Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

30 November 2010

Bersukaria Sambil Cuci Mata Di Kalumpang

...Cerita Mula...

Hey all, hari ni aku sempat menghabiskan masa dengan classmate dekat Kalumpang. Memang seronok dowh. Tapi tak semua yang join. Ada lah dalam 12orang. Walaupun 12 orang yang join, aku rasa macam 200 orang yang datang. Semua beruk, monyet, kera & mawas cabut lari. Tetiba jadi kecoh dalam hutan tu.


Aksi rakus Prince & Wan masa makan. Menu utama:-

Mihun Goreng
Murtabak Maggi
Daging Goreng kunyit
Keropok Ikan
Keropok Moni
Sandwich
Agar-Agar
Puding
Air Sirap 


Ha.. Ini dia antara peserta yang terlibat dalam aktiviti terjun menerjunkan diri. 


Salah satu gambar yang WAJIB dimasukan. Pic Berfoya foya dengan Mak Cik Lyia & Nenek Nurul.



P/s-Thanks kepada Nurul, Lia, Nisa, Zura, Pija, Wan, Nan, Wen, Richard, Syah & Zaidi yang join. Memang best sangat. Thanks juga kepada mereka yang bertungkus lumus sediakan makanan untuk Prince. Sayang u all. Mwaahhhh...

...Cerita Tamat...

29 November 2010

UPIK ABU, PRINCE dan LAURA

...Cerita Mula...

Hey All, selamat sore. Lama bangat ngak ketemu ya. Iya.. Aku lagi capet. Aku lagi tired.. Aku lagi penat.. Ekceli aku mau bilang sama kalian semua. Yang aku sekarang ni sedang menonton drama sinetron UPIK ABU, PRINCE dan LAURA. OMG, walaupun udah berkali kali nonton, tapi aku masih lagi boleh mengilai sorang diri. Lucu bangat watak Si Laura tu. U know, mulut dia.. Very sexy bangat.. Kalah ke"sexy"an bibir kawan baik My Mum.. Makcik  Angelina Jolie. Ayooyoo... Kapan aku ketemu sama Mak Cik Angelina Jolie...



OMG.. OMG.. OMG.. Tetiba pulak pic Prince ada kat situ. So, do i care? Ekceli, i  teringin sangat nak belakon dengan mak cik dua orang tu. Tapi kan, nak buat macam mana. Tak da rezeki. So, edit pic pon ok what.

P/s- Dalam masa 3 hari, aku dah tengok 60 episode tanpa sebarang skip yer. Ini bukan tipu. Tapi memang reality. Makan Upik, minum Abu, Mandi Laura... Semuanya UPIK ABU & LAURA punya pasal...Sekarang tinggal lebih kurang 70 episode lagi. Mampukah aku menghabiskan cerita ni? Wait & see okie...

...Cerita Tamat...

25 November 2010

Zuhairi Bin Zainol Abidin (Prince HairiAks) dah Merdeka!!!

...Cerita Mula...

Hey all, ekceli aku banyak sangat nak cerita. Tapi kan, aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku bukan bisu, bukan pekak, bukan tak reti tulis. U all caya atau tidak, aku tak berbelog 4 hari, tidak main FB 4 hari. Nasib baik aku boleh hidup lagi. Kalau sebelum ni aku tak boleh hidup tanpa FB. Tapi sekarang aku dah boleh hidup. Aku dah buktikan.

Ekceli kan, aku exam dari 23-25. Memang nak pecah otak aku. Kalau boleh scan tunjuk kat u all. Memang aku dah tunjuk otak aku yang terpaksa bekerja keras menghafal teori & fakta. Urmm.. Akhirnya paper aku dah habis tadi. Lepas ni dah boleh kemas barang nak hantar balik N9.



 Oklah.. Aku nak say thanks sangat sangat dekat kawan kawan yang banyak bantu aku sepanjang minggu exam ni. Semua tip, nota & apa apa je yg u all bagi sangat aku hargai. 90% masuk exam..

P/s- Thanks dekat my sifu Mr. Pija yang jadi cikgu paling best. My friend yang lain Wan Besut, Richard, Jasmie, Lina, Ikin, Nurul, Nurul Liza, Kak Mas, Ikhwan,  Nisa, Lia, Hasnan. Serta kawan kawan lain yang banyak bagi pijam nota & bagi Tip.. 

-Untuk kwan kawan yang belum habis exam, good luck untuk u all semua ok. chayok2.. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Aku dah Merdeka.. SMKBJ Jumpa Prince bulan 2 tahun depan.

...Cerita Tamat...

20 November 2010

Makan Paprik Tak Ingat Dunia

...Cerita Mula...

