Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

13 February 2012

Pengalaman Temuduga SPP

...Cerita Mula...

Hye all.. Assalamualaikum... Malam ni aku just nak ceritakan pengalaman aku inteview SPP di  Bilik Temu Duga Suite 9 Level G Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pada 9 Feb 2012 jam 7.30am. Dalam satu bilik ada 5 orang dan orang yang menemuduga ada 2 orang. Antara soalan yang dia Tanya:-

1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas serta mengapa anda memilih kos AT45 dan minor sebagai pilihan anda dan bagaimana anda mengaplikasikan dalam kehidupan harian dan di sekolah mahupun dalam P&P anda...

2. Soalan group- Berdasarkan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) huraikan hubungkait antara kurikulum dan kokorikulum dalam FPK untuk sekolah anda. Macam mana ingin mencapai matlamat tersebut.. Berdasarkan JERI.. Bagaimana ianya dapat dilaksanakan di sekolah.. hubungkaitkan... (aku pon bler sangat dengan soalan yang dia bagi.. aku tak boleh tangkap apa soalan ni mencarut.. Tapi just merapu jew.. last2.. dia cakap lari dari tajuk.. So..redha je lah... ) walaupun kurang tepat.. Yang penting confident jew…

3. pengurusan bilik darjah guru.. huraikan dan bincangkan... Yang ni paling best sekali... tah apa aku dengan kawan2 yang lain huraikan.. soalan dia umum sangat... tapi ada gak point kat situ..

4.soalan bonus berkaitan headcount apa tah.. aku pernah benda benda ni.. tapi ingat-ingat lupa.. So apa lagi.. macam-macam jawapan keluar.. Orang tu senyum jew tengok aku. Secara keseluruhan.. memang teruk juga kita orang kena.. semua aku jawab.. tapi jawapan tak seperti yg penilai tu harapkan..

P/s- Walaupun aku hafal dan faham 150% FPK... bila dia bagi soalan & putar belitkan soalan.. terus jadi blerrr... So..sape2 yg dpt kat Putrajaya esok.. ready lah fizikal & mental korang... Isu semasa sikit pon dia tak sentuh.. intview kita orang lebih kurang 1 jam setengah unt 3 tajuk ni jew...time tu lah rasa nak koma 1 jam setengah.. urmmmm...


Sebagai tanda kenangan kepada korang semua.. Aku uploadkan pic  setelah selesai interview... Muka yang agak tertekan dan kegersangan.. LOL!! 


...Cerita Tamat...

12 February 2012

Disaat Aku Mencintaimu


mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu

maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

06 February 2012

Temuduga SPP

...Cerita Mula...

Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah.. 9 FEBRUARI 2012 ni aku ada temuduga SPP untuk pengasahan jawatan sebagai guru tetap.

Tarikh: 9 FEB 2012
Masa: 7.30 am
Tempat: PICC Putrajaya


P/s- Doakan aku dengan rakan-rakan aku berjaya dalam temuduga ini yew. Semoga dipermudahkan oleh Nya. Insya Allah aku akan datang awal sehari. Boleh gak lepak-lepak kat putrajaya.  Tengah mancari hotel yang berdekatan dengan PICC.. Or ada orang yang ajak tumpang rumah dia.. LOL!!! 

...Cerita Tamat...

My lovely Hairi Aks

...Cerita Mula...

Hye all. Ekceli dah lama aku rancang nak beli kereta. Dari tahun lepas lagi. Tapi ada je masalah. Bukan masalah kewangan. Tapi masalah dengan bank. Aku mula kerja sebagai kaunselor kat UUM awal bulan 10 dulu. Then, bila nak buat loan. Sure tak lepas sebab bank nak 3 bulan penyata bank dan payslip. Kalau  statment bank memang tak ada masalah.. masalah dia offer latter kerja aku. Macam-macam cara aku buat. Bila dah lepas, bank nak granto pula. Aku memang dah tekat. Aku tak akan  guna sape-sape pon sebagai granto aku. Alhamdullilah.. Awal bulan satu kerja dah cukup 3 bulan.. Dapat gak pakai keta tanpa penjamin.

