Tetiba je aku menulis tajuk ni.. Idea ni aku dapat dari komen rakan yang membaca salah satu tajuk dalam blog aku... pada mulanya aku nak tulis tajuk aku blogger yang sinis tapi selepas carian google baru aku tau sinis itu bermaksud: sinis ialah mempersoalkan kebaikan, kejujuran orang dll, kata-kata bersifat mengejek, merendahkan orang lain. aku sangat yakin aku tak pernah mempersoalkan kebaikan orang lain.. nasib baik pada sumber yang sama ada tertulis maksud kias iaitu: kata-kata berbentuk teguran yang tidak membawa maksud sebenar.
...Cerita Mula...
Setiap perkara yang aku lakukan dalam blog ni mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat..bukan sahaja dari segi post, malahan tema blog ni pon ada makna tersendiri.. kalau tak percaya sila ke page archives dan baca la kesemua 28 post yang ada..post yang sebenarnya mempunyai maksud yang lebih berat.
Hampir kesemua post yang aku tulis mempunyai banyak maksud tersirat.. dan juga mungkin sebagai petunjuk hahaha.. kalau korang baca blog ini dengan betul banyak perkara yang aku kongsikan.. tapi kalau korang baca main-main pon banyak jugak boleh nampak apa yang aku cuba sampaikan..
Nampak pelik tak post kali ini? mungkin bahana kesibukan aku dengan projek baru yang sedang aku usahakan sekarang ni.. tak sabar aku nak terbitkan satu lagi blog yang berwarna hijau di alam maya ini.. hahaha kenapa aku sibuk sangat dengan projek baru ni? harga juta-juta ke projek tu? biarlah rahsia.. kalau nak tahu sangat call je aku.. Insya Allah aku ajak join sekali.. kalau nak kaya biarlah sama-sama kita kaya..
Post ini juga sebagai peninggalan kepada mereka yang bakal merindui aku.. sebentar lagi aku akan beradu.. .. kononnya ramai gadis-gadis seksi yang akan aku mimpikan.... hahahhahahaha... aku dah ngantok ni.. mau tido... sekarang dah dekat Jam 1pagi..esok ada meeting lagi... cau cin cau...
.....Cerita Tamat....
1 comment:
Btul tu bnyk sgt berkias... hakkkk
Post a Comment