Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kita bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kita akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.
1. Perasan semua awek suka pada kita – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kita mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kita terlalu konfiden. Kita ingat awek tadi senyum sebab kita memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kita atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi. Hak3….
2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kita penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kita dah lama single. Ataupun kita asyik makan kat luar je.
3. Kita banyak sangat main games – Counterstrike? Facebook- FarmVille,FishVille,Farm Pals.. Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kita dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kita dah ada awek nanti kita dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kita dan rosakkan peluang kita nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usaha perempuan?
4. Kita meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kita telah terlalu lama single? Kita menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kita seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kita yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kita yang sedang desperate nak berawek.
5. Kita mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kita sedang menaip nama ex-girlfriend’s di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.
Cukuplah setakat ini untuk harini, nantikan lebih banyak tips dari Blog Prince Zuhairi. Kalau ada lagi nak tambah berkenaan topik hari ni silalah komen dibawah, jangan segan-segan.
2 comments:
tuan putera,
tips ni boleh tak aplikasikan utk kaum hawa????
mcm knl je habit2 mcm nih????
kaum hawa pon mengaplikasikn teknik mcm nih....
x caye g lah survey!!!
Post a Comment