Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 September 2011

Prince Dah Posting

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum... Morning..  Mesti korang terkejut beruk kan? yelah  pagi-pagi buta  lagi  En.Prince dah mengupdate blog yang sentiasa terabai kebelakangan ni. Kalau pagi-pagi dah update. Sure ada hot story kan.  Ngee.. Memang ada hot story.. siapakah mangsa untuk hari ni? J

Ekceli aku tak jadi penganggur lagi. Posting? Oh tidak.. Belum dipostingkan lagi. Masih dalam mood menunggu dan terus menunggu. Sabar itu separuh dari iman. Kalau ada rezeki tak kemana pon. So, aku ambil keputusan untuk kerja full time sebagai Executive Marketing di Melaka. Syarikaat yang agak gah lah juga. Kat mana? Ha3.. biarlah rahsia..

So, sekarang aku dah jadi orang Melaka. Kawan-kawan kat FB ramai yang Tanya. Melaka stay rumah siapa. Okay lah.. Aku tumpang rumah kawan. Tinggal rumah bujang kan. Thanks kat En. Is yang sudi bagi tumpang rumah dia yang cantik & kemas ni.Lokasi pon sangat strategic.

P/s- Hari ni 1st day aku di tempat kerja. Jam 12 ni baru nak melapor diri. Then, bos call.. cakap ada kursus di Shah Alam hari Khamis & Jumaat. So, wish me good luck yew. Thanks all..

…Cerita Tamat…

16 September 2011

Kenapa dengan FB Hairi Aks?

...Cerita Mula...

Ha3.. Ramai yang tertanya-tanya.. Kenapa wall FB aku tak ada sebarang status.. Tiba-tiba semua status kat FB aku padam. Sebelum tu aku nak bagi tahu 1 dunia. Akhirnya aku berjaya memadam semua status dalam FB. Tepat jam 7.15 malam / 16-09-2011. Korang bayangkan.. aku dah ada account  FB dari tahun berapa tah.. 4 hari 3 malam aku nak padam semua status ni. Semua dah tak ada.. Kalau ada pon, just quiz & benda yang tak penting.

Sebab apa padam? Sekarang dah banyak sangat spy. Budak-budak kaki skodeng kat FB aku. Then, inbox benda yang bukan-bukan. Then, ada pulak yang jenis jaloz & meroyan tak pasal-pasal bila bace status kat wall aku. Kalau aku ni artis. Sure lagi ramai manusia durjana yang suka ambil kesempatan. Sekarang hidup aku dah bahagia tanpa sebarang masalah. Dalam bulan ni, aku dah boleh hidup aman, sentosa dan makmur.

Thanks kat  my best friends 4 ever..Yang banyak bagi  nasihat & tunjuk ajar. Dia banyak bantu aku dalam  2 bulan ni. Apa-apa masalah semua di dengar. 



Sebagai tanda penghargaan kepada dia. Prince berbesar hati nak bagi hadiah yang tak seberapa ni.. Ambil kau.. Besar lagi.. Siap ada cop mohor lagi.. mwahhhh... Import dari Pengkalan Balak, Melaka.

...Cerita Tamat...

Empat Bulan Tanam Anggur? Ada aku kisah?

...Cerita Mula...

Assalamualaikum... Apa khabar semua. Hari aku teramat bosan. Biasalah.. kalau dah jadi penganggur berjaya. Pasti kerja menghabiskan beras di rumah. Dalam masa 4 bulan ni. Aku pon tak pasti dah berapa gantang beras aku habiskan. Urmmm... Bukan aku tak mahu kerja. Tapi.. Mama aku yang tak bagi kerja.. Biasalah.. my mum selalu tinggal sorang kat rumah... Kakak kerja, adik kerja.. papa pon busy dengan kerja.. So, Kalau kat rumah..tinggal lah aku dengan mama.. Jadi... Wajarlah aku menghabiskan masa-masa muda di rumah kan?

