Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 2)

...Cerita Mula...





P/s- Mood Pemalas nak update.. Esok lusa baru nak update yang penuh... Hahahaha.. 


...Cerita Tamat..



25 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 1)

..Cerita Mula..

Hye all, Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan yang celebrate hari ni. Yeahhh.. Aku baru saja booking untuk percutian akhir tahun. Nak tahu dengan siapa? hahahaha.. Biarlah rahsia.. Tunggu entry seterusnya...  

Okaylah, lokasi pilihan Grand Lexis, Port Dickson. Kalau korang nak tahu.. Dalam bilik setiap hotel ada private swimming pool  with garden. So, tak payah nak mandi kolam terbuka punya kan.. So, bilik yang menjadi pilihan hati Grand Pool Villa. Nak tengok macam mana bilik dia? Jom...



Okay.. Ruang bilik yang boleh  memuatkan sehingga 4 orang.. Kalau gi berdua. Sure rugi kan.. 


Swimming pool  dalam bilik.. So.. Korang tak payah nak mandi kat luar kan.. Nak kuak lentang..dada.. suka hati.. Janji korang bahagia..


Pemandangan dari luar...


P/s- So.. Aku gi 30hb ni.. InsyaAllah pic seterusnya akan diupload.. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai.. Semoga dipermudahkan oleh-NYA..

...Cerita Tamat...


16 December 2011

FB Berwajah Baru..

...Cerita Mula..

Hye all.. selamat malam.. Tadi aku godek-godek FB aku.. Tiba-tiba secara tak sengaja KLIK butang "Get Timeline" Kurang beberapa saat.. Semua bertukar.. Pelik bin ajaib aku rasa.. Nak kata aku ni  jakon sangat. Tak da lah jakon.. Tiba-tiba keluar binatang pelik kat wall FB aku.. Then.. Edit punya edit.. Ni dia hasil dia..


Tengok tu.. FB pon dah macam blog Prince Hairi Aks.. Ambil masa 10 minit untuk explore binatang ni.. Alhamdulillah.. Semua dah okay sekarang..


Ni lagi pelik bin ajaib...

P/s- Aku dah tukar kepada FB Time Line.. So, korang bila lagi.. Kiranya aku orang yang terawal tukar benda ni.. :)

...Cerita Tamat...


15 December 2011

Mood Tak Puas Hati!

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Hari ni aku just nak berkongsi cerita. Cuma luahan rasa tak puas hati dengan pengurusan tempat aku buka booths. Untuk bulan December 2011. Mydin MITC telah menjadi pilihan hati. Dengan harapan ramai manusia boleh jumpa dekat situ. Tapi... Indah khabar dari rupa.. Bukan setakat tak da orang.. PANAS..

Korang tahu.. sewa tapak untuk booth yang kecil tu dah mencecah RM6000 sebulan. Mengalahkan sewa sebuah Pan house, Kondo dan hotel 3 Star. Tapak dia Cuma muat untuk 2 meja kecil je. Masalahnye aku tak da masalah dengan tapak tu. Yang menjadikan isu. Peraturan dia macam sial. Dah lah kita bayar tapak mahal-mahal. So, suka hati lah aku nak buat apa. Ni.. Tak habis-habis nak kompaun & penalty.

Contoh.. Bunting & Display rack tak boleh lebih dari 5 feet dan tak boleh lebih  2 unit. Kalau lebih ( Penalty RM50). Kepala otak dia kan.. dah tentu booths kita.. suka hati lah nak letak berapa banyak.. Coz tapak tu aku bayar..

Kalau ada trolley or bakul biru dekat kawasan booth... Saman RM100.. Then, dekat booth tak boleh  lebih dari 4 orang dalam satu masa.. Yang part ni aku paling tak puas hati.. Peraturan macam bodoh..

Contoh lain, kalau korang kena jage booth sorang-sorang. Tiba-tiba nak gi toilet or solat.. Kalau booth tu kosong.. korang kena penalty RM50 walaupun letak tanda break or solat. Macam tak adil kan.. Bila bayar lewat tahu pulak nak bising-bising...

Lagi satu.. Nak makan kat booth pon tak boleh.. Kalau pihak pengurusan nampak.. Penalty RM50.. Aku pon tak tahu kat mana hak-hak penyewa.. TESCO lebih 1 juta kali baik pengurusan dari MYDIN.. So, lepas ni sesiapa yang nak buka booth kat MYDIN pikir lah 10 kali.. Peraturan dia lebih teruk dari tahanan dalam penjara..

