Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

15 December 2011

Mood Tak Puas Hati!

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Hari ni aku just nak berkongsi cerita. Cuma luahan rasa tak puas hati dengan pengurusan tempat aku buka booths. Untuk bulan December 2011. Mydin MITC telah menjadi pilihan hati. Dengan harapan ramai manusia boleh jumpa dekat situ. Tapi... Indah khabar dari rupa.. Bukan setakat tak da orang.. PANAS..

Korang tahu.. sewa tapak untuk booth yang kecil tu dah mencecah RM6000 sebulan. Mengalahkan sewa sebuah Pan house, Kondo dan hotel 3 Star. Tapak dia Cuma muat untuk 2 meja kecil je. Masalahnye aku tak da masalah dengan tapak tu. Yang menjadikan isu. Peraturan dia macam sial. Dah lah kita bayar tapak mahal-mahal. So, suka hati lah aku nak buat apa. Ni.. Tak habis-habis nak kompaun & penalty.

Contoh.. Bunting & Display rack tak boleh lebih dari 5 feet dan tak boleh lebih  2 unit. Kalau lebih ( Penalty RM50). Kepala otak dia kan.. dah tentu booths kita.. suka hati lah nak letak berapa banyak.. Coz tapak tu aku bayar..

Kalau ada trolley or bakul biru dekat kawasan booth... Saman RM100.. Then, dekat booth tak boleh  lebih dari 4 orang dalam satu masa.. Yang part ni aku paling tak puas hati.. Peraturan macam bodoh..

Contoh lain, kalau korang kena jage booth sorang-sorang. Tiba-tiba nak gi toilet or solat.. Kalau booth tu kosong.. korang kena penalty RM50 walaupun letak tanda break or solat. Macam tak adil kan.. Bila bayar lewat tahu pulak nak bising-bising...

Lagi satu.. Nak makan kat booth pon tak boleh.. Kalau pihak pengurusan nampak.. Penalty RM50.. Aku pon tak tahu kat mana hak-hak penyewa.. TESCO lebih 1 juta kali baik pengurusan dari MYDIN.. So, lepas ni sesiapa yang nak buka booth kat MYDIN pikir lah 10 kali.. Peraturan dia lebih teruk dari tahanan dalam penjara..

P/s- Patut lah MYDIN ni kaya semacam.. Kaya dekat sewa booth dengan penalty orang... Serious menyesal sewa kat situ... Next time lebih baik sewa kat TESCO.. nak datang lewat, makan, tidur or bawa beratus orang pon TESCO tak kisah.





...Cerita Tamat...


3 comments:

SufatihaNur said...

sabau ye...mmg cam gampang pun peraturan dia...hehe

HairiAks said...

Hahaha.. tahu tak apa. Tapi nak tak nak.. tepaksa habiskan untuk 1 bulan..coz dah bayar sewa...

CtEdzreena said...

waah...scarynya.....baru plan....