Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

06 February 2012

Seronok Ke Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Okay.. Aku nak habaq kat korang semua yang aku sekarang ni dah mula mengajar. Nak tau dekat mana? Dekat SEK MEN KEB TUNKU BESAR TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.  16 JAN 2012 aku melapor diri dekat sekolah.  Tu sebab korang tengok aku jarang update blog kan. Aku sangat busy sekarang ni. Busy dengan aktiviti sekolah yang sentiasa penuh.

Ekceli aku punya opsyen bisnes. Bila masuk sekolah aku kena ajar BAHASA MELAYU, GEOGRAFI dan ICTL ( Information and Communication Technology Literacy). So sweet kan?... Memang semua tu subjek yang paling aku minat kat sekolah dulu. Kalau badan beruniform pulak, aku guru penasihat kepada PBSM, jurulatih untuk Hoki, guru penasihat Persatuan Pengguna dan rumah Hijau. Baru seminggu masuk sekolah aku dah kena join program merentas desa. Paling best hari Sabtu.. Best kan...

Kalau korang nak tahu, hari pertama melapor diri. Aku ditawarkan menjadi warden asrama. OMG... Seumur hidup aku.. 1st time stay kat asrama. Cuma bezanya aku dapat sebuah rumah yang agak besar dari asrama. Dalam rumah semua lengkap. Perabot dan kelengkapan dah ada. Cuma bawa barang-barang keperluan jew. Mula-mula memang berat hati nak terima. Orang lain kerja 8-9 jam.. Tapi aku kerja hampir 18-20jam sehari. Memang berat kerja warden ni, dapat anak sampai 100 orang. Dengan nak jaga anak. Dengan tugas kat sekolah lagi. Bagi aku senang je, kalau kita anggap kerja tu susah. Sampai bila-bila pon susah. So, aku sahut cabaran tu. Aku terima jawatan sebagai warden.

P/s- Apa-apa pon memang seronok jadi cikgu ni. Aku sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Aku rasa mendapat kepuasan apa yang aku buat sekarang ni. memang berbeza masa praktikal dengan apa yang aku buat sekarang. Aku harap aku boleh meneruskannya. Semoga dipermudahkan oleh-NYA.

...Cerita Tamat...

2 comments:

Silent Thinker said...

OMG..subjeknya...
takpe beljr bnda baru kan

HairiAks said...

ha3.. tau x pa.. terpaksa stdy balik benda yg 7 tahun lepas.. benda yg lama... :).. sangat mencabar...