Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 July 2012

Mayat Dua Anak Kapal MV Bunga Alpinia Ditemui

...Cerita Mula...

Al-Fatihah kepada Pak Ngah Saya Zahari bin Hassim yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.. Takziah kepada keluarga allahyarham..

Mayat Dua Anak Kapal MV Bunga Alpinia Ditemui
Anggota polis dan bomba membawa mayat mangsa tragedi kebakaran kapal tangki minyak Bunga Alpinia ke bilik mayat Hospital Nuklus Labuan petang Jumaat. - Foto BERNAMA
LABUAN: Mayat dua mangsa tragedi letupan dan kebakaran kapal milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan pada Khamis ditemui petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiman Kasran, mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pukul 1 petang terapung kira-kira 30 meter dari kawasan kejadian iaitu antara Jeti Amsteel dan Jeti Iron.
Beliau berkata, mayat tersebut dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk pengecaman dan bedah siasat.
Dalam kejadian itu, seorang anak kapal maut manakala empat hilang selepas kapal yang membawa muatan bahan kimia itu meletup dan terbakar ketika sedang mengisi metanol di jeti terminal.
Sumber:- mStar Online 

P/s- Masih dalam mood sedih.. Tunggu dan terus menunggu jenazah yang masih lagi di Labuan... Semoga segala urusan dipermudahkan... Amin..
...Cerita Tamat...

2 comments:

Lovely Paradise Miza Al-Hashim said...

a fatihah untuk pak cik awak,sbb masa letupan rumah sy macam nak kena gempar bumi takut sgt,bila lihat ramai org islam kita terkorban,sy pun dan suami serta adik bekerja di terminal yang sama..sedih bila melihat mereka sudah tiada lagi...al fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat amin...