...Cerita Mula...
Assalamualaikum.. Alhamdullilah.. 1 Ramadhan sudah.. Aku nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada kawan bloger dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Sebenarnya ini tahun ketiga aku menyambut bulan puasa dekat asrama.
Seperti tahun tahun lepas, aku akan berbuka dengan pelajar asrama. Makan macam vvip. Siap dihidangkan untuk semua warden. Untuk tahun ni.. Bila nak turun berbuka. Tengok tengok makanan pon tak ada. Sungguh kecewa kau. Bila tanya pak cik tu. Boleh dia cakap hari ni tak ada untuk warden. Esok baru ada. Hari ni bekas tak ada.. dah tempah tapi tak dapat lagi.. Alasan macam bangang. Kalau tak ada bekas. pinggan pon boleh lah pak cik oi.. Dari segi menu. Memang lari dari menu bulan puasa. Memang tak masuk akal. Sabar je lah.
Disebabkan bulan baik ni. Aku malas nak gaduh gaduh. Start enjin keta terus gi bazar. Apa-apa pon harap-harap esok makanan untuk warden dihidangkan. Ekceli bukan aku hamak sangat nak makan kat dewan makan tu. tapi dah terpaksa dan dipaksa. Ikutkan hati baik aku beli kat bazar yang banyak pilihan. kalau makanan kau sedap tak apa. Hari hari sangap nak makan kat situ. tapi hancur.. tak sedap.. service slow melow... Sekian tertima kasih.
Okay.. gambar ni buat tatapan semua mak cik.. to untie untie yang ada kat luar tu.. Saya dah berpunya hokey... Taken by Miss Xxxx.. #lol
...Cerita Tamat...
No comments:
Post a Comment