Kereta yang menjadi pilihan aku Saga  FLX SE 1.6.  Sebelum ni memang lah nak ambil VIOS TRD. Bila fikir balik. Memang tak cukup nak bayar bulanan. Kalau aku terus kerja dengan UUM. Mungkin lebih dari tu boleh pakai. Tapi, kerja cikgu ni kena lah berjimat sikit. Kadang-kadang aku makan hati juga dengan kawan aku. Aku sama-sama masuk kerja dengan dia. Dapat gaji sama-sama. Bila keluar kereta pon sama-sama. Cuma dia keluar kereta 1 FEB 2012 dan aku 2 FEB 2012. Paling best dia pakai VIOS TRD.. Huaaaa.. Urmmmm... Walaupun aku tak dapat pakai VIOS.. Dapat naik pon okay lah.. Thanks Ayie ek.. Bawa aku pusing-pusing Melaka dengan Syah...  Pas ni ko kerja kuat sikit. Sebab dah banyak yang nak kena bayar.. hik3...


Memandangkan aku suka makan McD.. So.. MCD lah menjadi pilihan hati.. LOL!!!!

Kalau korang nak tahu.. Aku dengan Ayie ni banyak sangat persamaan.. Aku masuk kerja sama tarikh dengan dia, beli hp pon sama dengan dia.. Aku pakai Samsung Galaxy SII dia pon pakai Hp yang sama.. Aku pakai colour putih.. Dia pakai hitam..  Tapi Aku tak mampu pakai VIOS jew.. LOL!!! 

...Cerita Tamat...

Seronok Ke Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Okay.. Aku nak habaq kat korang semua yang aku sekarang ni dah mula mengajar. Nak tau dekat mana? Dekat SEK MEN KEB TUNKU BESAR TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.  16 JAN 2012 aku melapor diri dekat sekolah.  Tu sebab korang tengok aku jarang update blog kan. Aku sangat busy sekarang ni. Busy dengan aktiviti sekolah yang sentiasa penuh.

Ekceli aku punya opsyen bisnes. Bila masuk sekolah aku kena ajar BAHASA MELAYU, GEOGRAFI dan ICTL ( Information and Communication Technology Literacy). So sweet kan?... Memang semua tu subjek yang paling aku minat kat sekolah dulu. Kalau badan beruniform pulak, aku guru penasihat kepada PBSM, jurulatih untuk Hoki, guru penasihat Persatuan Pengguna dan rumah Hijau. Baru seminggu masuk sekolah aku dah kena join program merentas desa. Paling best hari Sabtu.. Best kan...

Kalau korang nak tahu, hari pertama melapor diri. Aku ditawarkan menjadi warden asrama. OMG... Seumur hidup aku.. 1st time stay kat asrama. Cuma bezanya aku dapat sebuah rumah yang agak besar dari asrama. Dalam rumah semua lengkap. Perabot dan kelengkapan dah ada. Cuma bawa barang-barang keperluan jew. Mula-mula memang berat hati nak terima. Orang lain kerja 8-9 jam.. Tapi aku kerja hampir 18-20jam sehari. Memang berat kerja warden ni, dapat anak sampai 100 orang. Dengan nak jaga anak. Dengan tugas kat sekolah lagi. Bagi aku senang je, kalau kita anggap kerja tu susah. Sampai bila-bila pon susah. So, aku sahut cabaran tu. Aku terima jawatan sebagai warden.

P/s- Apa-apa pon memang seronok jadi cikgu ni. Aku sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Aku rasa mendapat kepuasan apa yang aku buat sekarang ni. memang berbeza masa praktikal dengan apa yang aku buat sekarang. Aku harap aku boleh meneruskannya. Semoga dipermudahkan oleh-NYA.

...Cerita Tamat...