P/s- Patut lah MYDIN ni kaya semacam.. Kaya dekat sewa booth dengan penalty orang... Serious menyesal sewa kat situ... Next time lebih baik sewa kat TESCO.. nak datang lewat, makan, tidur or bawa beratus orang pon TESCO tak kisah.





...Cerita Tamat...


08 December 2011

Bersukaria kat River Cruise Melaka

...Cerita Mula...

Hye all, selamat malam.. Ekceli aku masih dalam mood kurang sihat..Batuk Vs Flu.. Biasa lah.. cuaca tak menentu kan.. Walaupun demam aku still lagi boleh gi bersukaria dengan kawan-kawan.. Mangsa utama sudah semestinya my best friends.. Mr. Ayie & Miss Izah.. Dua-dua single & not available.. okay.. Tanpa dirancang aku terus ke River Cruise Melaka.. Tapi aku naik dari Taman Rempah.. So, korang tengok je lah pic ni...


Okay.. Perjalanan menyusuri sungai mengambil masa 45 minit.. Dan bayaran RM10 untuk tiket biasa.. dan RM20 untuk tiket VIP.. Macam biasa, tengah-tengah bulan ni ofcoz lah amik tiket biasa-biasa kan.. :)


Cantik kan.. Pemandangan semasa naik bot ni.. 


Yeah.. Eyes on Melaka.. benda ni aku dah pernah naik 3 kali.. Serious memang cantik kalau naik waktu malam..


Kincir air Melaka.. 




P/s- So.. sape-sape yang belum pergi.. jangan lepaskan peluang.. Memang best..Pasti ia akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa sahaja..

...Cerita Tamat...



04 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 3

...Cerita Mula...





P/s- Malam ni tak da mood nak cerita, esok or lusa baru cerita ek. Penat baru balik kerja..

...Cerita Tamat...



Happy Birthday Prince HairiAks PART 2

...Cerita Mula..


Bila dapat hadiah ni.. Terus diam tak terkata.. 10 kali fikir nak ambil or tak... Apa-apa pon.. Orang dah bagi.. Ambil je lah..


Tahun lepas, hadiah ni yang paling special.. Dalam dia bear yang sangat besar.. Tapi tahun ni.. 30 kali ganda special dari tahun lepas.. Korang fikir lah sendiri apa yang aku dapat.. :)


P/s- Thanks kepada someone yang bagi hadiah ni..Hadiah yang sangat bermakna.. 1st time dapat hadiah macam ni.. Korang teka lah apa dia.. Panjang kotak 40 cm, Lebar 30 cm. Aku tak boleh bagi tahu.. :)

...Cerita Tamat..

03 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 1

...Cerita Mula...

Hye all, semalam my birthday.. 02 DECEMBER 2011. Birthday aku  yang ke 24 Tahun. Tua dah kan? Okay, memandangkan birthday aku jatuh pada 2 DEC 2011. Aku tak dapat cuti. Balik kerja pon jam 10 Malam. Lepas je habis kerja kawan-kawan office ajak  celebrate. Lokasi pilihan Medan Selera Ikan Bakar, Alai, Melaka. So, korang layan lah pic ni..


Haha. Happy Birthday Brother ZUHAIRI.. Skema gile ayat dia orang. Ekceli kawan-kawan office panggil aku ZUHAIRI.. Nama penuh lagi.. hahaha.. Yang tak boleh blah.. Kek tu.. Gambar MICKEY MOUSE..  Auwwwwww... So sweet..



Okay.. Prince dengan Mr. Syuk & Miss Ana.. 


Hanis & Shahril


Ekceli tak semua kawan-kawan office yang join.. Cuma 5 orang termasuk aku.. Walaupun tak ramai.. Still meriah lagi.. Koranng Tengok tu, tak cukup ruang nak letak makanan atas meja tu..




Menu Malam Tadi..

Nasi Putih
Nasi Lemak
Fresh Oren
Kailan Ikan Masih
Kerang Rebus
Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Sambal
Ikan Pari Bakar Sambal
Ketam Goreng Kunyit
Ikan Cencaru Bakar

P/s- Okay.. Thanks kawan-kawan office yang sudi celebrate birthday prince.. Hari ni aku dapat cuti..So,  ada date dengan someone.. & kawan-kawan yang lain.. ( mood menunggu hadiah dari someone). lol... Tunggu part 2 pulak ek.. Lokasi JUSCO & Mahkota Parade, Melaka.

...Cerita Tamat...

