Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

11 December 2012

Trip Medan Indonesia, Part 4

...Cerita Mula...

Okay.. Seperti yang dijanjikan.Dah masuk hari ketiga aku di Medan.. Untuk hari ketiga, Masih lagi di sekitar Danau Toba. Seawal jam 7 pagi  aku dah turun breakfast. Then terus check out. Misi untuk hari ini ke Samosir Island. Tempat yang agak mencabar. Dimana aku akan akan melawat tempat kaum Batak, makam dan muzium untuk kaum Batak. Pada masa dahulu tempat ni terkenal dengan orang makan orang. Ngerikan.. Sebenarnya ngeri gak nak pergi tempat ni.. Tapi, gagahkan diri untuk pergi walaupun berat kaki nak melangkah pergi. Perjalanan mengambil masa 45 minit dengan menaiki feri.



Snap pic dulu sebelum turun breakfast.. Hahahah..


Atas feri.. Biasa-biasa je feri dia.. Nak pijak lantai pon agak ngeri.. Sini lubang.. sana lubang..



Time ni bajet macam pelancong dari Nepal kau..


At Jeti Danau Toba.. Tunggu masa untuk berlepas... Please tengok pic aku tiga orang je.. Yang sebelah kiri tu orang tengah berbulan madu... 


Kebiruan dan kehijauan air tasik...


 Perkampungan batak.. Penerangan oleh pemandu pelancong.. Aku pon tak faham sangat apa yang dia dok carutkan.. Just angukan kepala jew..



Demo untuk hilangkan ilmu hitam seseorang.. Sebelum seseorang dibunuh dan daging dibuat satay.. Macam best je kan.. Satay daging manusia.. Yekkss...



Rumah Kaum Batak.. Boleh muat sehingga 20 orang...


Aku paling tak suka masa ni.. Dipaksa beli barang dengan harga yang terlalu mahal.. Dipujuk rayu oleh wanita Batak.. Bayangkan dia sanggup pegang tangan korang.. Then, sampai melutut suruh korang beli barang-barang yang dijual..Selagi tak beli..Selagi tu dia dok kat korang..Rimas kau... Aku beli pon sebab kena paksa rela...


Perjalanan diteruskan... Kami pergi ke Pulau yang berhampiran untuk melihat Makan Raja Batak.. Perkampungan Siallogon Ambarit. Disinilah terletaknya makam Raja Sidabutap Tomb. Nak sebut pun susah nama dia..


kusyuk semua orang dengar penerangan.. Serious aku tak fokus time ni.. Sebab Pak Danu wat lawak.. Dia cerita sejarah lain kat aku..


Ni perjalanan pulang ke jeti...Muka penat.. Muka marah sebab beli barang kena tipu.. Untie Batak telah menipu kami... Arghhhh... Stresss...


Tiga bujang telajak...


Muka gayat naik feri.. Ko ada? 


Lunch di Restoran Istana Minang 2 Parapat, danau Toba...


Semua masakan pedas...  Yang pasti.. Pucuk ubi mesti ada.. tak suka..tak suka...


Aku with En. Danu.. Pemandu pelancong yang sangat best.. Suka bagi teka-teki dengan ceritakan sejarah Indonesia...


Dalam perjalanan ke Air Terjun Sipiso-piso.. Singgah kejap di ladang kopi.. So... Snap pic lagi.. Yang kat bawah tu ladang kopi... Ditanan di lereng bukit...


Perjalanan diteruskan.. Kami berhenti di Simarjarunjung.. kat sini paling popular goreng pisang & teh halia.. Sempat mencuba.. Hasilnya berjaya mengeluarkan kentut gred A dalam keta...



Teh Halia.. Memang tak sedap.. 


Dalam kedai tu.. Ada ukiran.. Korang nampak tak apa yang aku nampak.. ngee...


Bergambar sebelum perjalanan diteruskan ke Air Terjun...


Yeahhh.. Sampai dah.... 


Air terjun Sipiso-piso.. Air terjun yang paling tinggi di Medan... Kalau nak turun bawah mengambil masa 1 jam.. So.. Tak larat atok nak turun Di Non oi... Cukuplah setakat di pertengahan bukit.. Itu pon separuh nak mati nak sampai lokasi pegambaran...


Amik kau.... Masa nak amik gambar ni... Jalan yang perlu dilalui sangat berliku.. Dengan nyamuk gred A+ dok hisap darah... Sampai atas.. Kulit dah macam kena Chicken pop... 


Empat hero Malaya... Yang bajet hot & spicy.. lol..


Masa untuk Dinner pula.. Ini kat Green Garden Hotel, Berastagi, Medan...


Sepanjang 3 hari kat sini.. Makanan kat sini yang paling best... Sebab tak de pucuk ubi... :)


Setelah selesai makan.. Kami terus ke Berastagi..Ekceli dah larut malam.. Singgah beli barang.. then terus balik ke Hotel semula.. Hari ketiga stay  di Alpha Inn, Medan...

P/s-Okay... Penat nak taip dah.. Nanti update lagi untuk part 5 pulak.. Ini pon update dalam paksaan sebab ada kawan-kawan yang nak tengok pic... So, aku tak nak  mengecewakan rakan-rakan.. Update apa yang mampu.. Semoga korang enjoy baca blog aku yew.. Thanks...

...Cerita Tamat...

3 comments:

Unknown said...

bestnye!!!

RedRose said...

bila laaaa I nak pegi bercuti mcm ni kan? mesti release semua tension. T__T

Anonymous said...

Mkn la yer..gue ngk mkn ikn keli nie....