Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

10 December 2016

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 2

...Cerita Mula...

Hye all.. Today aku nak story mory untuk hari kedua. Hari yang penuh dengan pancaroba. Susah betul kalau trip sendiri kan.. pakej pon tak macam pakej.. Day 2.. Pukul 8.40 Pagi dah kena berkumpul dekat stesen MRT area hotel. Mula-mula agak bengong juga. Kejap suruh tunggu dekat lobby. Kejap dekat MRT. Tunggu punya tunggu sampai lah bas. Lebih kurang macam bas angkut angkut. Bas akan berhenti dekat hotel hotel untuk ambil penumpang.



Tempat pertama yang aku pergi Golden Bauhinia Square. Orang sibuk bergambar kat sini. Aku pon amik je lah.. Janji ada gambar nak buat kenangan. Ramai je yang komen.. kenapa dekat baju ada sticker A. A tu untuk Ann Travel.. Senang.. Kalau sesat tunjuk je sticker tu.


Seterusnya Repulse bay.. 15 minit je masa untuk ambil gambar. Hello! Ingat cukup ke 15 minit.. nak selfie je dah 10 minit.. tu tak cari lagi tempat-tempat nak posing.



okay.. With my lovely sayang.. Ko hado? 


Destinasi seterusnya.. Aberdeen Fishing Village boat ride.. Masa ni korang akan dibawa pusing-pusing area kapal-kapal dan pelabuhan. tengok boat. Bayaran dia hanya HK$60 atau RM36.. Perjalan lebih kurang 15 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi je.. Pusing bangang-bangang dah habis. Macam membazir je naik natang ni..


Macam ni lah pemandangan dia.. Kira okay lah..


Ini kedai cenderahati.. Nak beli pon fikir 10 kali.. Biskut kacang macam ni pon 4 botol HK$200. kat malaysia sebotol baru RM10 Dik Non oi... Membazir amalan syaitan.. Jadi aku lupakan niat nak beli biskut ni... Yang penting kenyang dah makan tester dia.. hahaahah








OTW Shenzhen pula... Dari Hong Kong lebih kurang 45 minit je.. Train kat sini sangat banyak. lebih kurang 5-10 minit ada. Jadi korang tak perlu risau sangat. yang pasti jangan salah naik train yo.. ada yang sampai  Lok Ma Chau nanti... Actually tempat naik train dekat Hung Hom to  Lo Wu.


Keadaan dalam train yang sangat kondusif.. Kalau setakat berdiri tu orang kat sini tak hairan dah..


Bila sampai je dekat China immigration kami terus ke kaunter 1. Dekat sini kami ambil visa dekat ejen yang dilantik. Visa yang digunakan ialah visa berkumpulan. masa ni korang kena beratur mengikut nama dalam susunan. Kalau dah masuk China ni.. Pegawai yang jaga dekat sana memang macam singa sikit. tak da yang senyum.. Kau punya passport pon main campak sesuka hati je.. Very the keji perangai.. Tak mesra langsung.. Seterusnya kami dibawa naik teksi.. Tambang dari airport  ke hotel lebih kurang Yuan $ 30 dalam RM20. Ini sudah termasuk dalam pakej.


Tempat pennginapan di FX Hotel.. Hotel yang sangat selesa.. Berdekatan dengan shopping mall.. Sebelah hotel ada restoran halal muslim.. Dengan harga yang sangat berpatutan... Aku suka stay area ni.. Semua ada..


WIFI free pon ada.. Kalau datang China kalau guna WIFI dia.. Memang mati lah korang tak dapat Ber Facebook, Instagram, google pon tak boleh nak layari. Semua kena block.. Tapi nasiblah dah roaming awal-awal.. Jadi tak lah terputus hubungan dengan kawan-kawan. Tapi kalau korang hantu Wechat, tak ada masalah.. boleh main sampai lebam-lebam. 


Bilik yang sangat selesa.. Ruang yang sangat besar.. Sesuai untuk 6 orang.. Siap bagi tambahan katil lagi...

Untuk hari ketiga aku akan update nanti ya.. Dah berpusing-pusing biji mata nak ingat semuala...

...Cerita Tamat...



No comments: