Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

17 April 2012

Aku dan Pizza Hut

...Cerita Mula...

Hye... Assalamualaikum... Petang ni, aku nak berkongsi cerita dengan korang semua. Ceritanya bermula apabila aku bawa anak-anak aku makan Pizza Hut dekat Tampin Negeri Sembilan. Untuk makluman semua.. Bukan anak kandung atau anak angkat.. Tapi... Anak-anak dibawah jagaan aku di asrama putera.

Ekceli aku bawa seramai 10 orang pelajar dan sorang warden.. Setelah selesai makan aku pon mengeluarkan kad debit untuk membuat pembayaran.. Tujuan aku pakai kad debit untuk dapatkan diskaun 30% untuk Pizza baru.. 

Okay lah.. Bila sampai di rumah.. Tiba-tiba tergerak hati aku nak buka maybank2u.. Bila buka.. Aku tengok terdapat dua transaksi untuk pembayaran Pizza tersebut... Then, aku call customer service..  Apa yang   membuatkan aku terkejut bila customer service cakap kad yang aku guna... bukan kad aku... Aku pon rasa pelik bin ajaib.. Sebab kad tu memang aku punya.. Bila tengok semula... Memang betul.. Kad yang cashier tu pulangkan bukan kad aku. Kad orang lain.. Then, kad aku.. Orang lain yang ambil..  Malam tu juga aku terminate kad debit aku.. Lebih kurang jam 1 pagi aku call pizza untuk membuat aduan.. Aku pon tak pasti macam mana cuainya cashier tersebut sampai kad aku pon dia salah bagi...

Alhamdulillah.. Sebagai seorang yang profesional.. Aku tak da lah nak maki-maki sangat macam sebelum ni.. Aku just mintak ganti rugi untuk duit yang telah ditolak dengan wang proses buat kad baru beserta dengan ganti rugi trauma... :) Semua aku dapat.. Pada keesokan hari juga staf Pizza tersebut datang ke sekolah aku untuk selesaikan masalah tersebut...







P/s- Korang yang nak bayar guna kad debit or kredit.. Tolong berhati-hati ketika terima kad tersebut. Pastikan sign di belakang kad tersebut merupakan sign korang semua... Serious aku dah trauma nak bayar guna kad debit setelah apa yang berlaku tempoh hari...

...Cerita Tamat...

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

erk takot gak hurmm.. biasa gak x bawak cash ni.. guna kad jer #nanges

wanzafirah said...

Susah jugak kan ? Hisyhh. Tapi alhamdulillah semuanya dah settle. Lain kali kena berhati hati lah :)