Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 July 2012

Prince HairiAks & Ramadhan

...Cerita Mula...

Hye all.. Asslamualaikum... Selamat berbuka puasa... Diam tak diam dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa.. Alhamdullilah.. Setakat ini puasa aku masih penuh.. Masih belum berkesempatan untuk ponteng puasa atau mencuri makan dalam diam-diam.. kalau masa kecil dulu.. Pantang my mum tak de rumah.. sure curi minum air dalam peti sejuk.. LOL... Kantoi dowh.... Ekceli itu zaman hingusan lagi.. Now... Aku dah boleh berfikir baik & buruk..

Ekceli aku berbuka sorang diri hari ni.. Biasalah.. budak-budak semua balik wajib. Ikutkan hati memang nak balik kampung.. Tapi, apa kan daya... banyak kerja yang masih belum siap.. Insya Allah.. Esok baru balik kampung.. Rindu masakan my mum...

Lima hari di asrama... Aku berjaya menyesuaikan diri untuk makan dengan pelajar.. Kalau korang nak tahu.. 1st time aku dapat berjimat tahap dewa.. bayangkan... Apa yang student makan.. Itu yang aku makan.. Aku memang tak de beli juadah tambahan pon.. 

Lepas berbuka, solat maghrib berjemaah & tarawih berjemaah... Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan kehidupan asrama.. kalau sebelum ni aku paling benci stay asrama.. Sekarang semua dah berubah... Betul kata orang.. Tak kenal maka tak cinta....


Okay pic aku & students... Time majlis makan beradap....Yang kiri Aboy & Kanan Arm... :)
Dua-dua masih single.. But dah berpunya... Kalau korang nak usyar pon.. Amik je yang tengah tu... Ada lagi tiga kekosongan.. LOL...

...Cerita Tamat...




Mayat Dua Anak Kapal MV Bunga Alpinia Ditemui

...Cerita Mula...

Al-Fatihah kepada Pak Ngah Saya Zahari bin Hassim yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.. Takziah kepada keluarga allahyarham..



Mayat Dua Anak Kapal MV Bunga Alpinia Ditemui
Anggota polis dan bomba membawa mayat mangsa tragedi kebakaran kapal tangki minyak Bunga Alpinia ke bilik mayat Hospital Nuklus Labuan petang Jumaat. - Foto BERNAMA
LABUAN: Mayat dua mangsa tragedi letupan dan kebakaran kapal milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan pada Khamis ditemui petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiman Kasran, mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pukul 1 petang terapung kira-kira 30 meter dari kawasan kejadian iaitu antara Jeti Amsteel dan Jeti Iron.
Beliau berkata, mayat tersebut dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk pengecaman dan bedah siasat.
Dalam kejadian itu, seorang anak kapal maut manakala empat hilang selepas kapal yang membawa muatan bahan kimia itu meletup dan terbakar ketika sedang mengisi metanol di jeti terminal.
Sumber:- mStar Online 

P/s- Masih dalam mood sedih.. Tunggu dan terus menunggu jenazah yang masih lagi di Labuan... Semoga segala urusan dipermudahkan... Amin..
...Cerita Tamat...

23 July 2012

Salam Ramadhan

...Cerita Mula...

Hye all... Assalamualaikum.. Long time no see kan... Pejam celik.. pejam celik masuk bulan Ramadhan dah. Ekceli ini Ramadhan pertama aku berpuasa di asrama.. hari ni dah masuk 3 Ramadhan.. Alhamdullilah... Masih lagi boleh berpuasa penuh.. Serious... Memang seronok... berpuasa bersama dengan students.. 

Paling best bila buka puasa secara berjemaah... Memang meriah dewan makan dengan aksi-aksi lucu budak-budak ni.. Ada yang bawa makanan yang pelik vs ajaib. Kalau korang nak tahu.. datang sendiri kat asrama aku.. Makanan tradisi pon ada.. :)

Aku paling suka makan ikan keras ( Baling dinding pon boleh pecah.. Korang pernah makan? Kalau tak pernah.. Mai datang kat sini.. Aku bagi free je.. LOL.... )

...Cerita tamat...

07 July 2012

Trip Terengganu & Kelantan

...Cerita Mula...

Cuti sekolah bulan 6, aku sempat bersukaria dengan kawan-kawan.. Lokasi pilihan Pantai Timur.. Kebetulan masa tu warden sebelah bilik  kawin kat Setiu, Terengganu. So.. Alang-alang menyelup pekasam.. Sampai juga kat Terengganu & Kelantan. Serious 1st time aku drive sendiri...


Sampai juga MCD kat Terengganu... :)


Kota Bharu.. Singgah sebentar rumah cik Ilah..


Pasar Siti Khadijah



Sempat Menikmati nasi ulam.. Memang best..


Jeti Pulau Perhentian, Terengganu...

P/s- Terima kasih kepada En. Sahar, Cik Ilah, Cik Ag dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam percutian aku...

...Cerita Tamat...