Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

03 January 2011

Tertekan With Someone

...Ceita Mula...

Salam semua, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy New Year dekat korang . U know, Prince tak da masa nak update blog. Line streamyx masih lagi problem. Dah berkali kali buat aduan tapi masih tak da tindakan susulan. Biasalah, kes kes terpencil memang macam ni. Memang lembab dia orang bertindak. Agaknya makan gaji buta kan.?

Selamat ada cc yang agak lembab dekat My Kg ni. Boleh juga update blog. Kalau tak, kompom my blog dah berkulat kan? Ok lah, sebenarnya aku sangat marah dengan manusia yang agak plastik, Tipuware, Papaware & Mamaware ni. Tak habis habis nak gangu hidup aku.

Kalau korang nak tahu, dalam diam diam dia tikam aku dari belakang. Kiranya dia ni musuh dalam selimut . Kalau korang tak faham sila buat buat faham okie. Sanggup dia burukan aku dekat orang lain, Then fitnahkan aku pulak. Apa nak jadi dengan budak sekarang ni. Harapkan ada degree jer tapi otak letak dekat kaki.

Yang aku nak marah tahap dewa, ada juga yang suka mungkir janji. Janji is Penipu. Penipu is Janji. Kalau dah berjanji, SILA PEGANG PADA JANJI OKIE. Aku paling benci dengan orang yang mungkir janji. Tapi tak apa, aku bagi lagi SATU PELUANG. Kalau lepas ni dia mungkir JANJI. WAIT & SEE... ( mood nak ugut orang.. hahahah) 
 
P/s- Betul ke? Kalau cemburu tandanya sayang? Ada sebarang komen? Perlukah kita nak berpura pura baik depan orang yang kita sayang, sedangkan kita sentiasa kena tipu dekat dia? So, Tepuk dada, tanya selera.

...Cerita Tamat...

27 December 2010

Bila Kaki Tersepit Di Eskelator

...Cerita Mula...

Hey all, semalam aku sempat shopping di Melaka. Banyak juga tempat yang aku pergi. Mahkota Parade, Dataran Pahlawan & Melaka Sentral. Dipendekan cerita, bila sampai di salah sebuah shopping di Melaka Sentral ( Shopping yang agak besar dan debom). Bermulah peristiwa  yang agak menghayat hati.

Masa aku dengan My Sis sibuk memilih jam tangan.Tiba tiba orang ramai menjerit & berpusu ke eskelator (Tangga Begrerak) berdekatan kedai Jam. OMG, seorang kanak kanak Cina tersepit kaki di eskelator. Hampir 1 jam lebih barulah dapat dikeluarkan. 

  
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan  mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal. Korang  tahu, separuh nak mati  budak tu menjerit kesakitan. 


Lebih kurang macam ni keadaan pada masa tu. Bayangkan kaki tersepit dicelah eskalator. Memang sakit kan? Kalau  aku yang tersepit macam ni, kompom koma 3 hari 3 malam. Boleh trauma dowh. Mati hidup semula pon aku tak hingin  naik  eskelator. Aku rela  guna tangga or lif.


Yang ni pic orang tersepit jugak, akibatnya kaki dia hancur & cacat. Tak pasal pasal , malam tadi aku  mengigau pasal budak tu.

P/s- Aku nak pesan dekat diri aku & korang semua. Lepas ni, kalau nak naik eskelator... TOLONG  berhati hati. Kalau boleh, elakan pakai selipar Crocs, Jepun & apa apa selipar jenis getah. Tak lupa juga kepada mak & bapak bapak dekat luar tu. Korang pastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan selamat.

...Cerita Tamat...

25 December 2010

Selamat Hari Natal

...Cerita Mula...

Salam semua, rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Natal kepada mereka yang sambut hari ni. Walaupun tak semeriah hari raya puasa. Aku pon celebrate juga. Biasalah 1 Malaysia kan? So, semua perayaan aku sambut. So, jom kita ramai-ramai pergi rumah terbuka Hari Natal kat Kg. Portugis, Melaka.

Tahun ni nasib aku sangat malang. Aku celebrate Hari Natal dalam keadaan kesakitan. Korang nak tahu tak. Boleh aku terlangar bucu katil. Sakit dowh... Habis koyak kaki aku. Kena 14 Jahitan. Darah banyak sangat. Kaki aku koyak rabak. Jatuh saham Prince. U know, kompom akan berparut kaki aku. Lepas ni kompom tak makan kicap.

Masa kena tu, aku rasa macam nak pitam. Tapi kan.. Aku buat buat tak sakit jer. Biasalah, tak kan aku nak jerit jerit macam orang gila kan? Lepas makan ubat, jahit & balut. Terus tidur, Pagi tadi dekat jam 11 baru bangun.

P/s- Sakit sakit kaki. Sakit lagi hati aku. Tak ada mood nak upload pic untuk entry kali ni. Sekarang masih dalam mood berkabung. Nak tahu kenapa aku sangat emo. Wait & see.. Tengah mengumpul bukti. Tengah menjadi spy. Tengah memikirkan sesuatu. Renung renungkan dan selamat beramal. :-)

...Cerita Tamat...