01 December 2011

Prince Dah Jadi Pak Ngah?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Ekceli aku nak bagi tahu korang semua yang aku dah dapat anak buah. Anak buah pertama . Aqil Zawir bin Amirul Husni. Selamat dilahirkan pada 30 November 2011, Jam 1.28 PM di KPJ Seremban, Negeri Sembilan.


Ni dia AQIL, sangat comel. Macam Pak Ngah dia.. Cute dan chubby.. (mood perasan).
Berat dia 3.01 kg..

P/s- Seronok dah jadi Pak Ngah ni.. Lepas ni dah boleh ajak AQIL  jalan-jalan.. :) 

...Cerita Tamat...

30 November 2011

Selamat Tinggal TESCO

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Ekceli tak ada yang menarik nak dicerita pagi ni. Cuma nak bagi tahu, yang hari ni hari terakhir buka booth untuk Program PJJ Universiti Utara Malaysia. 2 bulan dekat TESCO Peringgit,Melaka. Banyak kenangan indah yang aku dapat. Rasanya banyak yang indah dari yang sedih. Serious seronok kerja kat sini. Boleh cuci mata, window shopping. Kalau korang nak tau, aku paling suka kerja luar. Aku tak suke kerja dalam office. Kalau boleh, memang tak mau masuk office.  Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak.. Dua-dua kena pergi.   


Okay.. Pic ni masa dekat booth.. Penyeri booth cuma balloon jew.. Kalau tak benda tu.. Sure ramai yang tak datang.. 

Esok, buka booth di Mydin MITC pulak. Pasti aku akan rindu dengan orang-orang TESCO ni.

P/s- Kepada mereka yang bekerja yang nak sumbung study. Boleh hubungi aku yew.. Diploma, Degree & Masters ada ditawarkan.. Sekian..

...Cerita Tamat...

27 November 2011

Bersukaria Vs Bosan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikkum.. Selamat petang.. Urmm.. lama tak update.. Ekceli aku sangat busy sekarang ni. Kerja Vs Kerja.. Time cuti pon still kerja. Ni pon update sambil kerja. Hebat kan? Walaupun kerja aku sempat gak luangkan masa dengan kawan-kawan. Teman dia orang shopping, karok & macam-macam lagi. So, korang layan je lah pic ni..


Prince with Untie Nusrah.. Boleh masuk Rupa bukan sekadar vokal tak?. Silap.. Vokal bukan sekadar rupa.. lol..  Kot ada sape-sape yang dengar suara aku.. Sure korang koma tak bangun-bangun.. :)


Hahaha.. ni kat Restaurant Kenny Rogers.. Korang nampak kan.. Aku pakai baju kerja.. Maknanya ni time kerja lah.. Sempat lagi melepak kat JUSCO.. :)


Pic ni tak mau komen banyak-banyak..

P/s- Tak sabar nak tunggu 2 DEC 2011. My Birthday ke 24 Years.. Agak-agak dapat hadiah apa ek dari someone.

...Cerita Tamat...

Tanpa- Sixth Sense


Lagu: Tanpa
Penyanyi: Sixth Sense

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

15 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula..

Hye all, Asslamualaikum... Ekceli aku baru balik dari makan ikan bakar dengan someone.. Kawan merangkap best friends forever. Kali ni memang best tempat dia. Aku pilih dekat Alai, Melaka. Aku dah trauma nak makan dekat Umbai. 1st time aku  datang Alai terus jatuh cinta dengan Ikan bakar & masakan kat situ. Memang best...

Dari segi harga memang sangat berpatutan. Aku nak bagi tahu korang semua, serious aku bagi kedai ni 5 star. Korang jangan tengok luaran kedai. Tapi tengok chef yang masak dia. Rasa sekali pasti nak lagi.

Untuk kali ni, aku tak nak uploadkan sebarang pic. Atas  permintaan kawan-kawan aku. 

Menu malam ni..

Fresh Oren + Air Tembikai
Nasi Lemak + Nasi Putih
Ikan Cencaru Bakar
Ikan Pari Bakar
Kerang Rebus
Sotong Masak Merah
Scallop Stim
Udang barter 

Amik kau.. makan sampai pecah perut.. 

P/s- Sape-sape yang berminat boleh cuba sendiri..

 Deli Muara Restauran,
 Aizhar Enterprise, 
KM 10, Muara Sungai Punggor, 
Crysta Bay, 75460 Alai, Melaka.

...Cerita Tamat...

07 November 2011

Jusco Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Malam ni aku cuma nak cerita pasal aku gi bersukaria dengan best friends masa buat praktikal dulu. Lokasi pilihan JUSCO Peringgit bersebelahan dengan TESCO yang agak sesak dengan manusia dari over sea. Tujuan utama nak celebrate birthday Cik Nusrah. Mengikut perjanjian yang akan join seramai 16 orang. Tiba-tiba sampai kat JUSCO Cuma 4 orang termasuk aku. sabar je lah..


Ha3.. ni dia Cik Nusrah.. Berusia 28 tahun.. Asal Jitra kedah.. Masih single & not available.. Okay, Secret Recipe  menjadi pilihan kerana kek dia yang agak popular.


Ada sesiapa yang masih tak kenal dengan budak ni? Budak yang kuat makan.. hobi dia tido.. :) Nasi goreng sate menjadi pilihan Prince.. 


Ini Cik Ina.. Bila dengan dia.. Aku tak tahu nak komen apa.. Korang layan je lah pic dia ni.. Masih single tapi dah berpunya...


Okay.. Ni dia peserta terakhir kita.. Penaja utama untuk makan-makan kat Sini.. Thanks Mr. Z yang sudi sponsor untuk dinner ni.. Yang sudi jemput Prince kat TESCO walaupun tesco bersebelahan dengan JUSCO.. hahahah..  Semoga dimurahkan rezeki.. Dan dipecatkan jodoh.. Cewah... ayat nak bodek... Kalau sebelum ni pon  En. Z pernah belanja aku & kawan-kawan makan kat Pizza.. Tu pasal rezeki dia bertambah je.. :)

P/s- Cik Nusrah..Happy Birthday yang ke 28.. May Allah bless u always.. Amin.. Yang pasti sampai mual perut & tekak aku nak habiskan kek tu.. yeakkkksss..

...Cerita Tamat...

05 November 2011

Salam Aidiladha & Selamat Bercuti..

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Kepada semua kawan-kawan selamat menjalani ibadah korban dan salam Aidiladha. Kalau tahun lepas aku beraya di perantauan.. Tahun ni alhamdulillah.. Dapat juga beraya kat kg..



Hahaha.. Ni dia pic paling terbaru Prince..Agak berisi.. Macam mana semua tak berisi.. Hati senang..Jiwa tak kacau.. Nafsu makan semakin bergelora kau.. Ngee..

Jangan korang nak pelik pulak, tiba tiba aku masukan pic tengah bekerja..(tengah kerja lah sangat). Besar gedabak lagi.. Kata orang..sambil menyelam minum air kan.. So, sape sape yang rasa nak sambung  study lagi.. Boleh hubungi aku ek.. Talian hp dibuka 24 jam. Sesiapa saja boleh call..Tak ada masalah..  Hamik kau.. Siap buat promosi lagi. 

P/s- Selamat bercuti.. Berhati hati ketika memandu..

...Cerita Tamat...   

02 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Pagi ni aku just nak berkongsi cerita dengan u all semua. Ekceli dekat satu bulan aku kerja. Tapi baru semalam aku ambil cuti. Kalau nak ikut kan kerja aku. 1 minggu ada 3 hari cuti. Tapi,aku jarang cuti. Nak tau kenapa? Sebab aku kena sampaikan target untuk bulan ini. Alhamdullilah, semua dipermudahkan. 

Bila dah cuti apa lagi, aku with my best friends Mr. Ayie hangout kat sekitar bandar Melaka. Mula-mula gi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jusco, Bukit Beruang.. Last sekali boleh gi Mydin MITC. Very atok-atok sangat masuk Mydin.. urmmm.. Makan jangan cakap lah, aku dengan Ayie ni memang kuat makan, u all tengok je badan kita orang kurus & berketul-ketul... Tapi makan.. OMG.. Tuhan je yang tahu.. u all tahu.. Time kat McD tu,  aku makan sampai 3 large set . Tapi kongsi 2 orang lah.. Kot aku sorang makan 3 set. Mati kekenyangan dowh.

Kebetulan petang tu aku ada appointment's dengan syarikat 1 ONE. Yang ni untuk terapi kesihatan punya. So aku luangkan masa dekat 2 jam juga untuk terapi tu. Baki lagi 11 sesi.. Esok baru buat. 


Ni dia tempat terapi yg aku maksudkan.. eLife digunakan untuk membuat terapi.


Hahaha.. Tu dia En Prince sedang menjalani rawatan.. Walaupun rawatan agak mahal.. Tapi agak berbaloi.. Thanks Mr. Ayie yang terpaksa kena snap pic Prince. lol...

...Cerita Tamat...



