Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

20 August 2011

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

...Cerita Mula...


Oklah..  tiba-tiba aku nak join pulak.. pernyertaan ini dibuka sampai jam 2.00ptg je.. sape2 yang nak join.. boleh klik BEN ASHAARI

...Cerita Tamat...

18 August 2011

Suka-suka..


...Cerita Mula...

Hye all. Salam Ramadhan. Okaylah, semalam aku sempat berbuka dengan kawan-kawan. Seramai 11 orang yang join. Lokasi pilihan…  Umbai,Melaka.

Menu Berbuka:-
·         Ikan Siakap Bakar
·         Ikan Jenahak 3 rasa
·         Ikan Pari Bakar
·         Sotong Goreng Tepung
·         Udang Galah Bater
·         Ikan Cencaru Bakar
·         Ketam Masak Merah
·         Fresh orange/ watermelon
·         Nasi Lemak daun pisang/Nasi putih

Ekceli aku sangat tak puas hati dengan service kedai tu. Dari luar Nampak sangat gah. Ramai pelanggan. Bila masuk.. Sangat teruk.. Byangkan bila minta kerang bakar.. Boleh dia cakap tak ada bakar.. boleh rebus je.. Then, aku minta Tom Yam & sup campur.. Pon tak ada.. apa yang aku nak majority tak ada. Dah lah aku tak boleh makan seafood. Baik tutup je kedai tu.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi, indah khabar dari rupa. Sebelum ni, aku selalu juga makan kat Umbai. Tapi okay jew. Tapi semalam sangat berbeza. Aku try masuk kedai lain. Kononnya nak ubah selara. Memang tak sedap. Boleh ikan siakap rasa ikan keli? Rasa pelik tak? Jenahak 3 rasa jadi 1 rasa pulak. Agaknya gula tumpah 1 kg.

Secara keseluruhanya, aku bagi markah 25/100 je untuk kedai tu.





Ikan pari yang agak rentung.. :)


P/s- Aku dengan kawan-kawan sangat tak puas hati dengan masakan & service. Hampir separuh dari makanan tak habis. Nak telan macam mana? Kalau semua serba tak kena. Aku tahu tukang masak tu puasa. Tapi masak lah elok sikit.  Arghhh…

…Cerita Tamat…

15 August 2011

Seronoknye Bila Dah Single


...Cerita Mula...

Hye all, alhamdulillah.. 2 minggu lagi nak raya. Mesti korang semua dah mula buat persiapan kan? Rasa macam tak sabar nak tunggu raya. Nak tunggu duit raya.. J Nak pakai baju baru.  Tahun ni, raya yang sangat bermakna bagi aku. Ahli keluarga pon dah bertambah sorang. Tahun depan tambah lagi sorang.

Ekceli, korang tak tahu kan.. Yang aku dah single sekarang ni? hahaha.. tu dia.. siap publish dalam blog lagi.. ye lah.. mana lah tahu.. ada pulak anak-anak Dato, Tan seri, Tun, Toh Pendewa Sakti, or Anak billionaire yang nak berkenalan kew? Boleh jew.. kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan..  ngee…

Rasa seronok bila dah single ni. Nak tau kenapa? Aku tak payah nak mesej, nak bagi laporan dan sebagainya. Hidup pon tak dikongkong. Aku nak buat apa pon boleh. Yang pasti, patah tumbuh hilang berganti. Aku dah malas nak gaduh-gaduh or bermasam muka lagi. Aku anggap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semua dah ditentukan olehNya.

Walaupun dia pernah janji macam-macam. Aku tak amik peduli pon. Bagi aku.. Janji is lie..  Sebab aku sendiri yang buang dia dari hidup aku. Aku tak mahu jadi manusia plastik.. Aku tak mahu jadi manusia hipokrit.. Okaylah.. Aku nak tanya dengan korang. Korang sanggup hidup dengan seorang penipu besar? Ada yang sanggup? Sure korang tak mahu. Kalau aku tanya dengan budak 3 tahun pon. Jawapan dia  NO.. TQ

Rupa-rupanya.. Banyak benda dia tipu dari aku. Bila aku dapat semua bukti pon. Boleh lagi dia tak mengaku. Aku pon tak tahu lah manusia jenis apa tu. Elok lagi scandal aku yang lama.. 1000 kali lebih elok dari dia. Bukan apa, contoh ex kekasih gelap aku dulu. Bila dia buat salah, dia akan mengaku. Kalau aku dapat tangkap dia menipu aku.. Dia still lagi mengaku dan minta maaf. Bukan lah aku nak bangga kan ex yang dulu. Aku putus pon sebab tak sehaluan. Dunia kami sangat berbeza. Macam langit dengan bumi. Tapi berbeza dengan yang sorang ni.. Kalau korang tanam dia hidup-hidup pon. Belum tentu dia nak mengaku. Hati batu, hati kayu.. Macam menyesal pulak pernah kenal dengan dia.

