Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 2)

...Cerita Mula...





P/s- Mood Pemalas nak update.. Esok lusa baru nak update yang penuh... Hahahaha.. 


...Cerita Tamat..



25 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 1)

..Cerita Mula..

Hye all, Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan yang celebrate hari ni. Yeahhh.. Aku baru saja booking untuk percutian akhir tahun. Nak tahu dengan siapa? hahahaha.. Biarlah rahsia.. Tunggu entry seterusnya...  

Okaylah, lokasi pilihan Grand Lexis, Port Dickson. Kalau korang nak tahu.. Dalam bilik setiap hotel ada private swimming pool  with garden. So, tak payah nak mandi kolam terbuka punya kan.. So, bilik yang menjadi pilihan hati Grand Pool Villa. Nak tengok macam mana bilik dia? Jom...



Okay.. Ruang bilik yang boleh  memuatkan sehingga 4 orang.. Kalau gi berdua. Sure rugi kan.. 


Swimming pool  dalam bilik.. So.. Korang tak payah nak mandi kat luar kan.. Nak kuak lentang..dada.. suka hati.. Janji korang bahagia..


Pemandangan dari luar...


P/s- So.. Aku gi 30hb ni.. InsyaAllah pic seterusnya akan diupload.. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai.. Semoga dipermudahkan oleh-NYA..

...Cerita Tamat...


16 December 2011

FB Berwajah Baru..

...Cerita Mula..

Hye all.. selamat malam.. Tadi aku godek-godek FB aku.. Tiba-tiba secara tak sengaja KLIK butang "Get Timeline" Kurang beberapa saat.. Semua bertukar.. Pelik bin ajaib aku rasa.. Nak kata aku ni  jakon sangat. Tak da lah jakon.. Tiba-tiba keluar binatang pelik kat wall FB aku.. Then.. Edit punya edit.. Ni dia hasil dia..


Tengok tu.. FB pon dah macam blog Prince Hairi Aks.. Ambil masa 10 minit untuk explore binatang ni.. Alhamdulillah.. Semua dah okay sekarang..


Ni lagi pelik bin ajaib...

P/s- Aku dah tukar kepada FB Time Line.. So, korang bila lagi.. Kiranya aku orang yang terawal tukar benda ni.. :)

...Cerita Tamat...


15 December 2011

Mood Tak Puas Hati!

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Hari ni aku just nak berkongsi cerita. Cuma luahan rasa tak puas hati dengan pengurusan tempat aku buka booths. Untuk bulan December 2011. Mydin MITC telah menjadi pilihan hati. Dengan harapan ramai manusia boleh jumpa dekat situ. Tapi... Indah khabar dari rupa.. Bukan setakat tak da orang.. PANAS..

Korang tahu.. sewa tapak untuk booth yang kecil tu dah mencecah RM6000 sebulan. Mengalahkan sewa sebuah Pan house, Kondo dan hotel 3 Star. Tapak dia Cuma muat untuk 2 meja kecil je. Masalahnye aku tak da masalah dengan tapak tu. Yang menjadikan isu. Peraturan dia macam sial. Dah lah kita bayar tapak mahal-mahal. So, suka hati lah aku nak buat apa. Ni.. Tak habis-habis nak kompaun & penalty.

Contoh.. Bunting & Display rack tak boleh lebih dari 5 feet dan tak boleh lebih  2 unit. Kalau lebih ( Penalty RM50). Kepala otak dia kan.. dah tentu booths kita.. suka hati lah nak letak berapa banyak.. Coz tapak tu aku bayar..

Kalau ada trolley or bakul biru dekat kawasan booth... Saman RM100.. Then, dekat booth tak boleh  lebih dari 4 orang dalam satu masa.. Yang part ni aku paling tak puas hati.. Peraturan macam bodoh..

Contoh lain, kalau korang kena jage booth sorang-sorang. Tiba-tiba nak gi toilet or solat.. Kalau booth tu kosong.. korang kena penalty RM50 walaupun letak tanda break or solat. Macam tak adil kan.. Bila bayar lewat tahu pulak nak bising-bising...

Lagi satu.. Nak makan kat booth pon tak boleh.. Kalau pihak pengurusan nampak.. Penalty RM50.. Aku pon tak tahu kat mana hak-hak penyewa.. TESCO lebih 1 juta kali baik pengurusan dari MYDIN.. So, lepas ni sesiapa yang nak buka booth kat MYDIN pikir lah 10 kali.. Peraturan dia lebih teruk dari tahanan dalam penjara..

P/s- Patut lah MYDIN ni kaya semacam.. Kaya dekat sewa booth dengan penalty orang... Serious menyesal sewa kat situ... Next time lebih baik sewa kat TESCO.. nak datang lewat, makan, tidur or bawa beratus orang pon TESCO tak kisah.





...Cerita Tamat...


