Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

11 January 2011

Hantu FB Menyerang Prince

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Kalau korang perasan. Semalam dengan hari ni. Banyak hantu hantu dalam FB yang berkeliaran. Tak habis habis gangu hidup aku. Yang paling aku geram, benda yang sama dihantar dekat aku. korang bayangkan, kalau friends aku 2000 ribu lebih. separuh send benda yang sama dekat chat box? apa korang rasa? nak maki? Nak marah? or nak gelak sampai pagi? Cuma korang jer tahu jawapan dia.





Aku rasa, korang pon ada dapat benda yang sama. Dengan bangganya aku nak copy paste ayat tu. "Facebook yang baru. Kami akan menghantar mesej ini sekitar untuk melihat apa ahli aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruangan. Kirim ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan. Facebook pengasas, Mark Zuckerbe." Pandai pula dia orang translate dalam bahasa Melayu. hahahaha...  

Apa kejadahnya dok send binatang ni banyak banyak dekat aku.  Suka sangat percaya benda mengarut. Aku nak pesan dekat korang semua. Tolong jangan send benda yang sama. Dari korang send benda macam ni. Baik send no topap celcom or hotlink kat aku. Dapat gak gayut lama.

...Cerita Tamat...

10 January 2011

Tah Apa Apa..

...Cerita Mula...

Urrmm.. Bila aku buka jer blog, rata rata cerita pasal AJL malam tadi. Hampir 80% pasal AJL. Aku pon dah nak bosan baca. Ada yang memuji, ada mengutuk tak kurang juga yang kecewa artis pilihan mereka tak menang. Nasib baik lah aku tak minat sangat AJL ni. Tapi, teringin juga nak komen apa yang patut.

Aku rasa, AJL yang paling bosan. Pengacara  yang sangat bosan. Walaupun mereka cuba membuat lawak yang  agak bodoh. Tapi aku still bosan. Sepatutnya kalau dah 3 orang yang mengacarakan, sure meletop kan? Tapi biasa biasa jer. Tak ada yang menarik. 



Korang jangan nak pelik pulak, tetiba aku masukan pic budak budak ni. Sebenarnya aku nak bagi dia orang polular sikit dari aku. Kalau masuk pic artis? sah sah lah dia orang dah terkenalkan.

So, tahniah kepada mereka yang menang. kepada yang kalah. Tahun depan ada lagi. Relax lah. Jangan nak sedih sedih. tahun ni korang tak da rezeki kan. Tahun depan jom lawan dengan aku pulak. Teringin nak masuk AJL. Tajuk lagu? Tunggu dan lihat je... Hahaha.. ( mood perasan nak mampus).

...Cerita Tamat...