...Cerita Mula...
Hye all, selamat petang. Kalau korang perasan. Semalam dengan hari ni. Banyak hantu hantu dalam FB yang berkeliaran. Tak habis habis gangu hidup aku. Yang paling aku geram, benda yang sama dihantar dekat aku. korang bayangkan, kalau friends aku 2000 ribu lebih. separuh send benda yang sama dekat chat box? apa korang rasa? nak maki? Nak marah? or nak gelak sampai pagi? Cuma korang jer tahu jawapan dia.
Aku rasa, korang pon ada dapat benda yang sama. Dengan bangganya aku nak copy paste ayat tu. "Facebook yang baru. Kami akan menghantar mesej ini sekitar untuk melihat apa ahli aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruangan. Kirim ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan. Facebook pengasas, Mark Zuckerbe." Pandai pula dia orang translate dalam bahasa Melayu. hahahaha...
Apa kejadahnya dok send binatang ni banyak banyak dekat aku. Suka sangat percaya benda mengarut. Aku nak pesan dekat korang semua. Tolong jangan send benda yang sama. Dari korang send benda macam ni. Baik send no topap celcom or hotlink kat aku. Dapat gak gayut lama.
...Cerita Tamat...
5 comments:
lorh dpt jgk kew???i pon..melambak2 neh...igt virus td...hahah
Hahaha..
Virus hantu...
Kalau FB tutup or kena block pon.. i x kisah...
Tagged, Frindstr, Myspace & blog pon ada...
Macam lah FB jer ada kat dunua ni...
Ini semua kerja2 spammer...diorg ni memang suka spam..
Ade satu isu dulu la..x tau la btul ke x..tp ini adalah salah satu cara spammer atau hacker nak dpt detail daripada seseorg..caranya dengan men'detect' sape yg hntr spam tu...
so, berhati2 la yek...
hahaha..Lyn ingt hantu ap td...
2la..Lyn pon dpt!
ting tong je kn...
tulun la...buang masa kn duk hantar bnde 2~
hisshhh!!
haha..
base r tu kalo dah online jew kejenya..
huhu
Post a Comment