08 December 2011

Bersukaria kat River Cruise Melaka

...Cerita Mula...

Hye all, selamat malam.. Ekceli aku masih dalam mood kurang sihat..Batuk Vs Flu.. Biasa lah.. cuaca tak menentu kan.. Walaupun demam aku still lagi boleh gi bersukaria dengan kawan-kawan.. Mangsa utama sudah semestinya my best friends.. Mr. Ayie & Miss Izah.. Dua-dua single & not available.. okay.. Tanpa dirancang aku terus ke River Cruise Melaka.. Tapi aku naik dari Taman Rempah.. So, korang tengok je lah pic ni...


Okay.. Perjalanan menyusuri sungai mengambil masa 45 minit.. Dan bayaran RM10 untuk tiket biasa.. dan RM20 untuk tiket VIP.. Macam biasa, tengah-tengah bulan ni ofcoz lah amik tiket biasa-biasa kan.. :)


Cantik kan.. Pemandangan semasa naik bot ni.. 


Yeah.. Eyes on Melaka.. benda ni aku dah pernah naik 3 kali.. Serious memang cantik kalau naik waktu malam..


Kincir air Melaka.. 




P/s- So.. sape-sape yang belum pergi.. jangan lepaskan peluang.. Memang best..Pasti ia akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa sahaja..

...Cerita Tamat...



04 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 3

...Cerita Mula...





P/s- Malam ni tak da mood nak cerita, esok or lusa baru cerita ek. Penat baru balik kerja..

...Cerita Tamat...



Happy Birthday Prince HairiAks PART 2

...Cerita Mula..


Bila dapat hadiah ni.. Terus diam tak terkata.. 10 kali fikir nak ambil or tak... Apa-apa pon.. Orang dah bagi.. Ambil je lah..


Tahun lepas, hadiah ni yang paling special.. Dalam dia bear yang sangat besar.. Tapi tahun ni.. 30 kali ganda special dari tahun lepas.. Korang fikir lah sendiri apa yang aku dapat.. :)


P/s- Thanks kepada someone yang bagi hadiah ni..Hadiah yang sangat bermakna.. 1st time dapat hadiah macam ni.. Korang teka lah apa dia.. Panjang kotak 40 cm, Lebar 30 cm. Aku tak boleh bagi tahu.. :)

...Cerita Tamat..

03 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 1

...Cerita Mula...

Hye all, semalam my birthday.. 02 DECEMBER 2011. Birthday aku  yang ke 24 Tahun. Tua dah kan? Okay, memandangkan birthday aku jatuh pada 2 DEC 2011. Aku tak dapat cuti. Balik kerja pon jam 10 Malam. Lepas je habis kerja kawan-kawan office ajak  celebrate. Lokasi pilihan Medan Selera Ikan Bakar, Alai, Melaka. So, korang layan lah pic ni..


Haha. Happy Birthday Brother ZUHAIRI.. Skema gile ayat dia orang. Ekceli kawan-kawan office panggil aku ZUHAIRI.. Nama penuh lagi.. hahaha.. Yang tak boleh blah.. Kek tu.. Gambar MICKEY MOUSE..  Auwwwwww... So sweet..



Okay.. Prince dengan Mr. Syuk & Miss Ana.. 


Hanis & Shahril


Ekceli tak semua kawan-kawan office yang join.. Cuma 5 orang termasuk aku.. Walaupun tak ramai.. Still meriah lagi.. Koranng Tengok tu, tak cukup ruang nak letak makanan atas meja tu..




Menu Malam Tadi..

Nasi Putih
Nasi Lemak
Fresh Oren
Kailan Ikan Masih
Kerang Rebus
Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Sambal
Ikan Pari Bakar Sambal
Ketam Goreng Kunyit
Ikan Cencaru Bakar

P/s- Okay.. Thanks kawan-kawan office yang sudi celebrate birthday prince.. Hari ni aku dapat cuti..So,  ada date dengan someone.. & kawan-kawan yang lain.. ( mood menunggu hadiah dari someone). lol... Tunggu part 2 pulak ek.. Lokasi JUSCO & Mahkota Parade, Melaka.

...Cerita Tamat...

01 December 2011

Prince Dah Jadi Pak Ngah?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Ekceli aku nak bagi tahu korang semua yang aku dah dapat anak buah. Anak buah pertama . Aqil Zawir bin Amirul Husni. Selamat dilahirkan pada 30 November 2011, Jam 1.28 PM di KPJ Seremban, Negeri Sembilan.


Ni dia AQIL, sangat comel. Macam Pak Ngah dia.. Cute dan chubby.. (mood perasan).
Berat dia 3.01 kg..

P/s- Seronok dah jadi Pak Ngah ni.. Lepas ni dah boleh ajak AQIL  jalan-jalan.. :) 

...Cerita Tamat...