Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

21 July 2011

Ustazah P Vs Ustaz Ensem?

…Cerita Mula…

Hye all, Assalamualaikum… Urmm.. Hari ni aku just nak cerita  kisah seorang kawan aku. Cerita ni  benar-benar terjadi. Bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi sekadar untuk renungan bersama. Korang jangan risau, aku dah minta izin dari kawan aku untuk menerbitkan story ni. Siap dapat royalti lagi. Hahahaha..

Dipendekan cerita, semuanya bermula di wall FB. My friends, publishkan yang dia sedang berada di suatu tempat bersama family. Ok lah tu.. tiba-tiba Puan K komen... saksikan perbualan dia..

Puan. K:- Nak ikut..

My Friends:- Jom r..

Puan K :- Oooo.. Tanya lah En. & Pn XXXXX nak belanja ke i kew?

My Friends:- Hahaha.. Boleh je..  jom lah, kita orang tengah beli gift(surah yassin) unt kenduri..

Puan K:- owhh.. kenduri apa tu?

My. Friends:- Kenduri Arwah..

Ustazah P:-Kenduri arwah pon ada gift? Patutnya sedekah kan fatihah byk2.. bukan beli gift yg x menolong apa2!

Puan K:-Bagus lah tu, sedekah dengan surah yassin sekali, setiap kali dibaca surah yasin tu selagi tu la arwah dpt manfaatnya..Insyaallah.

My Friend:- Surah yassin tak apa kan?byk beli..  Ha3..

My Friends:-Bkn menunjuk2.Yg Penting niat nk bagi tu ikhlas. Bila orang bace surah tu banyak manfaat.. just untuk sedekah jew. Tak salah kan? Kami tak jemput pon TV3, Berita Harian, Kosmo & Harakah untuk buat sidang media. Hahahaha..
(My friend ni suka wat lucu sikit, korang jangan lah makan hati dgn dia. J)

Ustazah P:- Sedekah tak perlu nak war2 kat org... Tangan kanan memberi sorokan tangan kiri.. derma bukan tontonan, sematkan dalam hati” ...klu menunjuk2 niat dah jadi x ikhlas.. So, eloklah delete apa yg patut ye..

My Friends:-Urmm. Ustazah P ni.. Saya just bagi tau sama Puan K je.Tapi tak da niat nak menunjuk-nunjuk. Kami Cuma borak-borak biasa. Borak-borak seorang kawan. Biasalah, rambut sama hitam.. Hati lain2. Ustazah P try tengok kat wall ustazah P. Rasanya lagi menunjuk2.Cuma malas nak tegur je. Kalau salah salah orang nampak. Salah diri sendiri tak nampak pon.. Sorry sebab kurang ajar, saya cakap apa yang sepatutnya dicakapkan. Saya tahu hukum & haram di dunia ni.

Puan K:-Tak salah pun apa yang dibuat tu n x perlu pun delete apa2.. bukan tujuan kita td unt war2 kan sedekah tu.. just give an opinion.. is’nt? Tutup je cerita tu.

Ustazah P:- Memang tak salah.. Tapi sampai bagi tau 1 dunia kat FB ni nak bagi bagi sedekah per cer! Nk bagi.. bg jer lah..
(Tiba2 Ustazah dah mula nak marah2.. dh nak naik hantu..Sure datang moon ni.. ngee..)

Ustaz Encem:- Rasanya tak salah kita nak bagi tahu orang,yang penting niat kita adalah ikhlas untuk bersedekah. Tak salah kita mau bagi tahu orang rite? Itu antara kita dengan tuhan. So, tak perlu delete semua komen ini. Sbab awak berpijak di bumi yang nyata.

Ustazah P:- ( mengeluarkan hadis  yang berkaitan sedekah.. Panjang sangat hadis dia... kalau copy paste sure 8 page..So, aku ringkaskan...)

Ustazah P:- (Satu lagi hadis berkaitan sedekah dikeluarkan.. Lagi panjang lebar.. tu pon copy paste dari intenet.. Hahaha)

My Friends:- ( Terus mendiamkan diri.. Sebab keadaan dah jadi semakin tegang.. takut berlaku perang besar... kalau Ustazah dgn Ustaz nak gaduh2.. Aku tolong tengok jew..)

Ustaz Ensem:-  Ustazah P, memang ada hadis tu. Bagi aku tak perlulah kita nak besarkan benda yang kecil. Sebab kawan saya  tak ada niat nak buat macam tu. Banyak lagi isu boleh dibincangkan. Sebelum kita nasihatkan orang, kita perlu tegok diri kita dulu. Apa hukumnya mendedahkan aurat? Dan sebagainya? Adakah kita mengamalkan ajaran islam sepanjang kita hidup? So, baru kita boleh menasihatkan orang lain. Perbetulkan diri kita sebelum nak betulkan diri orang lain.

Ustazah P:- So, kalau nak bersedekah. Bersedekah lah dengan hati yang ikhlas.

Ustazah P:- Ustaz Ensem! lu saper nak masuk campur urusan keluarga?
(Tiba-tiba ustazah naik  tocang.. Ayok.. Aku tak tak tahu.. Jom tengok dia orang gaduh.. ngee..)

