Kalau korang nak tahu.. Semenjak jadi warden ni... Macam-macam penyakit aku dapat. Paling best Darah Tinggi.. Siapa yang tak tahu apa itu darah tinggi.. Korang boleh google.. Kurang dari 10 saat dah dapat jawapan..

Bila cuti sekolah.. Pergi check kat hospital.. Alhamdullilah, darah tinggi aku tak ada.. macam chip more tak? ngee... kejap ada kejap tak ada.. Okay.. Sebagai penutup.. Amik sekeping pic aku yang agak suam-suam kuku.. 


...Cerita Tamat...



18 November 2013

5 Bulan Tak Update!

...Cerita Mula..

Hye all... Assalamualaikum... Ayoyo... Macam tak caya.. Aku dah lama tak buka my lovely blog ni... Buka-buka last post bulan Jun.. Tak gile kau.. Paling best sampai lupa dah password nak log in.. godek punya godek nasib baik dapat..

Paling teruk.. Nak tulis entry pon dah ingat-ingat lupa.. Sabar je lah kan..  Ekceli sekarang ni dah cuti sekolah.. Sekolah je cuti.. Tapi aku masih lum cuti lagi.. Tengah gigih menjaga exam STPM at SMK Dato' Mohd Taha Gemencheh..


Okay.. Ini pic paling terbaru.. Dulu mata dua. Sekarang mata empat.. Kau ade? lol...

...Cerita Tamat...

10 June 2013

Jelingan membawa padah

...Cerita Mula...

Kisah ini benar-benar terjadi pada rakanku sewaktu dia kanak-kanak dahulu. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling kepadanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, rakanku mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam  tersepit di celah punggungnya. Rakanku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. Dia pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. 

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung rakanku dirotannya. 


P/s: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Tapi kalau korang nak cuba tak ade masalah pon.. Janji korang bahagia kan..

...Cerita Tamat...

Layan Lagu "Kehilangan"- Firman

...Cerita Mula...

Hye all.. Assalamualaikum & Selamat Malam... Ekceli aku dah ketagih dengar lagu "KEHILANGAN". Nyanyian Firman.. Masa dalam kereta.. Terdengar dalam radio Hot Fm.. Balik rumah terus google.. 10 kali dengar pon tak bosan. Okay.. Lirik ni memang tidak ada kena mengena dengan cerita hidup aku.. Tak ada apa yang aku hilang pon.. Makin bertambah ada lah.. So.. Jom hayati lirik ni.. :)

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



P/s-Esok dah sekolah... Tapi mata tak boleh tidur...  Nite all... :)

...Cerita Tamat...

05 June 2013

Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku - Hafiz



Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


01 June 2013

I Still Love You

video

Kau hilangkan akal sehatku
Luluhkan semua keangkuhanku
Saat kau putuskan cintamu
Aku tak mampu melupakanmu

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

Terlambat ku memahami
Terlalu sakitnya hatimu
Hadapi semua sikap egoku
Kau semakin jauh dari pelukku

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
lyricsalls.blogspot.com
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

Beri aku kesempatan tetap ada di hatimu

I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Kamu sungguh segalanya bagiku

I still love you

29 May 2013

Kisah Cikgu Bersukaria Di Fun Fair Tampin

...Cerita Mula...

Apa khabar semua... Assalamualaikum.... Tiba-tiba pagi  ni  tergerak pula jari jemari ni nak menaip. Memandangkan sekarang cuti sekolah boleh lah update. Okaylah.. Malam Isnin yang lepas aku sempat meluangkan masa untuk melawat tapak Fun Fair berdekatan dengan pekan Tampin. Ekceli ini kali pertama aku masuk Fun Fair kat Tampin.

Kalau kat tempat lain tu memang dah selalu. Bak kata pepatah.. "Dimana Ada Fun Fair Di Situ Ada Aku". Macam biasa lah, aku ditemani oleh askar askar pencen. Mr. Alex, Boyak, Punai & Syafiq (T#%$K). Bila sampai di tapak, Oh mak ai, ramai.. berpusu pusu orang kat situ.. Sampai nak berlaga punggung kau.. Jalan sikit jumpa dengan students.. Semua dok tegur aku.. Nasib baik lah budak budak ni tegur kan.. Kalau tak rasa malu gak.. Dok sekolah bertahun tahun.. Tapi pelajar tak kenal..

Setelah 30 minit, akhirnya token pon dibeli. Kat Tampin memang mahal. SATU token RM2. Tempat lain SATU Token RM1. Memang mencekik darah. Hadiah lak memang tak berbaloi.. Dari mula mula datang aku dengan budak budak ni memang dah tergila-gila nak naik "TOP GUNE". So, memandangkan ini kali pertama dalam berpuluh puluh fun fair yang aku gi ada binatang yang nama dia "TOP GUNE". So, aku pilih untuk  main benda ni. Tengok dari bawah memang seronok.. Orang kat atas jerit jerit.. Terpekik terlolong.. Dalam hati aku mesti best kan.. Best lah sangat.. urmmm

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.. Dengan rasa bangga dan agak sedikit jobo. Aku dok seat paling depan. Amik kau.. Mula mula naik seronok. Tak de rasa apa apa.. bila dia hayun laju laju.. Nak tercacut nyawa uncle dik oi.. Budak budak kat belakang aku jangan cakap lah.. Jerit macam orang tak pernah naik.. Kesian aku tengok.. Ade yang minta berhenti kan benda tu.. Tapi sia sia je jeritan tersebut.. tak dilayan pon.. Itu lah, aku nak pesan, lain kali jangan nak gatal gatal naik kalau takut..  Tengok jam dah 1 minit.. Hayunan semakin kencang.. kadang kadang suka suka mak dia je berhenti kat atas.. Bayangkan, kepala kat bawah kaki kat atas tak pernah dibuat kat orang.. Masa ni lah ada yang muntah.. Gile geli.. 

Apa-apa pon ini lah first and last aku naik "TOP GUNE" tak sanggup kali yang kedua.. Sesiapa yang masih belum sempat naik permainan ni.. Silakan naik.. Mana yang ada darah tinggi atau lemah jantung.. Tolong jangan naik.. Aku takut korang mati mengejut atas tu.. 

P/s- Turun dari "TOP GUNE" semua pening lalat.. terus balik asrama.. muntah hijau.. LOL...


Ni dia Fun fair Tampin..


Sky Rock aku tak naik, sebab mesti kepala akan pening.. huhuhu..


Geng Bas Sekolah.. (GBS)  Syafiq, Boyak, Punai, Cikgu Hairi Aks, Alex, Mustakim...


...Cerita Tamat...

13 March 2013

Putih Putih Melati


video



Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang Chorus 3X


Entri Pertama 2013

...Cerita Mula..

Hye all... Assalamualaikum.. Happy New Year.. Happy Chinese New Year.. Salam Awal Muharam... Urmmm... Lama betul tidak "mengupdate" my lovely blog ni.. last update pon tahun lepas kan.. 

Ramai yang tanya mana Prince Hairi Aks.. Ekceli aku tak hilang mana-mana pon.. Cuma busy dengan sekolah & bisnes kecil-kecilan.. :)

Okay... Cukup k. Tak mahu tulis banyak-banyak.. Cuma nak maklumkan yang aku masih ada lagi lagi kat dunia ni...  Masih boleh bernafas.. Masih boleh bergerak.. Dan masih boleh menulis entri pendek ni... Sekian terima kasih...

...Cerita Tamat...