Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

20 May 2011

Jamuan Perpisahan Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Semalam satu jamuan perpisahan diadakan untuk meraikan hari  terakhir aku di sekolah. Aku tak sangka ada jamuan. Korang nak tahu kenapa? Memandangkan hari guru jatuh pada 16 Mei. Pihak sekolah dah setuju raikan hari guru sekali dengan jamuan perpisahan untuk aku. Secara tak langsung boleh menjimatkan kos. Tiba tiba ada jemputan untuk jamuan perpisahan sekali lagi. So, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.


Majis penyampaian hadiah.. Tersipu sipu En. Zuhairi menerima Hadiah daripada En. Zul.

Part 2
^
^
^
^
20 Mei 2011..
Celebrate dengan En. Sahar, Cik Zati, Cik Nusrah, & Cik Sabariah di Pizza Hut Tampin.. 


Makan sampai pecah perut.. Semua makan tak HINGAT dunia.. :)


Aku dengan President Club Staf.. Cuba korang teka.. Umur sape yang paling tua?


3 orang anak dara sunti yang masih mencari calon suami.. Boleh pilih mana satu pilihan korang.. Sorang dah ada DG48 dan 2 orang masih lagi DG41. Hahahaha..

P/s- Thanks kepada kawan kawan yang dah celebrate aku. Terima kasih belanja makan. Thanks untuk semuanya.. Doakan aku dapat posting secepat yang mungkin. Amin...

...Cerita Tamat...

Terima Kasih SMKBJ

...Cerita Mula...

Hye all, akhirnya aku berjaya menghabiskan praktikal dengan jayanya. Terima kasih kepada kepada semua yang memberi kerjasama kepada aku sepanjang 15 minggu di SMKBJ. Banyak kenangan manis yang tak boleh aku lupakan. Paling tak boleh lupa dengan student  4 ICT, 4 MPV, 3 UKM, 3 UPM dan Kelas PPKI. Kalau korang nak tahu, aku suka gila mengajar class ni. Pelajar dia sangat best.


Pic  aku bersama dengan pelajar dengan kelas PPKI.


Sesi penyampaian hadiah.. :)


Terima kasih kepada guru pembimbing Pn Hajah Siti Hawa & Tn Haji Abd Raub yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. 


Hadiah daripada club staf SMKBJ untuk majlis perpisahan aku..
Jom tengok apa dalam dia..


Thanks Club staf untuk hadiah ni.. 

P/s-Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi.

...Cerita Tamat...


18 May 2011

Surat Dari Peminat

...Cerita Mula...

Kalau korang nak tahu, aku dah peminat setia dowh. Tak payah nak masuk AF bagai. Cerita dia pada 16 Mei. Jam 7 pagi. Tiba tiba ada sorang gadis mengejar aku. "Cikgu Zeryy"!!! "Cikgu Zerry"! Sejak bila mama aku tukar nama jadi Zerry? dah macam nama anak orang putih lah pulak.. Mula mula aku wat bodoh jew. Lama lama dia datang kat aku.


Ni khas untuk Cikgu.. Amik lah.. Aku pon amik...
Bila sampai rumah.. Aku pon buka..
Korang nak tahu.. Apa kat dalam tu?
Ini dia...


Sangat terharu apabila seorang pelajar Pendidikan Khas bagi sehelai kertas yang tertulis "Selamat Hari Guru". Walaupun dia tak pandai membaca.. Dengan gigih pelajar ni menulis ucapan selamat hari guru untuk aku. Walaupun nama aku dia salah tulis.. Aku tetap hargainya... Thanks Eton...

...Cerita Tamat...

Happy Teacher's Day

...Cerita Mula...

Hye all, aku nak wish hari guru dekat cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika sampailah aku sekolah menengah. Kalau dulu aku yang meraikan guru. Sekarang aku pula yang diraikan oleh pelajar. Sangat seronok. 


AWAS!!! Jangan cakap baju ni buy 2 free 1. Ini merupakan batik rasmi sekolah aku. Walaupun tak suka, aku kena suka jugak pakai baju ni.


Ini sebahagian daripada hadiah yang aku dapat. Boleh lah kan.. Dari tak dapat langsung.. :)


Terima kasih my student yang baik hati nak bagi hadiah kat aku.. TQ daun keladi  tahun depan bagi lagi.. Sayang kat korang yang bagi Cikgu hadiah...


Antara hadiah yang aku dapat...


Hadiah ni from Erra & Farhana.. Nak tau dalam dia apa? Rahsia...


Ni dari Ina.. 


Yang ni aku dah lekatkan dalam bilik... Cantik kan? ada maksud tersirat disebalik pic ni...


Hadiah daripada pelajar 3 UKM.. 




Hadiah paling besar yang pernah aku dapat.. Hahaha.. Rindu lah dengan dia.. Miss u.. mwahhh..

P/s- Yang ni baru sebahagian dari hadiah.. Thanks kepada yang sudi bagi hadiah..Hari ni masih lagi dapat hadiah..Esok update yang lain pulak..

Kalau korang nak tau, yang bagi hadiah.. Semua student pempuan jew, dapat lah 21 hadiah tahun ni.

...Cerita Tamat...

09 May 2011

Happy Mothers Day

...Cerita Mula...

Hye all, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy Mothers Day dekat my mum. Dan dekat semua ibu ibu dekat dunia ni.  Selamat Hari Ibu..


...Cerita Tamat...

04 May 2011

Petrol RON 97 Naik 20 sen Lagi Menjadi 2.90

...Cerita Mula...

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.



Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.



...Cerita Tamat...

02 May 2011

Mood Exam

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Satu minggu aku tak update kan? Korang tak payah tanya aku pergi mana. Aku ada jer dekat sini. Tak pergi mana pon. Paling jauh pon aku pergi PD. Bukan mandi laut. Tapi pergi pesta air. Meriah dowh. Macam macam ada. Aku ingat boleh lah beli barang sampai satu lori. Hampeh.. Satu pon tak bekenan. 

Balik dari PD, terus gagahkan diri buat soalan exam. Syukur.. Siap juga.. 3 hari 3 malam aku tak tidur nak siapkan soalan. Aku paling benci kalau buat JSU. Korang yang tak amik bidang pendidikan sure tak tahu menatang apa JSU tu kan? JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian). Buat soalan ikut aras taksonomi Bloom. Sure korang pening apa yang carutkan ni. So, korang jangan nak peningkan kepala. Korang layan je lah pic aku ni. Hahahaha...


Muka budak poya tengah bler + blorrr... Hari hari kena ngorat dengan student.. ngee.. 

Sekarang hati sudah senang, sebab kerja sudah siap. So, apa lagi.. Update blog lah. Kalau korang nak tahu, esok aku jadi pengurus pasukan kawad kaki. Sure prince sun burn. Ada sape sape yang nak gantikan tempat aku? Kalau ada silakan.

P/s- Lupa nak bagi tau. Tak perasan ker blog aku dah berubah wajah? 3o minit je edit menatang ni. Nampak simple sikit kan?

...Cerita Tamat...