Petang semua, seperti biasa setiap hari Sabtu aku akan update pasal pasar malam. Biasalah, dah tak ada idea nak mencarut apa dalam blog ni. Ekceli petang tadi pergi pasar malam. U all nak tau tak, tetiba aku teperanjat beruk. Pasar Malam dah berubah, semua kedai dah hilang. Muskil juga aku. Tak kan pula orang cuti raya haji sampai 1 minggu. Rupa rupanya layout dah berubah. Tempat makanan dah pindah dekat pasar yang lama. Waktu aku sem 1 sampai 3 memang kedudukan asal pasar malam macam tu. Tapi bila dah masuk sem 4 kedudukan dah berubah. 


 Ni dia, Miss Nurul merangkap PA Prince. Berusia 23 tahun, tidak merokok, seorang yang pemalu, tidak suka bau asap rokok, suka makan cekodok pisang, kuih bom, air kegemaran cincau Jagung.

Hahaha.. Apa yang aku merapu petang petang ni. Ekceli aku nak bagi tahu. Sebentar je tadi Miss Nurul bagi aku paprik, dekat 4 kg 250 gram. Banyak kan? Memang kenyang gila aku makan. Siap bagi kawan kawan lain makan lagi. Tapi kan...  Masih lagi tak habis.. Semua puji sedap.. Semua cakap cukup rasa.. Biasalah kan.. Kalau makan free semua sedap.. cuba aku caj sorang RM4. Mesti dia orang cakap tak sedap, masin, kurang susu, kurang gula. Tapi, aku bukan nak mengampu lah.. Memang sedap dia masak. Rasa macam kakak aku punya paprik jer. 

P/s-Thanks My Gugi Muci Nurul yang masakan Paprik untuk Prince. Memang best sangat sangat. Terjongkit kening masa makan. Hik3...

...Cerita Tamat...


18 November 2010

Banana is a Pisang

...Cerita Mula...

Hey all, sebenarnya aku suka suka nak keluarkan entry ni. Petang semalam aku ternampak pisang tergantung depan kedai runcit seberang jalan rumah aku. Tetiba pulak teringin nak makan pisang. So, apa lagi. Aku beli lah sesisir. Bila sampai rumah terus makan. Bila makan satu, nak lagi satu. Bila makan lagi satu nak lagi dua. OMG, apa sudah jadi dengan aku. Tak mungkin dah kena rasuk dengan hantu pisang. Lebih kurang 30 minit pisang aku dah habis.



Bak kata pepatah, alang alang menyeluk pekasam biar aku makan sampai kenyang. Hahaha.. apa lagi.. aku pon terus beli lagi 4 sisir. Bapakkan sedap rasa pisang tu. Sampaikan aku ketagih dowh. Tokei kedai tu  tetiba pulak buat buat teperanjat aku beli banyak sangat, dalam hati dia suka nak mampos aku beli banyak. Dah tu siap tanya lagi mau buat kenduri ke? Tengkorak hidup dia nak buat kenduri setakat 4 sisir. Nak buat taik gigi pon tak cukup. Sebenarnya dia saja je nak ngorat aku. ( mood perasan gila  vs syok sendiri).


Bila dah makan pisang, mengidam pulak nak makan banana splits. Oh My God.. Oh My God.. Oh My God (Cuba gayakan mengikut nada suara Laura dalam cerita Upik Abu & Laura.. Mesti cute muka u all kan..) hahaha..

P/s- Sekarang masih lagi dalam mood study, tapi  kan.. Otak aku masih lagi ting tong.. Tak tau kenapa.. Urrmmm..

...Cerita Tamat...

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

...Cerita Mula...

Salam semua, dikesempatan ini aku ingin ucapkan salam Aidiladha kepada family yang berada di Negeri Sembilan, saudara mara yang berada di Malaysia mahupun di luar negara, kawan-kawan UPSI, Blog, FB, Tagged, Twitter, YM, Skype, My Space, MSN, Friendster, Gmail dan seluruh rakyat Malaysia yang mengenali diri saya.
 

Urmm..Tahun ni, i terpaksa beraya rumah Isteri Muda pulak dekat Australia. So, kepada family kat Negeri Sembilan. U all jangan sedih  yer.

P/s- Berhati hati ketika memandu, Ingatlah scandal yang tersayang.

...Cerita Tamat...

13 November 2010

Tak Nak Perut Buncit

...Cerita Mula...

Salam semua, untuk makluman semua. Aku nak ajak anda semua rasa apa yang aku rasa. Dekat 5 hari aku tak makan nasi. Tiba tiba terjumpa pulak nasi kerabu dekat pasar malam. OMG, aku rasa seperti kena rasuk dekat atok jin pulak. Baru ingat tak mahu makan nasi 1 bulan. Tapi semuanya berakhir hari ini. Aku dah termakan nasi kerabu vs makanan sampingan yang lain.

