Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 December 2010

Bila Kaki Tersepit Di Eskelator

...Cerita Mula...

Hey all, semalam aku sempat shopping di Melaka. Banyak juga tempat yang aku pergi. Mahkota Parade, Dataran Pahlawan & Melaka Sentral. Dipendekan cerita, bila sampai di salah sebuah shopping di Melaka Sentral ( Shopping yang agak besar dan debom). Bermulah peristiwa  yang agak menghayat hati.

Masa aku dengan My Sis sibuk memilih jam tangan.Tiba tiba orang ramai menjerit & berpusu ke eskelator (Tangga Begrerak) berdekatan kedai Jam. OMG, seorang kanak kanak Cina tersepit kaki di eskelator. Hampir 1 jam lebih barulah dapat dikeluarkan. 

  
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan  mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal. Korang  tahu, separuh nak mati  budak tu menjerit kesakitan. 


Lebih kurang macam ni keadaan pada masa tu. Bayangkan kaki tersepit dicelah eskalator. Memang sakit kan? Kalau  aku yang tersepit macam ni, kompom koma 3 hari 3 malam. Boleh trauma dowh. Mati hidup semula pon aku tak hingin  naik  eskelator. Aku rela  guna tangga or lif.


Yang ni pic orang tersepit jugak, akibatnya kaki dia hancur & cacat. Tak pasal pasal , malam tadi aku  mengigau pasal budak tu.

P/s- Aku nak pesan dekat diri aku & korang semua. Lepas ni, kalau nak naik eskelator... TOLONG  berhati hati. Kalau boleh, elakan pakai selipar Crocs, Jepun & apa apa selipar jenis getah. Tak lupa juga kepada mak & bapak bapak dekat luar tu. Korang pastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan selamat.

...Cerita Tamat...

9 comments:

Aesya Zealous said...

aiseh..menyeramkan!! kene hati2 nak escalator ni

HairiAks said...

Aesya Zealous..
Btul tu.. kena ati2.. jgn smpai tsepit.. ngee..

|| NaFiRaa || said...

errkkk.. seramnye~

Lyena Vee said...

owh, ngeri sangat okeh

Hizami Li said...

adeh.
tak tersangka pulak benda ni boleh terjadi.
menakutkan.
=.=

Anonymous said...

mmg seram time tu aku pon ade kat ctu gak dgr jeritan bdk tu....membuatkan hati meruntum sedih...dgn ade pergaduhan kecil kat ctu akibat amik gambar dlm kul 10 suku bdk tu bru berjaya d kluarkan....td aku g shopping mall pun aku x naik escalator aku naik lif aku dah mcm fobia....

@reltzsensei said...

u..ngerinyer..takut i lor..huk3...

Anonymous said...

uh..dasat..gile sakit..mau xmenjerit..dulu pernah kaki kne gelek ngan tayar kete..tp xingt sakit ke tak..mse kecik2 la katekan..haha

Aida Azryn said...

eee.. menakutkan lah! T-T