Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

06 January 2012

Cara Nak Melupakan Orang Yang Kita Pernah Sayang

...Cerita Mula...

Hye all, morning... Pagi-pagi aku dah cerita pasal cinta dan sayang-sayang ni. Ada juga yang cakap prince dah buang tebiat. Ekceli aku nak berkongsi dengan u all semua macam mana aku melupakan seseorang yang pernah sayang suatu ketika dahulu. Serius aku ambil masa 2 bulan lebih untuk melupakan dia. Okay u nak tau macam mana aku lupakan dia? 

1. Jangan Terlalu Ingatkan Si Dia

Okay.. Ni yang paling penting sekali. Aku tahu.. Kalau baru putus cinta. Pagi petang siang malam korang asyik ingatkan dia.. Confirm mandi tak basah, makan tak kenyang tidur tak lena kan. So, jangan jadi bodoh.. Kalau nak ingatka juga.. boleh.. Tapi ingat apa benda  yang dia buatkan u all sakit hati.. Cuba ingatkan kejahatan yang pernah dia buat dekat u all.. Contoh.. Dia curang dengan lelaki or perempuan lain... Dia ada ramai scandal.. dia suke korek hidung sambil jentik kat muke korang. Secara tak langsung hati kita sakit.. So... lagi cepat kita lupakan dia... 

2. Mencari Pengganti Lain

U all ikut je prinsip aku.. patah tumbuh hilang berganti.. Bunga bukan sekuntum.. Kalau pergi  satu, satu bas yang datang.. Tapi.. memang tidak dinafikan..  Memang susah nak cari pegganti.. Tapi, u all percaya atau tidak.. Aku boleh mencari pegganti dalam masa kurang dari satu bulan.. Nak tahu macam mana? Yeahhh.. Face Book, Twitter, My Space, YM, Skype & Tagged. Semua ni laman sosial yang boleh digunakan untuk mencari pasangan. Korang boleh pilih nak jenis macam mana.. yang cantik.. yang hodoh..  hidung mancung.. mata juling.. gigi jongang.. semua ada.. pakej 3 in 1..  Mula-mula u all kawan lah biasa-biasa dulu..Ingat.. jangan nak lebih-lebih.. Nanti dia cepat bosan...  Kalau rasa serasi.. Go on jew..  Jangan nak jual mahal sangat.. Macam aku kan.. Aku just ambil 10 yang terbaik, then lakukan proses penapisan.. Serius aku cakap.. Benda ni memang berkesan.. Memang aku dapat lupakan dia.. 

3. Manfaatkan Waktu Yang Terluang

Aku nak nasihatkan u all semua jangan selalu duduk bersendirian, dok sorang-sorang dalam bilik or jadi kera sumbang. Nak tau sebab apa tak boleh? Sebab korang akan selalu ingat dengan si dia walaupun korang cuba nak lupakan si dia. Aku nak nasihatkan supaya carilah aktiviti yang berfaedah.. Contoh, window shopping dengan kawan-kawan, main dengan kucing, keluar dengan kawan-kawan.. Kalau paling malas pon.. U all chat lah dengan kawan-kawan or main game dalam FB.. Kalau rumah tak da intenet.. Cara yang paling terbaik.. Karok sampai pagi.. Selagi tak mengantok.. korang karok lah.. Then cari kawan seramai yang boleh.. Sebab cara ni sangat berkesan...



My friends cakap prince semakin gebu.. Gebu kat mana pon tak tahu.. Aduh.. macam-macam lah kawan-kawan aku ni..  Jom ramai-ramai gelakan aku.. auwwww.. :p

P/s-Okay.. cukup lah 3 jew dulu.. Aku dah malas nak taip.. Yang pasti.. Cinta tu ada dimana-mana saja.. Bak kata pepatah.. Bercinta biar satu.. Berscandal biar beribu.. hahahaha.. boleh tak macam tu? kalau my baby  baca pepatah ni.. Sure kena ikat kat pokok kelapa sambil kene gigit dengan kerengga.. wakakakaka...

...Cerita Tamat...


4 comments:

Aida Azryn said...

wahhhhh.. entri ni sesuai dengan mood aida sekarang ni. hahah.. aida memang sedang belajar melupakan someone..

adek_nan said...

hahaha... lawak lah ko ni hairi~ memang x mengecewakan. klw masuk raja lawak nih. confirm menang terus nih!

HairiAks said...

Aida.. ha3.. ni serba sedikit je.. Sebenarnya banyak lagi cara.. malas nak taip.. Ngee...

HairiAks said...

Nan.. Kot masuk maharaja lawak.. sure aku yang paling awal tersingkir.. lawak bodoh je boleh buat.. wakakakaka...