Korang ingat seronok kew dok rumah ni.. bosan dowh... hari-hari mengadap TV.. Memang aku dah hafal semua siaran kat TV tu.. kalau suruh buat esei.. 100 muka surat pon boleh. Kerja sampingan aku.. hahaha.. sangat memalukan..  Makan tido.. Makan tido.. kadang-kadang jadi encik driver mama & nenek aku.. mesti korang terharu gila dengan aku kan? Hahaha... Ekceli aku ni bukan kutu rayau, mat rempit or pelesit malam. Bagi aku, semua tu buang masa.



P/s- Bila aku nak posting? Tahun ni? Tahun depan? Or bulan depan? Tunggu je lah.. lagi lama dok rumah.. badan dah macam doraemaon.. J ①②③④⑤⑥⑦⑧⑨⑩™


...Cerita Tamat...©

14 September 2011

Raya oh Raya.. Part 3

...Cerita Mula...

Hye all... Selamat petang. Sekarang ni aku masih dalam mood raya lagi. Rasanya hari-hari ada open house kan? Selagi tak cukup 1 bulan.. selagi tu lah ada. Kalau hari sabtu & Ahad.. korang jangan cakap lah. Sure berpuluh-puluh rumah buat open house. Okaylah, korang layan lah pic raya with cikgu-cikgu novis SMKBJ.



Beraya rumah Kak Z...  Lendu,Melaka.. Kuih kat rumah dia memang sedap.. Ingatkan kak Z yang buat.. rupa-rupnya semua tunjuk.. Patut lah rasa sedap lain macam je kan... Hahaha.. Then dapat makan buah salak fresh dari ladang... J J


Dari Lendu, terus ke Pengkalan Balak.
Menu:-
Rendang Daging + Nasi Impit + Kuah Kacang + Keropok Ikan + Bihun Goreng + Nasi Lemak + Karipap Sardin + Air Sarsi.
(Ditaja oleh Kak Z & Cikgu Novis)



Memandang air laut yang tidak begitu bersih. Automatik hilang nafsu nak mandi.  Korang cakap je, apa yang tak da dalam tu.. semua ada.. kayu, besi, kasut, baju, botol, kertas.. sampah jangan cakap lah... memang berkeliaran tanpa arah tujuan...


Pic ni di rumah Pn.Hajah Normala.. di Gemencheh, Negeri sembilan.. Memang meriah.. Menu pon sedap.. Nasi Beriani Ayam.. soto.. dan macam-macam lagi.. J
  
...Cerita Tamat...

06 September 2011

Raya oh Raya.. Part 2

...Cerita Mula...

Hye all, assalamualaikum. seperti yang dijanjikan .. aku nak upload 3-4 keping gambar untuk raya ke-3. Raya ketiga ni, aku just keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. Macam biasa lah, cuma raya umah kawan & rumah cikgu yang pernah ajar aku mase form 5 dulu.


Okay.. aku with Shahrul.. Best friend dari sekolah rendah lagi..


Yang ni pula.. Bergambar dengan bekas cikgu Sejarah.. En Omar... Cikgu paling best sekali mase form 5 dulu.. :)


Kat rumah cikgu BM, En.Amran Nordin..Dari kiri..Shah,Rizal, Prince, Iskandar, Apak, En Amran, Wani, Maria, Dik Yah & Lin..

Yang ni dekat rumah ustazah.. Pn. Norliza..

P/s-Okay.. cukup lah 3-4 keping je.. Kalau aku rajin.. Aku upload  pic yang lain pulak.. Macam tak ade mood nak update blog.. ha3..

...Cerita Tamat...

05 September 2011

Saya Nak Duit Raye!!!

...Cerita Mula...


Tahun ni aku cuma dapat 7 keping sampul raya yang berisi duit raya.. Ha3.. kalau sampul raya sure lah duit raye kan.. tak kan kertas 4D lak kan?

