...Cerita Mula...
Hye all, alhamdulillah.. 2 minggu lagi nak raya. Mesti korang semua dah mula buat persiapan kan? Rasa macam tak sabar nak tunggu raya. Nak tunggu duit raya.. J Nak pakai baju baru. Tahun ni, raya yang sangat bermakna bagi aku. Ahli keluarga pon dah bertambah sorang. Tahun depan tambah lagi sorang.
Ekceli, korang tak tahu kan.. Yang aku dah single sekarang ni? hahaha.. tu dia.. siap publish dalam blog lagi.. ye lah.. mana lah tahu.. ada pulak anak-anak Dato, Tan seri, Tun, Toh Pendewa Sakti, or Anak billionaire yang nak berkenalan kew? Boleh jew.. kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.. ngee…
Rasa seronok bila dah single ni. Nak tau kenapa? Aku tak payah nak mesej, nak bagi laporan dan sebagainya. Hidup pon tak dikongkong. Aku nak buat apa pon boleh. Yang pasti, patah tumbuh hilang berganti. Aku dah malas nak gaduh-gaduh or bermasam muka lagi. Aku anggap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semua dah ditentukan olehNya.
Walaupun dia pernah janji macam-macam. Aku tak amik peduli pon. Bagi aku.. Janji is lie.. Sebab aku sendiri yang buang dia dari hidup aku. Aku tak mahu jadi manusia plastik.. Aku tak mahu jadi manusia hipokrit.. Okaylah.. Aku nak tanya dengan korang. Korang sanggup hidup dengan seorang penipu besar? Ada yang sanggup? Sure korang tak mahu. Kalau aku tanya dengan budak 3 tahun pon. Jawapan dia NO.. TQ
Rupa-rupanya.. Banyak benda dia tipu dari aku. Bila aku dapat semua bukti pon. Boleh lagi dia tak mengaku. Aku pon tak tahu lah manusia jenis apa tu. Elok lagi scandal aku yang lama.. 1000 kali lebih elok dari dia. Bukan apa, contoh ex kekasih gelap aku dulu. Bila dia buat salah, dia akan mengaku. Kalau aku dapat tangkap dia menipu aku.. Dia still lagi mengaku dan minta maaf. Bukan lah aku nak bangga kan ex yang dulu. Aku putus pon sebab tak sehaluan. Dunia kami sangat berbeza. Macam langit dengan bumi. Tapi berbeza dengan yang sorang ni.. Kalau korang tanam dia hidup-hidup pon. Belum tentu dia nak mengaku. Hati batu, hati kayu.. Macam menyesal pulak pernah kenal dengan dia.
Paling best, aku ni banyak spy.. tahu apa dia spy? Lebih kurang macam mata-mata lah.. kalau mata-mata pon tak tau.. korang gi terjun laut. Hahaha.. tiba-tiba teringat kata-kata dia.. “ i tak akan curang... i janji x akan noty dengan orang lain, tak layan orang lain” ayat dia yang tak boleh pakai sampai sekarang. Dia cakap “Sebab aku dia jadi setia”. Jom ramai-ramai gelakan dia. Hahahahaha... setia wak lu.. nak gak aku skru kan wayar dia yang dah putus tu..
P/s-Aku yakin dan percaya. Lepas dia baca entry ni. Sure dia makan hati & sakit hati. Memang dia tak akan publish dalam FB or mana-mana blog. Sepanjang 4 tahun di UPSI aku dah kenal dengan bermacam orang. Salah sorang adalah DIA. Aku pon boleh menilai yang mana KACA, INTAN DAN PERMATA. So, aku dah jumpa kaca. Bulan lepas jumpa PERMATA. J
INGAT YER.. Hari ni kita curang, kita menipu, anaya, dan tidak jujur semasa berkawan mahupun bercinta. Jangan terkejut suatu hari nanti orang lain akan buat beribu kali ganda apa yang kita dah buat kat orang kepada kita.. Hahahaha.. (Thanks Allah yang telah memberi petunjuk kepada hambamu).
Amik kau.. Pic paling hot & spicy tahun 2011.. biaq sampai terkeluaq biji mata depa dok lihat pic ni.. :p
...Cerita Tamat...
2 comments:
wah...hotnya gambaq...cheq koma sat heheh
sabar jer...mungkin boleh dpt yg lebih baik dari yg sblum nie..kita x tau..Tuhan yg menentukn kita just berusaha mendapatkn yg terbaik...
Post a Comment