Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

09 December 2016

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 1

...CERITA MULA..


Hye all.. Assalamualaikum... Malam ni aku nak cerita pasal Trip Hong Kong pada 1-6 Dec 2016. Actually aku beli pakej muslim dekat Hong Thai Touts & Travel. Harga pakej ni antara yang paling murah aku dapat masa Matta Fair. Seorang cuma RM2099 dan tambah insurans RM58. total keseluruhan hanya RM2157 termasuk tiket kapal terbang dan meal. Aku rasa ini yang paling murah masa aku survey. Yang pasti 6 hari 5 malam.



Hari pertama: Aku naik Flight Malaysia Airlines. Kira okay lah kan dari naik Air Asia yang tak ada meal. Masa ni aku tumpang kawan pergi KLIA kebetulan my friends pon join sekali pergi Hong Kong. Kiranya kami 4 orang lah. Aku dengan wife Kak Zai dengan Anak dia. Walaupun aku ambil pakej tapi semua kena sendiri ye. Dari check in sampai lah balik. Berbeza kalau ambil dengan pakej yang mahal. Maksudnya pakej aku ni dah macam backpacker. Okay  7.40 am aku gerak. Sampai Hong Kong Lebih kurang jam 12.00 Tengah hari.

Sampai Hong Kong aku disambut oleh Ann Travel Service CO. Keluar je dari EXIT B. Aku terus ke area pole 11. Kat situ lah jumpa dengan pemandu pelancong kami. Kami dibawa ke Hotel menaiki BAS. Tak ramai pon masa tu, dalam 10 orang. Seterusnya  terus Check Inn dekat CAsa Hotel. Hotel ni Area jalan Nathan Road, Yau Ma Tei, Kowloon. Aku memang suka kawasan hotel ni. Dekat dengan shopping dan kedai-kedai. yang paling tak suka hotel dia sangat kecil. kalau jalan tu boleh belaga punggung.



Ambil kau.. Punya lah kecil bilik kat sini. kalau dekat Malaysia boleh dapat hotel 5 bintang dengan harga hotal kat sini. Harga semalam lebih kurang RM450 dan keatas untuk hari biasa. Kalau tak caya boleh google kat Agoda atau Booking.com. Sampai hotel lebih kurang pukul 2.00 Petang. Kami rehat sekejap. Pukul 5 petang gigih nak pergi cari kedai makan. Actually hari pertama tidak disediakan makanan. Dengan bantuan Google map.. Kami nak pergi Ladies Market dulu. Lepas tu baru lah nak cari makanan. Dari hotel lebih kurang 15 minit  jalan kaki. dalam 1 km je. Sepanjang jalan memang penuh dengan kedai. Masa jalan dekat Ladies Market ni jumpa lah dengan sorang mamat Turkey ni. Dia suruh makan kedai dia Turkish Doner Kebab. Memandangkan susah nak dapat kedai halal kami pon masuk lah.


Ladies Market: Barang dekat sini harga sangat berpatutan. tak murah dan tak mahal sangat. Peniaga dia pon sangat okay. kalau nak tawar menawar masih boleh lagi.


Turkish Doner Kebab


Amik kau.. Harga gila-gila mahal. Seumur hidup aku.. Belum pernah lagi makan makanan mahal macam ni. Amik kau..




Total makan 4 orang dekat HK$500
kalau ringgit Malaysia dalam RM300.. 

sebelum datang pon memang dah Google pasal makanan dekat sini. So tak dah terkejut beruk kan. Makan.. je lah.. 

habis je makan.. Kami jalan-jalan semula area Ladies Market.. Malam ni kami tak beli apa-apa lagi. Sebab ada masa 6 hari lagi dekat sini. Cuma survey je.. Okay.. habis jalan-jalan terus balik hotel tidur... 

Cukup lah part 1 yew,, Sambung update esok.. Esok aku update dekat Shenzhen pula...

...Cerita Tamat...


No comments: