...Cerita Mula...
Kisah ini benar-benar terjadi pada rakanku
sewaktu dia kanak-kanak dahulu. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan
menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya,
jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling kepadanya
bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, rakanku mengikut ayahnya ke surau
untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Rakanku
yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya
yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. Dia pun faham maksudnya
itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah
punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana
turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam
menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat
punggung rakanku dirotannya.
P/s: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Tapi kalau korang nak cuba tak ade masalah pon.. Janji korang bahagia kan..
...Cerita Tamat...