Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

11 April 2019

Trip Jakarta Bandung 2019 Part 1

...Cerita Mula...


Hye All.. Assalamualikum.. Entry hari ni nak throwback trip Jakarta-Bandung pada 22-26 Mac 2018. Cukuplah 5 hari 4 malam je. Actually ni dah kali 4 atau 5 aku jalan Bandung. Pergi banyak kali pon tak rasa bosan. Kali ni aku pergi dua family je. Dengan Family Yuyu. Perancangan pon last minit. Memandangkan last minit punya program, harga pon sedikit mahal. Kebetulan KLM ada buat offer tiket ke Jakarta. Jadi terus je beli, Harga tiket lebih kurang RM350.00 pergi balik untuk seorang.. Memang murah kan? 

Aku memang beli tiket ke Jakarta, sebabnya harga lebih murah nak dibandingkan dengan ke Bandung. Boleh mencecah Rm600.





Penerbangan dari KL-Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Tiba di Jakarta lebih kurang  pukul 6 Pm..Jakarta lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi pandai-pandai lah korang nak set masa macam mana. Bila Sampai Jakarta aku terus ambil teksi, sebenarnya aku memang dah beratus kali google untuk teksi ni. Pada mulanya nak ambil grab, tapi sim kad tak beli lagi. Nak Rooming kedekut duit lak..  Kalau naik grab lebih kurang RP160 ribu lebih kurang RM53 kalau nak ke Hotel LCT Glodok. Jadi naik lah teksi, Rasanya aku ambil blue bird masa register dekat kaunter tu, tiba-tiba teksi lain yang sampai. Malas nak fikir lama-lama.. Semua dah penat, perut pon dah lapar.. Driver teksi minta RP300 ribu.. Bila minta kurang dapatlah lah RP250 ribu lebih kurang RM83. Untuk Hari pertama Aku duduk hotel 3 bintang je, malas nak membazir sebab kami cuma transit je.   Sebab esok pagi nak pergi Bandung. Hotel Pilihan LTC Glodok. Hotel ni dekat dengan stesen keretapi Gambir. Jadi tak da membazir nak bayar grab mahal-mahal. Harga semalam untuk hotel ni lebih kurang RM120 termasuk breakfast..




Lepas Check in hotel.. Terus jalan-jalan area hotel.. Cari kedai makan.. Berpeluh juga keyiak nak jalan cari kedai makan.. jalan-jalan jumpa lah kedai Mi apa pon aku tak ingat.. Masa ni tak fikir nak tangkap gambar.. Perut dah bekeroncong..  Lepas hanis makan terus balik hotel untuk  trip esok.. Esok 3 jam perjalanan ke Bandung...


Hari 2

Seawal Jam 5 dah bangun.. Maksudnya kul 4 pagi waktu Jakarta.. Semangat tu.. Patutlah rasa gelap je lagi.. Anggun macam biasalah.. Memang bangun awal.. Kami siap-siap terus turun breakfast.. Aku booking grab siap-siap dari lobby.. Kemudian terus ke Stesen Keretapi Gambir. Harga Grab Rp 15 ribu/Rm5.. Sampai gambir, terus beli kad sim.. Akhirnya dapat guna internet.. Harga kad sim Rp62 ribu/ Rm20.. Internet boleh guna 8gb.. Rasanya cukuplah untuk 5 hari.. No ni boleh terus aktif. tak perlu bagi ic atau pasport. Valid untuk 2 bulan.. 




Harga tiket keretapi sehala Rp150 ribu/ Rm50 untuk kelas Eksekutif.. Kalau nak yang lagi mahal ambil Sky  Priority harga tiket RM100 untuk sehala.. Kalau nak aambil yang lagi murah boleh ambil Bisnes Class atau Ekonomi.. Yang eksekutif pon dah cukup selesa.. Tip nak beli tiket pastikan korang dah beli siap-siap dekat Malaysia. Install app Tiket.com.. Risiko untuk tiket habis memang 99% terutama masa cuti sekolah. Kalau boleh rajin-rajin untuk baca blog orang lain. Masa nak tempah dulu memang seat dah tak banyak. 

Pesanan dekat korang, nanti bila sampai kat stesen memang ramai yang akan offer nak tolong angkat bag. Kalau rasa bag tu ringan tak perlu lah suruh orang angkat. sebab apa, semua nak tip. Aku masa tu tak tahu, bila dah masukan bag dalam train. Orang tu minta tip, bila bagi Rp10 ribu.. Berani dia cakap tak cukup.. Siap cakap aku kedekut.. Hello.... Untung aku bagi tip okay.. Bukan jauh pon, setakat 1 bag nak upah ratus ribu.. Memang nak kena carut lah.. Dah lah dia yang offer diri.. 

okay lah.. malas nak taip lagi.. nanti sambung nest entry okay...