24 October 2011

Part Time Study..

TAWARAN MENARIK UNTUK GOLONGAN BEKERJA:

Program Eksekutif Diploma/Degree/Masters Separuh Masa Universiti Utara Malaysia & Asia e University. Hanya (15 BULAN) SAHAJA. Kelas pada hujung minggu. Sebulan hanya 2 kali sahaja..

LOKASI:- Melaka & Kajang,...INTAKE NOV/DEC 2011...Antara program yang ditawarkan:

1.Pengurusan Pntadbiran Pejabat
2.Pengurusn Sumber Manusia
3.Pengurusn Perladangan
4.Pengurusan Pengilangan
5.Pengurusn Perniagaan & Kepimpinan
6.Pengurusn Supply Chain & Logistik...


Kelayakan:SPM min 3 Kredit/Umur 20-50 Tahun/Mempunyai Pengalaman Kerja...Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi. 
013-6296023 (En. Zuhairi)

21 October 2011

Rahsia Yang Mungkin Korang Semua Tak Pernah Terfikir..

...Cerita Mula..

Entry hari ni aku amik dari FB je. Tapi kita boleh kongsi bersama yew.. 



BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

...Cerita Tamat...

19 October 2011

Kalau Berjanji Tolonglah Tepati..

...Cerita Mula..

Hye all, Assalamualaikum... Today aku just nak melahar secara kecil-kecilan.. kalau aku cakap nak MENGHANJING.. Kasar sangat bunyi dia.. Macam biadap sangat.. Korang ingat bisnes je boleh buat kecil-kecilan.? Lahar pon boleh apa.. Urmmm.. Ekceli aku memang tak puas hati dengan bakal my students. Ye lah lah, aku dah bagi tahu tentang program yang aku buat. Okay.. dia orang faham 980%...

So, tak kira lah Melayu, Cina & India..Semua faham.. Semua tahu apa yang aku cakap. Apa yang buatkan aku MENGGILA vs nak  MEROYAN.. Bila dia orang buat janji palsu.. Aku tak tanya pon bila nak submit dokumen.. Dia orang yang gedik  berjanji nak serahkan kat aku.. siap bagi date yang tak tahan tu..  Bila sampai masa.. Semua HILANG tah kemana.. Bila call.. Minggu depan lah.. Penyata KWSP tak ada lagi..  Offer leter tak ada..Or sijil SPM hilang lah.. Ada yang terus tak angkat .. paling KEJI bagi no tipu.. yang ni memang durjana betul... Okay fine.. Aku faham...

Lain kali, kalau benda tu tak ada, tolong jangan nak berjanji.. Kau  ingat kau siapa? DIVA? RATU?PRINCE? PRINCESS? or ANAK RAJA? Kot kau DIVA sekali pon.. peduli apa aku.. banyak cantik muka korang semua.. Ingat aku ni boneka? Patung? Tunggul? Suka-suka nak main kan aku.. Yang paling seronok bila Ustazah & Ustaz pon ada juga termasuk dalam golongan yang aku sebut ni.. sorry to say lah.. Memang kenyataan.. kalau tudung kau labuh sampai tanah pon.. Kalau hidup nak menipu orang.. Tak kemana pon...


Dah lama aku tak publish pic hodoh aku.. Amik kau.. Ko simpan lah pic ni dalam lappy kau... Auuuwwww..

P/s- Tak semua students aku yang buat macam ni..Cuma segelintir sahaja.. Thanks kepada mereka yang bagi kerjasama dekat aku..

...Cerita Tamat..

16 October 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi MARA
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
Tercari-cari dimanakan kedudukan UPSI.. tengok punya tengok.. ada jugak no.. walaupun no 19.. okay lah jugak dari tak da langsung.. :)


...Cerita Tamat...

14 October 2011

Cinta Muka Buku- Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Lagu Pilihan Hari Ni..

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza Falling In Love



Once in a life time
An angel sweeps u off your feet
And everything I’m about
Disappears before my eyes
You’re taking me higher when I hear u speak to me
It feels so familiar that I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see u in my dreams
You’re taking me higher
When I hear u say my name
I’m trying to tell u
That I never want to let u go

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

Over and over again
It plays out in my mind, I can see it clearly
You’ve given me something new to believe in
Come take me away
Oohhh (Come take me away)
Away
Come take me away
Away (Come take me away)
Away, away

(2x)
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

I’m falling in love(3x)
Love love…with you.
P/s- Memandangkan hari ni aku cuti, terpekik terlolong dalam bilik.. Ha3.. Ada aku kisah?