Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

02 June 2010

Mood Kuning Mengatasi Mood Merah dan Hijau!!!

...Cerita Mula...


Tahniah!!! Mood kuning berjaya mendahului dalam mood harian aku. Setelah kajian dilakukan  sendiri oleh Prince Hairi melalui mesin yang dicipta oleh Doraemon pada minggu ini. Mood Kuning sebanyak 70%, Mood Hijau 20% dan Mood Merah 10%. Keseluruhan 100%.Terima Kasih kepada mereka yang membuatkan Prince Hairi bahagia dan sentiasa tersenyum. 

...Cerita Tamat...

Persatuan " BUSYBODY" Sedunia!!!

...Cerita Mula...
La la la.. Aku rasa seronok nak post entry pasal "BUSYBODY" ni. Aku pon tak tahu kenapa. Secara rasminya aku menyokong 780% untuk membubarkan persatuan "BUSYBODY" ni. Oh, geramnya aku. Rasanya tak perlu nak jaga tepi kain orang lain, tak kira lah kain langsir, baju, cadar & kain dalam orang. Boleh ke tidak?


Dipendekan cerita, aku rasa kurang selesa dengan 2-3 ekor Dugung Bunting ni. Mesti U All nak tahu sebab apa kan. Ha ha ha mari sini ramai ramai, aku nak mengutuk dia. Buka telinga besar besar. Semua dah ready kan? Kepada Dugung tu, engkau ingat diri kau tu cantik sangat, cute, comel, kacak, handsome, lawa & VOGUE. Jawapan dia tidak.  Tidak tidak tidak. Tapi kau selalu perasan kan? tak apa lah, sebab tak ada orang  yang nak puji kau. Tu sebabnya ko gedik ditahap luar biasa. Lebih gedik dari Orang Utan dekat Sepilok.

Dah lah penipu, pembohong, pengdengki, pengkhianat, pelahar dan macam macam "PER" lagi. Mulut jahat, neraka sangat mulut tu, lebih busuk dari longkang. And then, suka menyibuk pasal diri aku ni. Apa salah aku, agaknya aku pernah tolak cinta engkau ke? aku rampas kebahagian kau? sampai kau tak puas hati sangat dengan aku? hahaha yang pasti setiap apa yang aku lakukan mesti akan dipertikaikan oleh kau.

Kepada Dugung yang perasan cantik dan VOGUE tu. Ukur baju dekat pinggang sendiri. Kalau rasa nak menyibuk pasal diri aku, tolonglah... Aku tak  suka ok. Aku tak pernah nak minta, pinjam, pakai duit engkau. Pakaian, makan, minum dan duit belanja aku pon bukan kau yang bagi.

Mama, Papa, Kakak & Adik aku yang bagi duit dekat aku bulan bulan. Lebih dari duit PTPTN yang aku dapat setiap sem. Lepas ni, jangan lah suka suka buat gosip liar atau menyibuk dengan siapa aku nak kawan. Engkau ingat aku ni Pisau Cukur Versi Lelaki apa. Ha ha ha.. Jaga diri kau dulu sebelum nak "BUSYBODY" pasal orang lain. Boleh?

...Cerita Tamat..

31 May 2010

Tawaran Berganda Untuk Prince Hairi & Kawan-Kawan!!!


...Cerita Mula...

Horay.. Horay.. Horay... Buat pertama kali aku dapat berita gembira dari bos, aku pon tak tahu nak cerita macam mana. Ok, sebenarnya macam ni. Lepas je dari lunch aku pon buat kerja macam biasa. Tiba-tiba dapat surat tawaran untuk kerja luar. Nak tahu  pergi mana? nak.. nak.. Aku bukannya nak menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi cerita je. Tidak lebih dari tu. Ok jom layan cerita aku.

Aku salah sorang yang terpilih mewakili syarikat untuk ke Shanghai, China pada 21 Jun hingga 27Jun. bersama dengan lima orang rakan yang lain. U All jangan ingat aku nak pergi bersukaria sambil makan angin. Sebenarnya aku pergi  untuk menjalankan beberapa projek yang akan dijalankan di sana serta membuat promosi untuk produk yang dikeluarkan oleh Syarikat aku.


Memang berbaloi apa dengan jawatan yang aku pegang sekarang.. Eksekutif Pemasaran, ha ha ha  macam nak bangga diri lah pulak... sabar sabar sabar Prince Hairi.. tak baik riak... Yang pasti Aku, Helmi, Albinus dan Jasmie turut terpilih untuk kesana selama 1 minggu. Yang paling aku suka tahap dewa bila dapat naik flight Bisnes Class. Oh tidak... tidak.. aku tengah happy ni.. tolong aku...

Bukan setakat dapat pergi bercuti, tapi dapat elaun lagi 1 hari RM200. Aku nak tanya U All, bodoh tak kalau aku tolak tawaran ni. Jawapan mesti mudah, Sah sah lah bodoh. Peluang datang sekali je, nape kita perlu tolak, betul tak? TQ kepada Ahli Lembaga Pengarah yang telah memilih kami berempat. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayat.

P/s- Kepada kawan-kawan doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun 1 minggu Prince Hairi tak da, aku akan pastikan blog di update hari hari. Ha ha ha 

...Cerita Tamat...