Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

06 January 2011

Ada Aku Kisah?

...Cerita Mula...

Hahaha.. Korang jangan nak terkejut beruk pulak. Tetiba aku nak update sampai tiga (3) entry untuk hari ni. Biasalah, bila tahap bosan dah menghantui diri. Tiga entry aku bagi. Amik kau. Baca jangan tak baca. Baca sampai kepala korang pening lalat. Tapi kan, entry hari ni aku just nak luahkan perasaan. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa? Kalau korang tak sudi nak baca pon aku tak makan hati sangat. Aku dah biasa.

Korang nak tahu, rutin harian aku? Pagi, petang, siang, malam. 24jam depan hp. Celik biji mata picit hp. Nak mandi pon bawa hp, makan dengan hp, tidur dengan hp. Hp dah macam GF sepenuh masa aku. Dimana ada aku, disitu ada my hp.

Aku paling geram bila aku syok sendiri. Kalau nak ikutkan 320% aku je yang mesej orang. Nak tunggu korang yang mesej. Kompom  hp aku tak bedering. Sure bateri boleh tahan 1 minggu. Sure aku boleh koma tak dengar bunyi hp.

Korang nak tahu, sakit tak hati kalau asyik aku je yang tanya khabar? Nak kata DIA busy? Aku pon busy dengan bisnes kat rumah ni. Ada masa nak mesej dia. Tapi kan, dia tu.. macam tak faham. Macam tak ada perasaan. Aku rasa macam kurang kasih sayang dowh. Macam terabai lagi terbiar. Kadang kadang aku terfikir, tak kan tak ada sekelumit pon aku di hati dia. Aku rasa diri aku sangat terabai sambil disisihkan.


Godek punya godek.. Jumpa pulak dengan pic ni. So,tanpa rasa segan silu. Aku publishkan pic ni. Hik3..

Ekceli orang lain yang selalu amik berat tentang aku. Bila aku cerita dekat dia. Sure aku kena maki & caci. Tapi, bila tak cerita, aku makan hati pulak. Susah sangat ke nak send satu mesej dekat aku. 1 sen jer. Kalau tak cukup kredit. Meh mintak kat aku. Setakat topap RM10 bila bila masa aku boleh bagi. Bukan nak cakap besar, tapi sakit hati dengan DIA. Marah dengan dia.  Kot rasa diri tu dah malas sangat pon. Apa salahnya call. Tak rugi pon. Asyik asyik aku je yang call. Argh.. emo ni.. ( Kot aku layan orang lain tahu pulak marah, kalau dia? Sure boleh buat  drama bersiri sampai 200 episod.  Kalah drama UPIK ABU & LAURA.. Ada je alasan.)

P/s- Aku rasa dah cukup 1 page aku mengemokan diri. Thanks sudi membaca luahan hati prince. INGAT tiada niat untuk meraih simpati dari korang semua. Kepada orang yang aku maksudkan, kalau tak suka aku kacau hidup kau. Aku tak kisah. Aku tak mau bertepuk sebelah tangan. Bunga bukan sekuntum, Gajah bukan seekor, Pokok bukan sepohon Aku nak riak lagi takabur ni. Kalau aku hentak kaki, kompom belari lari binatang kat zoo kejar aku nak minta sign. So, renung renungkan dan selamat beramal.

...Cerita Tamat...

6 comments:

LuMos mAXimA said...

ssh kn kalo dh vg hati & perasaan pg org 2~
hargai la..kite bkn nk minta byk sgt pon...hurmm
nasib badan la...
ter'emo' plak!

BabiesMom said...

MY PRINCE... lamer xo tak singah sini..

awat nie.. ok ker ni PRINCe.. tak per ..saba na.. xo paham.. xo pown lebeh kurang cam PRINCe.. asyik2 kita jer msj n tanya mkn ker .. sihat ker.. meluat kekadang.. GERAMMMMM.. klu geram XO nk mkn MEMPELAM ahahaha

HairiAks said...

Hahaha.. lyn.. betul tu.. Sokong 500%.. hahahaha

HairiAks said...

Xoxo.. Mempelam... sedap tu.. nak sikit.. nak jugak.. buy 1 free 1 ker?

Mek Onie said...

hehe.......hairi,kesiannya bagi mesej kat orang sampai 320%.....kat meaw nape tak sampai pon?sadis jugak ni,HAHA...dia?ouh ! sabau jelah eh :D

Hizami Li said...

adeh.
kalau cinta jangan kacau.
kalau sayang tak perlu marah.
kalau ikhlas tak minta berbalas.
eh.
termenyanyi pulak.
=.=