Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 February 2011

Rindu Setengah Mati

...Cerita Mula...

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski telah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

 P/s- Jangan lupa menonton cerita Kejora & Bintang. Setiap hari Isnin-Jumaat. 6.30 Petang. Hanya di Astro Ria.. Nampak.. siap buat promosi lagi..  Aduh..



...Cerita Tamat...

Ada En. Zuhairi @ HairiAks Kisah?

…Cerita Mula…

Hye all, aku terbaca satu komen, komen dari orang yang memang sangat sakit hati vs makan hati dengan aku. Biasa lah, agaknya aku pernah tolak cinta dia kot. ( mood perasan). Boleh dia mengutuk aku depan depan. Rasa nak bagi penyepak saiz 56 jer. Cik Puaka cakap dia dah bosan bace blog aku. Dia dah tak minat nak baca. So, kalau dah tak minat. Sila keluar secara sopan satun dari sini. Suka hati aku lah nak menulis untuk siapa. Do i care? Aku harap korang jangan nak bosan bace blog aku yer. Yer lah, setiap kali update mesti nak cerita pasal sekolah? Kalau tak cerita pasal sekolah, sure pasal student, kalau tak student.. konpom pasal cikgu & tukang kebun kat sekolah. 

Aku nak tanya korang semua, kalau aku tak tulis pasal sekolah. Aku nak tulis pasal apa? Pasal berita dunia? Pasal cik puaka? Or nak cerita jiran sebelah rumah aku. Macam tak berkembang pulak minda kan? Boleh trauma dowh. Kalau lah masih stay dekat Tg. Malim sure aku cerita aksi sengal budak rumah aku. Siap publish gambar lagi. Hahaha.  

Oppss.. Ekceli aku nak cerita yang aku berusaha dan terus berusaha untuk menyiapkan soalan ujian formatif 1. Kalau sebelum ni copy paste dari intenet. Tapi, aku kena perah kepala otak ni supaya boleh menyiapkan soalan ujian. Untuk ujian formatif 1, tak ada copy paste pon. Semua atas usaha sendiri. “USAHA TANGGA BEJALAN” OMG..OMG..  Silap dowh “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Betul ker? Kalau tak betul, boleh tak tolong betul kan? Ngee..


Dulu... Boleh pacakan rambut setinggi KLCC... 


Sekarang.. Semuanya dah berubah.. Rambut, bapakan skema kan.. Urmm..

P/s- Korang ada cadangan tak? Cadangan untuk merawat blog kesayangan aku. Ramai dah bosan bace entry aku.  Aku nak nagis jap... urmmm.... Puas dah...

...Cerita Tamat...

25 February 2011

Seronok Bila Jadi Cikgu?


…Cerita Mula…

Hye all, Assalamualaikum. Lama juga prince tidak berblog. Macam mana nak berbelog kalau 24jam busy. Hari hari mesti ada kerja nak buat. RPH ( Rancangan Pengajaran Harian) vs ABM ( Alat Bantu Mengajar). Setiap hari kena update benda ni. Sehinggakan terabai my lovely blog.

Hari sabtu minggu lepas sekolah ganti pulak. Tapi, Sekolah buat sambutan Maulidur Rasul. Sangat meriah. Sangat teruja dengan student sekarang. Berpuluh sepanduk dipertandingkan. Masa ni aku jadi hakim untuk perbarisan. Paling lucu bila budak ni lalu depan aku. Sure dia orang salawat sekuat alam.  

Dengan harapan dia orang semua boleh menang perbarisan. Dari segi pakaian pulak. Memang meriah. Macam macam colour dowh. Sesuai dengan tema  sambutan Maulidur Rasul “ 1 Malaysia 1 Ummah”. So, korang layan lah pic kat bawah ni.


Prince with adik adik Pendidikan Khas. Belah kiri tu Cikgu Sahar & Cikgu Sabariah.. 


Dengan student 5 ICT.. Teruja tengok kain rentang dia orang. Sangat kreatif..


Sempat snap pic dengan student 5 Sains.. Cuba tengok yang paling belakang tu.. dah macam student pulak.. Cute kan? ( Mood Perasan tahap dewa) hahahaha...

...Cerita Tamat...

17 February 2011

Apa Salah Aku

...Cerita Mula...

