...Cerita Mula...
Hye all,ekceli aku nak bagi tahu satu dunia, seluruh benua Afrika & Eropah yang aku dah dapat scandal baru. Wow.. Memang cantik.. Memang cute.. Memang gebu.. Memang runcing.. Memang muncung tirus.. Memang tinggi.. Memang kurus.. U know, macam pakej 10 in 1. Semua lengkap.. Apa yang tak da..? Semua ada..Urmmm.. Soalan lazim dari kawan kawan aku. Dapat kat mana scandal tu? So, macam biasa lah.. Aku mula buat cerita bohong.. Siap tambah kicap, gula, MSG, dengan sos tiram lagi..Dipendekan cerita aku dah macam belangkas sangat.. Pergi mana mana mesti dia ikut.. Kadang kadang rasa nak bosan pon ada.. Tapi aku terpaksa dan dipaksa bawa scandal tu. Korang yang tak kenal belangkas.. Mari sini aku tunjukan..
Ini dia rupa belangkas.. Kalau mengikut teori usahawan yang aku belajar, belangkas ni adik beradik dengan ikan todak. Bezanya mak dengan ayah belangkas ni tak sama. Sorang stay kat London dan lagi sorang kat Nepal. Tapi mereka satu budaya dan satu bangsa. Boleh tak macam tu? Hahaha.. Dah macam 1 Malaysia lah pulak..
Hahaha.. Ok lah.. Aku malas nak merapu petang-petang ni. U know, tiap tiap hari aku bersama dengan Cik Rotan Binti Buluh Betung. Dia lah scandal terbaru. Tolong jangan makan hati dengan aku. Tolong jangan nak rampas scandal aku. Kalau korang nak tahu, Cik Rotan yang banyak membantu aku semasa di sekolah. Dia lah yang membuatkan budak budak diam, dialah yang membuatkan budak jadi baik tahap dewa.
So, apa macam? ok tak scandal baru aku? Ada sape sape yang nak ngorat dia?
P/s- Thanks Cik Rotan yang banyak berjasa kepada kau..
...Cerita Tamat...
1 comment:
hahaha... heri ko memang hampeh ar... kakaka
aku ingat ko mmg dh da scandal baru kat sek tu... sana kn byk guru pompuan yg single...kih3
Post a Comment