Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

02 April 2010

Teknik Untuk Berhadapan dengan Hantu

...Cerita Mula...
Relax U All, jangan gelabah.. jangan rasa pelik untuk entry malam ni. Aku tahu hari ni Jumaat. Hantu pon banyak.hehe.. So, apa lagi jom ikut aku, yang ni  cara nak halau hantu. cara ni tak guna tok pawang, bomoh, dan mak nenek bagai..  cara ni aku reka mengikut teori Prince Hairi. Jom layan.....

Pocong
Pocong merupakan hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak, ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Ho3.. ok x cara ni?

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Bila dia dah malu “KOMPOM” dia lari dari kita. Lalala..

Pontianak 
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Pontianak biasanya x suka lagu “PULANGKAN” nyanyian Misha Omar. So, kalau U All tahu lagu ni. Tolong nyanyi kuat-kuat. Mesti dia sakit telinga dengar.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Wakaka..

Hantu Galah
Aku pon x pasti macam mana rupa hantu galah ni, search dalam google dan yahoo lebih kurang macam ni lah rupa dia. Hantu Galah ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Tapi tinggi dia lebih kurang KLCC. Hantu ni x boleh tunduk,  kalau dia tunduk dia jatuh dan x leh berdiri lagi.

Jerangkung
 Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak. Mesti dia jatuh, kalau x jatuh juga, U All cakap “ Dengan Kekuasaan bulan Akan Menghukum Mu” yang ni.. “KOMPOM” dia lari lintang pukang... hahahaha..

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya.... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu. U all kan tahu sekarang ni duit satu sen dah tak laku.

Hantu Blog/ FaceBook
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik baca blog dengan buka face book, lepas tu nengok  e-mail berapa banyak yang masuk.. macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca blog Prince Hairi yang Vogue  nie.. macam mana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

P/S- LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU.. TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! ! huhu.. Bila dah baca jangan lupa bagi komen. Suka atau tak suka komen je. Pilih hantu mana yang U All nak lawan.ngee..

3 comments:

Daniel said...

kalau ikut teknik yang ni, tapi hantu x lari juga macam mana? tiba2 hantu tu yang kejar kita. boleh mati dekat tempat kejadia. ho3

HairiAks said...

Ala.. nama pon teknik.. klu x lari juga.. gigit je hantu tu.. kalau x biar je hantu tu bunuh. bila dah mati balas dendam balik dekat hantu tu. lapas ni hantu Vs hantu.. lagi menarik kan.. huhuhuha

Coffee said...

entry yang menarik.. aku suka hantu faceBook tu. sebab tu lah hantu segala hantu dekat dunia ni.