Kalau mase budak dulu. Sure dah berpuluh aku dapat..

P/s- Ada sape-sape yang dapat lebih dari aku.. Sure aku makan hati dengan korang.. wakakaka..

...Cerita Tamat...

Raya oh Raya.. Part 1

...Cerita Mula...

Hye all, hari ni aku just nak cerita pasal raya. Macam biasa raya pertama aku dengan family akan pergi rumah nenek di Gemas, Negeri Sembilan. Walaupun tahun ni ramai uncle & untie yang tak balik raya. Tapi still meriah lagi.. Paling tak best Pak cu aku yang tak dapat balik beraya... rase sunyi je rumah wan.. kalau tak sure meriah sebab anak dia yang hyper aktif tu.. kalau untie or uncle yang lain tu tak balik aku tak kisah sangat pon.. balik tak balik sama je.. Ada aku kisah.. Tambah yang sorang tu.. ada tak ada.. macam tak da.. ha3..

Ekceli adik beradik belah my mum tak ramai pon.. ada 5 orang.. sorang dah meninggal.. tinggal lah 4 orang.. Memandangkan Pak cu & untie aku tak balik beraya. Tinggal lah 2 kerat. 1st time raya 2 kerat jew. Tahun ni raya dengan family pak long.. best juga.. anak-anak dia pon semua dah besar. So satu kepala lah dengan aku.


Okay.. Pic pagi raya at rumah wan.. Time ni wan buat open house..Memang ramai yang datang.. sampai tak terlayan...


Pic ni amik jam 7 malam.. baru balik dari beraya rumah saudara mara.. ikutkan hati nak raya sampai malam.. Tapi tak boleh.. Kawan aku from oversea datang lah pulak.. 1 st time datang rumah..


Raya kedua dah.. Ni rumah atok dekat Parit Tegak, Batu Pahat.


En Prince yang suke begambar.. Ha3...

P/s- Tahun ni tak banyak sangat ambil gambar.. So, aku uploadkan apa yang ada je lah.. Ha3.. Tunggu entry seterusnya.. Raya dengan kawan-kawan pulak.. :)

...Cerita Tamat...


01 September 2011

Salam Aidilfitri


...Cerita Mula...

Assalamualaikum semua.. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Biasalah, bulan baik ni.. nak kurangkan kontrovesi dan tingkatkan keimanan. Okaylah, entry hari ni sungguh berbeza.. tak ada nak melahar, memaki, menghanjing dan mak nenek bagai.  Entry khas untuk korang semua. Walaupun dah raya ke-3.. aku tak peduli.. aku nak tulis post kan juga.. J

Saya Zuhairi Zainol Abidin (Prince HairiAks, Ery, Zerry, Bangli, Zul, Rie)
Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada semua rakan bloger sama ada di Malaysia mahupun di luar negara,
Saudara mara yang berada di merata pelusuk alam,
My friends  UPSI ambilan Julai 2007/2008,
Ex scandal, Ex GF, dan macam-macam Ex lagi,
My friends Face Book, Ym, Skype, MSN, Twiter,Friendster,
Untuk yang tersayang dan disayangi,
Serta semua yang mengenali diri saya...

Saya ingin memohon maaf,
 Sekiranya terkasar bahasa, terlahar secara sengaja mahaupun tidak sengaja.
Maaf juga sekirannya terdapat entry yang membuatkan ada yang terasa hati, makan hati dan terus busuk hati dengan aku kan.
Ye lah... rambut sama hitam kan... hati lain-lain...

So, dihari mulia ini.. aku nak susun 20 jari jemari yang terdapat di jari dan kaki...
Aku nak mohon maaf kat korang semua ek..


P/s- Raya ni jemput datang rumah aku. 1 bulan pintu rumah terbuka untuk korang semua. So, sape-sape yang nak datang. Boleh inbox di FB terlebih dahulu supaya aku boleh buat persiapan yew.  Datang.. jangan tak datang...