Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

04 November 2012

Istanbul Aku Datang versi Prince Hairi Aks

...Cerita Mula...




Hye semua... Malam ni aku nak story sikit pasal siang tadi. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tengahari tadi aku sempat meluangkan masa nak jumpa my best friends kat Melaka. Kebetulan kawan aku buka booth kat Mydin MITC Melaka. Dipendekan cerita. Aku bawa lah students aku dalam lima orang. Zakwan, Ali, Zul, Akma dan Naim.(Budak-budak ni semua form 3) baru merdeka dari PMR. Ekceli dia orang ni tengah kebosanan tahap dewa. 

Bila sampai Mydin aku biarkan students aku untuk buat hal masing-masing. Dan aku pon jumpa lah dengan kawan-kawan. Kebetulan pula, ada road tour untuk filem ISTANBUL AKU DATANG kat pentas utama Mydin. Dah alang-alang ada artis datang aku pon tengok lah sekejap. Tiba-tiba muncul Alya Hot Fm atas stage. Selang 10 minit keluar pula Tomok dengan Lisa Surihani. Mula-mula agak teruja lah.. Tengok dia orang huha huha atas stage tu. Terus melekat aku kat situ. kawan-kawan aku pon dah hilang.

Aku pon duduk di celah manusia yang berpusu-pusu nak tengok artis. Biasalah.. kot artis tak popular datang  pon. Sure akan penuh kat Mydin tu. Mula-mula Lisa pangil siapa yang nak belakon naik di atas pentas.. Kalau korang nak tahu.. Punya lah ramai yang nak naik.. Sampai Lisa terpaksa buat pilihan. Aku macam biasa lah.. Orang low profil ni tak suka nak menonjolkan diri. Sedang aku asyik melayan perasaan kat orang ramai tu.. Tiba-tiba Lisa & Alya panggil aku. Time tu.. hanya tuhan yang tahu perasaan aku.. Rasa macam nak larikan diri dari tempat tu. macam nak tercabut jantung, limpa, pedal, buah pinggang aku. Memang tak pernah terfikir akan naik stage. Kalau korang nak tahu.. Aku ni ada darah gemuruh sikit.. Tapi malang sekali.. Aku tak boleh nak lari.. Sebab dah dikepung oleh krew Istanbul tu. Dengan paksa rela.. Aku pon naik.( Tak nak.. Tapi mahu.. )

Ekceli lima orang kat atas stage. Aku salah sorang. Yang baju biru kat atas tu.. Tak lain tak bukan En Prince. Aku rasa ini kali pertama aku belakon dengan artis yang agak hot lah juga kat Malaysia.. Ikutkan hati teringin nak belakon dengan Kajol atau  Karisma Kapor ke... 


Ekceli aku kena melakonkan watak sebagai boyfriends LISA.. Dan aku kena pujuk Lisa supaya datang semula kepangkuan aku. Macam jiwang je kan.. Yang si Tomok ni pula telah merampas Lisa dari aku. Kalau korang nak tahu.. Aku pon tak tahu apa yang aku dok carut atas pentas tu. Macam syok sendiri pon ada... Walupun belokan bangang-bangang.. Dapat juga top 3... Last sekali dapat no 2 dari 5 orang.  

Masa ni berlaku agedan yang agak romantik.. Dapat pegang sikit-sikit. Serious aku cakap dengan korang. Bila balik dari Melaka.. Aku belum mandi... Tadi Lisa pegang tangan aku.. So, takut bau dia hilang.. LOl...  confirm tak tidur malam...


Aksi bersama LIsa & Tomok.. Sorry lah... Pic tak clear.. sebab pakai hp cap ayam time ni.. Bukan aku yang tangkap...


Ni aksi mengedik, pujuk rayu.. belai-belai.. Susah juga nak bagi Lisa ni cair..


Gaduh manja dengan Tomok.. So sweet... :)


Ni dia hamper yang aku dapat.. Makan lah Maggi sampai muntah-muntah... Makan Maggi.. Tidur maggi.. minum maggi.. mandi maggi... Itu lah tema untuk minggu ni,...


P/s- Aku telah berjaya memalukan diri depan beratus-ratus orang kat Mydin tadi. Lepas ni.. Trauma nak tgok benda macam tu.. Trauma... Trauma... Trauma....

...Cerita Tamat...

No comments: