...Cerita Mula...
Alhamdulillah.. Dah masuk hari ketiga. Aktiviti hari ni pusing-pusing bandar Shenzhen. Seawal jam 9 aku dah kena tunggu dekat lobby. Ingatkan ramai yang join. last-last kami berempat je. Naik lah van. Nasib lah pemandu pelancong aku mesra alam sikit...
Selepas breakfast terus je naik van.. Nasib lah dapat van yang okay.. ikutkan boleh muat 12 orang.. tapi kami naik 6 orang je termasuk driver.. So, ada lah runag untuk melunjur kaki.. Letak barang bagai kan...
Tempat pertama wang wajib pergi Chinese Herbal Shop. Aku memang dah tahu taktik dia orang menjual macam mana. Berdasarkan pengalaman dekat Beijing dulu. macam-macam ubat ada jual kat sini. Cuma harganya agak mahal. Selepas seorang profesor dari Indonesia menerangkan tentang jenis-jenis ubat. Aku dan isteri dibawa masuk sebuah bilik kecil. Masa ni ada seorang Doktor akan pegang tangan dengan jari. Kemudian kalau kita ada penyakit doktor tu dapat kesan. nampak sangat penipu. dari 10 yang doktor tu cakap. 30 tak betul. Biasa lah, nak jual ubat kan.. berani dia cakap jantung aku diselaputi lemak.. Ada masalah buah pinggang, hati tak berfungsi dengan baik.. Semua penyakit yang tak elok ada dekat aku.. tak beragak nak menipi.. Kalau dia check orang tua.. Memang confirm sakit tulang dan sebagainya...
Mi tarik.. Memang sedap..
Restoran halal tempat aku makan..
Perjalanan diteruskan ke CHINA FOLK CULTURE VILLAGE. Sepatutnya sekali tengok show kat dalam ni. Tapi aku tukar jadual, dan minta driver tu bawa tempat shopping dekat area bandar. Tak larat nak menunggu sampai 5-6 jam dekat dalam ni. memandangkan kami menukar jadual perjalanan. Terpaksalah kena bayar sorang HK$100 lebih kurang RM60. Dari kawasan ini untuk ke Shopping lebih kurang 1 jam.. patut lah mahal kena cas.. Itu termasuk sekali dengan parking.
Memandangkan kami malas nak jalan kaki. Apa lagi.. Sewa je train.. Seorang bayar HK$40 lebih kurang RM24. Okay lah kan.. 30 minit perjalanan.. Kalau jalan kaki dengan keluasan beribu ribu kaki persegi.. Memang 2 hari 1 malam baru habis tawaf.. tak apa.. Kami dah jimat masa dekat sini.. Masa lebih boleh habiskan dekat shopping....
CHINA FOLK CULTURE VILLAGE
Shopping time... baru-baru sampai dah dapat barang yang aku cari....
Shopping area Baohua Baima.. Kawasan ni lebih kurang Ladies Market. Banyak barang perempuan... Harga pon sangat berpatutan... Ikut barang apa yang korang nak beli... Nak yang murah., Nak yang mahal.. ikut kepada kemampuan korang lah.. Dekat sini kami habiskan masa lebih kurang 3 jam... Dekat luar kawasan ni dah macam syurga shopping...
Okay lah.. Nanti samnung hari keempat pula ye...
...Cerita Tamat...