Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

10 February 2011

Siapa Cakap Senang Nak Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, hari ni genap 4 hari di SMKBJ. Sape kata senang nak jadi En. Cikgu Bitara. Memang penat + Tired + Capet + Letih = Nak Koma 1 minggu. Aku rasa bersalah dengan En. Blog ni. Aku tak ada masa nak mengupdade. Aku tak ada masa nak bershopping, tak ada masa nak bersukaria dengan kawan kawan.

Ekceli aku sangat busy nak siap kan RPH, hari-hari kena buat benda ni. Kadang kadang sampai nak gugur rambut memikirkan aktiviti apa yang nak buat. Yang tu baru RPH. Tak masuk lagi relief class. class petang, meeting, semak buku student. Aku rasa, jiwa aku dah deselaputi dengan buku yang bertimbun atas meja.


Bila Prince Mula Mengajar.. :)



Yang ni belum masuk ragam student dalam class, kadang kadang macam nak kena kencing manis tengok ragam dia orang. Alhamdulilah aku masih okie lagi. masih boleh berjalan, masih boleh bertahan dan masih boleh mengajar. Aku harap sangat sangat tak masuk ICU dengan kerenah student sekarang.

P/s- Bukan senang nak jadi guru kalau kita belum bersedia. So, mereka yang nak jadi guru. Make sure korang dah bersedia dari semua aspek. Hari hari tidur lewat nak siapakan tugas. Penat dowh..


...Cerita Tamat...

07 February 2011

Hari Pertama Di SMKBJ

...Cerita Mula....

Hye all, akhirnya masa yang dinanti dah tiba. Hari pertama aku kat sekolah. Aku nak kongsi cerita dengan korang semua. Lalat belum terbang aku dah gi sekolah. 1st time rambut aku tak pacak macam gi kuliah. kalau korang tengok lah, mesti berguling guling gelakan aku. Hodoh dowh.. Urmmm.. Perjalanan  lebih kurang 5 minit dari rumah. Kalau korang nak tahu, macam macam aku buat hari ni. Pagi lagi dah dapat slip untuk ganti class.

Class pertama aku masuk 4 ICT. Masa ni bermulalah sesi kenal mengenal. Memang best class ni. Ada student yang hyper aktif & ada yang pasif. Then, aku explore kawasan sekolah. Yang pasti aku sempat beramah mesra dengan staf yang ada kat sekolah tu. Jumpa tukang kebun, kerani, uncle  library.


 Petang tadi ada meeting untuk SSK. So, tepaksa lah join sekali. Lebih kurang jam 4 baru habis meeting. Esok, aku terlibat  AJK merentas desa daerah Tampin. So,wish me good luck untuk esok. Hahaha..

P/s- Nanti aku uploadkan pic terkini kat sekolah. Sure korang gelakan rambut terkini Prince HairiAks.. ~lol~

...Cerita Tamat...



05 February 2011

2 Hari Lagi

...Cerita Mula...

Hye all, masih belum terlambat nak wish Happy Chinese New kepada kawan-kawan. Ekceli lagi 2 hari aku nak praktikal. Risau dowh.. Dah lah aku sorang jer kat sekolah tu. Kawan aku yang lain semua ada couple masing masing. Tapi tak  kisah lah. Yang penting niat ikhlas kan.

Kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, selamat berpraktikal. Tak sabar nak datang SMKBJ.


...Cerita Tamat...