...Cerita Mula...
Pada 2 Disember 2012. Memang tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Yelah.. Masa ni hari jadi aku. Then, aku boleh pulak pergi bersukaria dengan kawan-kawan kat Medan, Indonesia. Serious aku cakap, kalau pasal melancong ni aku tak berapa nak pro. So, aku serahkan sepenuhnya kepercayaan kepada kawan-kawan untuk uruskan. Aku just bayar. Dari tiket, hotel, pengangkutan dan juga pakej. Semua dia orang uruskan.
Okay..Perjalanan ke Medan mengambil masa 50 minit sahaja dari LCCT.Time ni flight delay 30 minit. So, sampai Polonia International Airport, Medan pukul 6 petang. Ekceli waktu di Medan lewat 1 jam. Kalau di Malaysia jam 7, di Medan jam 6 petang. Bila sampai di airport aku disambut oleh Pak Danu. Pak Danu ni muda lagi.. Kira pangkat adik-adik je kat aku. Sepanjang 4 hari di Medan. Aku ditemani oleh pemandu pelancong Pak Danu.
Untuk dinner.. Aku dibawa ke Restoran Ayam Pop yang terletak di Bandar Medan..
Ini menu yang dihidangkan.. Makan ni dah termasuk dalam pakej yang aku bayar.. So, makan lah sampai muntah-muntah.. tapi serious aku cakap.. Masakan sini semua pedas-pedas.. Rasa nak tercabut anak lidah aku... Pedas dia luar biasa...
Setelah selesai makan.. Terus gi Hotel. Untuk hari pertama.. Hotel Alpha Inn telah menjadi pilihan... Hotel dia kira okay lah.. Aku tak suka dekat pintu toilet.. Nak tau sebab apa..? Bila mandi.. Orang luar boleh nampak kita kat dalam.. Memang rimas aku... Kena pulak tutup lampu bilik air..
Dua katil single.
Tiba-tiba ada kejutan dari kawan-kawan.. time ni lah nak celebrate birthday aku... Ekceli kek ni beli kat seberang jalan hotel... jalan nak gi kedai kek ni memang penuh pancaroba.. vs dugaan.. dengan jalan yang jem... jejantas yang hidup segan mati tak mahu... Habis makan-makan.. Apa lagi.. terbungkang semua.. Terus diulit mimpi...
P/s-So. tunggu entry hari kedua di Medan ek...
...Cerita Tamat...
3 comments:
bestnye dapat berjalan.. ada surprise lagi..
hee btw, happy belated birthday.. eh? err hee :D
Mmg best kn..jom p instanbul..
Best uh..jom kita p instanbul..
Post a Comment