Ustaz Ensem:- Maaf.. Bukan masuk campur. Kita sebagai orang islam kena saling ingat mengingati hambanya yang selalu alpa dan lalai. Sering nampak kesilapan diri orang lain, sedangkan diri kita tak baik mana pon. Saya tak kata Ustazah P,but saya kata untuk diri saya sendiri dan semua umat Islam di dunia ini. Siapa makan cili, dia terasa pedas!
(Wah2.. Ustaz Ensem dh pandai nak menyindir.. Sure ustaz ni student keluaran Al-Azhar.. Chayok2..)

Ustazah P:- Memang aku tak cakap aku baik... tapi aku tegur kawan kau. Salah??? Ustaz tu yang nak besar2 kan cerita.. Pe hal? Ustaz tu baik sangat??? Hah???

Ustaz Ensem:- Do i care.. Assalamualaikum..
(OMG.. Ustaz cakap orang putih dowh... nak tegelak aku dengan Puan K. Selamat aku tak beguling2 depan rumah nak gelakan.)

Ustazah P:-Aku cerita pasal adab sedekah... Yang kau citer luar tajuk tu pe hal???

Ustaz Ensem:- (Tiba-tiba mendiamkan diri sebab telinga dia dah panas dengan kelaharan mulut Ustazah P.)

Ustazah P:- fuck off!!!!
(Hahaha.. tu dia... Tiba2 ustazah mencarut... Semua terus terdiam.. Ustazah2.. Tak baik mencarut. Nanti tuhan kerat lidah baru tahu. Subut lah perkataan yang elok sikit. Walaupun marah macam mana sekalipun, kita kena bersabar. Kita tak boleh melatah..  Sabar itu separuh dari iman.. )

Ustaz Ensem:- Amin.. Semoga Ustazah P diberkati tuhan.. Sebagai seorang yang lebih tua... Kita tak sepatutnya mengeluarkan kata2 sedemikian rupa. Banyak2kan beristifar.. Sebut nama tuhan.. Ingatkan tuhan. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat. Semoga Ustazah diberkati olehnya.
(Tiba-tiba ustaz terperanjat beruk bila dengar ustzah mencarut.. Time ni dia nk pengsan 50saat, tapi ustaz sabar jew.. Ngee....)

Ustazah P:- Do i care?
(hahaha.. Ustazah pon ckp org putih, OMG.. Bak kata Harith Iskandar dlm mari menari. Kalau korang nak tau Ustazah ni student dari University Cambridge.. ngee..)

Ustaz Ensem:- kenapa Ustazah P dengan kawan saya jauh berbeza? Macam langit dengan bumi. Kita orang Melayu, Kaya dengan budi bahasa.. TQ..
(So sweet, kembang-kembang bontot kawan ustaz ensem.. ye lah.. kena puji... hahaha.. Pas ni tgok pulak perbualan antara anak ustazah..  Mulut dia macam mak dia jugak.. )

Anak Ustazah P:- oi ustaz encem kau tu perfect sangat ke nak bahasa2 kan orang? Sembahyang cukup? Please lah wei, dah nak kiamat ni taubat sikit boleh? Diri sendiri tak betul nak tengok kesalahan orang lain? Ustaz ensem kenal ke mama aku ke? Kau nak hakim2 kan dia?
(Ni dia anak ustazah.. x da bagi salam.. terus serang ustaz.. rasa nak tibai je.. mulut macam longkang.. sian ustaz.. ustaz pon tak sanggup nak tengok kat wall ustazah dgn anak dia. Kalau boleh semua nak didedahkan. Bila ustaz tak tahan, ustaz suruh je kawan ustaz delete semua.. Hangpa semua kot dok chating sama anak branak ni.. Sere boleh mati tekejut. Mulut depa macam pungkok ayam)

Pencerita-(Setelah selesai kawan saya delete. Ustazah dan anak dia terus menyerang si my friends. Kesian dia, dia dimaki, dihina. Ustazah siap mengungkit apa yang dia pernah bagi kat kawan saya. Semua dia ungkit. Paling aku sedih, dia libatkan sekali family dan nenek kawan aku. Padahal nenek kawan aku n family dia tak tahu pon cerita sebenar. Nenek menangis sebab kata2 kesat yang dilemparkan oleh Ustazah dengan anak dia. Anak ustazah tu memang kenag budi, time dia kat matrik dulu, kakak kawan aku yang banyak tolong dia. Apa taknya, belagak macam orang kaya. Duit habis joli sini.. joli sana... hahaha..

Kata-kata akhir dari anak ustazah kepada kawan aku..” KIMAKKK macam bagus! Belaja tinggi2 tapi tak amalkan gi JAHANAM...”

(Cuba korang lihat? Bertapa berjayanya seorang ustazah mendidik anak dia sehingga sanggup keluarkan kata2 macam tu. Aku tak tahu kat mana silapnya. Bak kata pepatah “Mak Kencing Berdiri, Anak kencing belari2”..)

P/s- Kalau korang nak tau, ustazah dengan anak dia dah mula buat kampen. Bukan untuk pilihan raya. Tapi kampen memburukan kawan aku di dalam FB. Dia bagi tahu semua kawan2, sanak saudara, atok, nenek, moyang dan satu dunia. Dia fitnah kawan aku. Tapi, kawan aku hanya berdiam diri  sebab tak mahu keruhkan lagi keadaan. Teruskan memfitnah!!!

Siapa yang bersalah dalam kes ni? Tolong bagi pandangan.. TQ all...

...Cerita Tamat...

2 comments:

Anonymous said...

semua x bersalah :)

Anonymous said...

Ustazah & anak?