Hye all, aku nak tanya dengan korang semua. Susah sangat ke nak faham dengan aku ni? Kadang kadang aku rasa pelik sangat. Nape orang susah sangat nak faham dengan aku.Aku tahu, aku suka emo tak pasal pasal, suka meroyan tak tentu pasal. Mustahil aku nak mengila tak pasal pasal, kalau tak da sebab kan? 


Ekceli, aku marah dengan someone. Siapa dia korang tak perlu tahu. Aku dah malas nak amik tahu. Apa nak jadi. Jadi lah. Kenapa suka sangat bagi alasan. Bila aku online, sure dia offline. kononnya nak invisible kat aku lah. kalau dengan orang lain tu. Suka sangat dia melayan. Geram dowh.. Rasa nak bagi penumbuk saiz 46 jer. Cerita atas tu, memang tak ada kena mengena dengan emo aku. lol...

P/s- Satu persatu rahsia akan aku bongkar. Wait & see.. Jangan sampai Prince hilang sabar. Mulut memang manis macam gula tapi.. Lu pikir lah sendiri.. rambut sama merah.. Hati macam batu.. Ngee..

...Cerita Tamat...

10 February 2011

Siapa Cakap Senang Nak Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, hari ni genap 4 hari di SMKBJ. Sape kata senang nak jadi En. Cikgu Bitara. Memang penat + Tired + Capet + Letih = Nak Koma 1 minggu. Aku rasa bersalah dengan En. Blog ni. Aku tak ada masa nak mengupdade. Aku tak ada masa nak bershopping, tak ada masa nak bersukaria dengan kawan kawan.

Ekceli aku sangat busy nak siap kan RPH, hari-hari kena buat benda ni. Kadang kadang sampai nak gugur rambut memikirkan aktiviti apa yang nak buat. Yang tu baru RPH. Tak masuk lagi relief class. class petang, meeting, semak buku student. Aku rasa, jiwa aku dah deselaputi dengan buku yang bertimbun atas meja.


Bila Prince Mula Mengajar.. :)



Yang ni belum masuk ragam student dalam class, kadang kadang macam nak kena kencing manis tengok ragam dia orang. Alhamdulilah aku masih okie lagi. masih boleh berjalan, masih boleh bertahan dan masih boleh mengajar. Aku harap sangat sangat tak masuk ICU dengan kerenah student sekarang.

P/s- Bukan senang nak jadi guru kalau kita belum bersedia. So, mereka yang nak jadi guru. Make sure korang dah bersedia dari semua aspek. Hari hari tidur lewat nak siapakan tugas. Penat dowh..


...Cerita Tamat...

07 February 2011

Hari Pertama Di SMKBJ

...Cerita Mula....

Hye all, akhirnya masa yang dinanti dah tiba. Hari pertama aku kat sekolah. Aku nak kongsi cerita dengan korang semua. Lalat belum terbang aku dah gi sekolah. 1st time rambut aku tak pacak macam gi kuliah. kalau korang tengok lah, mesti berguling guling gelakan aku. Hodoh dowh.. Urmmm.. Perjalanan  lebih kurang 5 minit dari rumah. Kalau korang nak tahu, macam macam aku buat hari ni. Pagi lagi dah dapat slip untuk ganti class.

Class pertama aku masuk 4 ICT. Masa ni bermulalah sesi kenal mengenal. Memang best class ni. Ada student yang hyper aktif & ada yang pasif. Then, aku explore kawasan sekolah. Yang pasti aku sempat beramah mesra dengan staf yang ada kat sekolah tu. Jumpa tukang kebun, kerani, uncle  library.


 Petang tadi ada meeting untuk SSK. So, tepaksa lah join sekali. Lebih kurang jam 4 baru habis meeting. Esok, aku terlibat  AJK merentas desa daerah Tampin. So,wish me good luck untuk esok. Hahaha..

P/s- Nanti aku uploadkan pic terkini kat sekolah. Sure korang gelakan rambut terkini Prince HairiAks.. ~lol~

...Cerita Tamat...



05 February 2011

2 Hari Lagi

...Cerita Mula...

Hye all, masih belum terlambat nak wish Happy Chinese New kepada kawan-kawan. Ekceli lagi 2 hari aku nak praktikal. Risau dowh.. Dah lah aku sorang jer kat sekolah tu. Kawan aku yang lain semua ada couple masing masing. Tapi tak  kisah lah. Yang penting niat ikhlas kan.

Kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, selamat berpraktikal. Tak sabar nak datang SMKBJ.


...Cerita Tamat...