Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

10 June 2013

Jelingan membawa padah

...Cerita Mula...

Kisah ini benar-benar terjadi pada rakanku sewaktu dia kanak-kanak dahulu. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling kepadanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, rakanku mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam  tersepit di celah punggungnya. Rakanku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. Dia pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. 

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung rakanku dirotannya. 


P/s: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Tapi kalau korang nak cuba tak ade masalah pon.. Janji korang bahagia kan..

...Cerita Tamat...

1 comment:

adek_nan said...

hahahahaahhaa.a....
lama x baca post lucu Mr. Hairiaks ni.... gua WIndu lahhhhh