Paling best, aku ni banyak spy.. tahu apa dia spy? Lebih kurang macam mata-mata lah.. kalau mata-mata pon tak tau.. korang gi terjun laut. Hahaha.. tiba-tiba teringat kata-kata dia.. “ i tak akan curang... i janji x akan noty dengan orang lain, tak layan orang lain”  ayat dia yang tak boleh pakai sampai sekarang. Dia cakap  “Sebab aku dia jadi setia”. Jom ramai-ramai gelakan dia. Hahahahaha... setia wak lu.. nak gak aku skru kan wayar dia yang dah putus tu..

P/s-Aku yakin dan percaya. Lepas dia baca entry ni. Sure dia makan hati & sakit hati. Memang dia tak akan publish dalam FB or mana-mana blog. Sepanjang 4 tahun di UPSI aku dah kenal dengan bermacam orang. Salah sorang adalah DIA. Aku pon boleh menilai yang mana KACA, INTAN DAN PERMATA. So, aku dah jumpa kaca. Bulan lepas jumpa PERMATA. J

INGAT YER.. Hari ni kita curang, kita menipu, anaya, dan tidak jujur semasa berkawan mahupun bercinta. Jangan terkejut suatu hari nanti orang lain akan buat beribu kali ganda apa yang kita dah buat kat orang kepada kita.. Hahahaha.. (Thanks Allah yang telah memberi petunjuk kepada hambamu).


Amik kau.. Pic paling hot & spicy tahun 2011.. biaq sampai terkeluaq biji mata depa dok lihat pic ni.. :p

...Cerita Tamat...

13 August 2011

Selamat Aku Tak Murka

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Petang kemarin En. Posmen datang rumah aku.. Biasalah, kalau En Posmen datang sure nak bagi surat or barang kan. Tak kan nak bagi penampar dekat aku. ha3.. Akhirnya, dapat satu bungkusan dan satu surat.. Nak tau apa dia? Kalau surat tu... sure lah bil BEROKBAND.. Then, bungkusan tu... Pic masa konvo... Dipendekan cerita.. Aku cuma dapat gambar jew.. Di mana Frame Monalisa.. Mamalisa.. Kakaklisa dan Mamalia yang dijanjikan sebelum ini?...Urmmm...

Tiba-tiba aku jadi bengong buat seketika.. Puas aku pikir.. Kenapa lagi 2 frame tak dapat.. Cakap nak poskan sekali dengan gambar... Urmmm.. ni tak boleh jadi.. Aku call orang yang berkaitan.. Bila call jew.. Aku pon bagi no resit & no rujukan.. 

Tiba-tiba... orang tu cakap aku dah amik time bayar dulu..Apa? dah amik? bila masa aku amik?  Hati memang dah marah ni.. Jangan sampai aku bertukar menjadi.... $%^&*.... Entah bila aku amik frame tu. Time aku nak amik dulu.. Budak tu cakap dia akan pos kan.. aku  terus jadi muskil lagi.. So, bila check sekali lagi dia cakap dah amik.. U know.. Aku malas nak gaguh-gaduh dengan orang tu..Aku pon suruh dia call orang yang tolong uruskan.. En. tu terus call dengan pekerja dia..

Bila tengok kat resit " Frame collected" aku boleh terlepas pandang.. Sepaptutnya aku kena amik time bayar.. Tapi budak tu tak bagi pon kat aku.. Lepas nego dengan orang tu.. Dia suruh aku bayar cost untuk postkan frame.. ok lah.. dari aku nak kena amik kat Shah Alam kan.. Lepas je Nego.. Kat inbox FB.. ada mesej...

Mesej dari budak yang aku berurusan masa bayar duit gambar tu. Dia minta maaf sebab terlepas pandang kes aku.. Tapi aku sangat puji cara dia selesaikan masalah aku.. Tak macam boss dia.. Nak tazkirah kan aku pulak.. Thanks kat adik tu.. Coz tolong uruskan frame aku.. semua bayaran dia yang tolong uruskan..  Thanks adik.. Semoga tuhan je yang balas jasa awak ek.. :)


So, semua kos adik tu yang tanggung sebab kelisapan dari pihak dia.. So.. Selamat duit Prince.. hahaha... 


Haha.. macam tak caye jew aku dah grad... Kejap dah 4 tahun...


Korang perasan tak.. Semua macam sedih je kan.. Aku & family bukan saje-saja nak buat drama time ni.. Ada lah sebab yang tertentu.. :)


Haha.. Yang ni lagi sedih tahap dewa.. kesian Prince.. Konvo dalam mood sedih.. dah lah gerai konvo tahun ni tak meriah langsung.. macam konvo orang mati.. Time ni aku pulak sedih..  Nanti bila dah ready aku cerita kat korang semua ek.. tunggu yew...

P/s- Buat pertama kalinye aku tak mahu nak tinggalkan pesanan.. ha3...

...Cerita Tamat...

03 August 2011

Salam Ramadhan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Kejap je dah 3 Ramadhan kan? Tapi aku baru nak wish. Ape-ape pon selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni memberi satu lembaran baru untuk kita semua. Insya Allah..


P/s- Pose.. Jangan tak pose... Nanti tak dapat duit raye.. Ha3.. boleh kew macam tu?

...Cerita Tamat...