...Cerita Mula..
Hye all, assalamualaikum. Minggu lepas aku sempat menghadiri kursus dan bengkel pengurusan rekod berkualiti untuk sekolah asrama harian. Walaupun baru satu minggu posting.. Dapat juga gi kursus.. Kursus ini diadaka pada 29-31 Mei 2012. Yang pasti masa cuti sekolah.. Lokasi pilihan Hang Tuah City Hotel, Melaka.
Okay.. Aku tak mahu membebel tak tentu pasal tentang kursus ni.. Sebab semua berjalan dengan lancar.. Everything okay.. Tak ada masalah.. Aku just tak puas hati dengan pengurusan hotel... Hari pertama aku sampai hotel... Aku rasa nak hangin satu badan sebab tempat parking sangat terhad..
Bila nak check in bilik.. Ada sorang staf ni suruh tulis nama dalam form. Bila dah siap tulis aku diarahkan untuk masuk bilik 330 aras M, bila ketuk pintu.. Perempuan yang buka.. Dalam hati aku... Memang nak kena budak ni.. Dia ingat aku ni girl apa siap nak satu bilik kan aku dengan mak cik- mak cik.. Okay fine.. Aku jumpa semula staf tu... Dia pon bagi kunci lagi satu.. No bilik 131 Aras M juga..
Bila aku masuk bilik.. Boleh pulak ada tilam letak kat bawah.. 1 bilik sampai tiga orang.. tapi aku kisah pon.. Sebab dah biasa tidur ramai-ramai... Tak sampai 10 minit.. Pintu bilik aku kena ketuk.. Staf tu datang cakap dia salah bagi bilik... Time ni darah aku dah naik... dengan peluh tak kering lagi.. nak suruh aku tukar bilik.. tak pasal-pasal kena maki dengan aku..
Selesai babak maki-memaki dan staf tu pon dah minta maaf.. dan aku pon dah cool sikit.. Masuk lah bilik baru.. Yang ni baru lah kategori bilik.. Sebab ada dapur, ruang tamu dan bilik..paling best aku sorang-sorang je dalam bilik ni... Sebab ada cikgu yang tak datang.. So.. Merdekalah aku sorang-sorang.. Tak ada sesiapa pon yang ganggu hidup aku..
Bila dah tak de keje... Snap pic sampai habis bateri camera.. :P
Bilik tidur.. Biasa-biasa je..
Ruang tamu..
Dapur...
P/s- Kursus yang paling seronok aku ikuti..Sebab malam tak ada program.. So.. Time malam berjimba-jimba dengan kawan-kawan area Melaka.. So sweet... :)
...Cerita Tamat..
2 comments:
haha.. sabo je la.. boleh pulak staff tu silap kasi kunci bilik? -__-"
You, on your part, should make sure that you do not fall for the bait. hiding ip address free
Post a Comment