Alang alang  tak makan nasi 1 minggu. Aku topapkan semula pada hari ni. Bukan setakat nasi yang aku beli.  Tapi, tengkorak ayam, kopok lekor, jagung, apam terbalik, apam tertonggeng, otak otak, jagung bakar, air soya, hati ayam, dubur ayam, bebola sotong. Semua aku beli, apa yang tak da? Mak ngan ayah jer yang tak boleh beli. Hahaha... Masa ni aku rasa macam tak cukup lagi. Nafsu makan tiba  tiba sampai ke kemuncak, lebih rakus dari seekor DINOSAURS yang sedang kelaparan. Kalau aku diberi masa 30minit lagi. Kompom 1 pasar malam aku beli. Tapi Pak Cik driver dah ajak balik pulak. Terbantut selera nak beli lagi.


Urmm.. Penat aku diet 1 minggu tapi hari ni berat naik 2.1kg. Tak kisah lah, janji aku tak mintak duit orang lain. Bak kata mak aku, biar mati makan. jangan mati tak makan. Rite? 


Pic masa zaman kebuncitan aku. Sekarang dah slim sikit. Lagi slim dari pekan Slim River.


P/s- Aku try tengok dalam cermin. Tapi perut aku still tak boroi lagi. Doakan perut aku tak macam pic yang atas sekali. Hidup sihat tanpa boroi.

...Cerita Tamat...



11 November 2010

Demam Proton Inspira

...Cerita Mula...

Hey All, petang tadi aku sempat pergi ke showroom Proton, Tanjong Malim. Kalau u all nak tahu, sekarang ni kecoh pasal kereta proton baru. Nenek & Atok aku kat kampung pon sibuk nak gi showroom. Kepada mereka yang masih tak tahu kewujudan Proton Inspira kat Malaysia. Aku akan cerita sikit kat u all semua.


Ini dia Proton Inspira, agak segak kalau dipakai oleh sesiapa sahaja tak kira umur.

Proton Inspira merupakan sebuah model yang diadaptasi daripada model Mitsubishi Lancer dengan dilengkapi enjin MIVEC bersama-sama transmisi manual dan CVT. Walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pemerhati automotif tanah air, peminat dan rakyat Malaysia secara umumnya yang menganggap Proton telah gagal dan berpatah balik ke belakang, pihak pengurusan Proton cekal mendepani sebarang cabaran, tanpa meminggirkan segala kritikan dan cemuhan, sebaliknya berterima kasih ke atas semua pandangan, kritikan dan sokongan terhadap mereka selama ini. Beza diantara Proton dengan Mitsubishi Lanser hanya dekat bumper hadapan dan bahagian luaran sahaja. Selebihnya hampir sama jer.



P/s- Tahniah kepada Proton yang berjaya mengeluarkan model Inspira. Lepas ni boleh ramai ramai pergi tengok macam mana rupa kereta yang sebenar. Kalau u all nak komen pasal kereta ni, komen lah puas puas. Bagi aku, Inspira merupakan kereta paling terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton. Poyo jer ayat aku kan?

...Cerita Tamat...


10 November 2010

Happy Best Day Wan

...Cerita Mula...

Hey all, today birthday wan aku. Kalau kat Negeri Sembilan aku panggil wan. Tapi kalau di Perak panggil opah. Wan pula gelaran untuk laki laki kat Perak. So, dikesempatan ini aku nak wish happy birthday untuk wan aku. Tapi kan, aku tak ingat berapa umur dia. Kalau tak silap macam 70 tahun kot. Aku pon ingat ingat lupa. Kalau tak 70 tahun, 80 tahun kot.


Hahaha.. Ini dia wan kesayangan aku dulu, kini dan selamanya. Baru 4 hari lepas jumpa dengan dia kat kampung. Aku paling suka masakan dia. Memang best.


Kalau u all nak tahu, aku dengan wan aku. Mempunyai hobi yang sama. Nak tau apa? Shopping & jalan jalan serata alam. Biasanya kat kampung aku akan ajak wan jalan jalan & shopping.


Kalau u all nak tau, time interview untuk masuk UPSI. Wan aku yang temankan aku pergi USM, Kubang Kerian, Kelantan. Memang terharu masa tu.Sebab dia nak temankan aku.Sebenarnya tujuan utama shopping jer. Ngee.. Selamat dapat masuk UPSI. Kalau tak.. Malu dowh...

P/s- Walaupun umur wan aku dah tua. Muka dia still muda ok. Tak ada pakai susuk pon. Kalau nak tahu apa rahsia dia. Tanya lah dengan aku. Hahaha..

...Cerita Tamat...

09 November 2010

Cara Paling Berkesan Kepada Mereka Yang Tidak Boleh Tidur

...Cerita Mula...

Hey all, mesti ramai diantara kita yang mengalami masalah tidak boleh tidur. Setelah aku melakukan kajian selama 4 hari. Akhirnya aku berjaya mencipta ubat untuk mereka yang tidak boleh tidur. Kalau family aku tahu. Mesti mereka berbangga dengan kejayaan aku. Mesti mereka buat kenduri 7 hari 6 malam. Lepas ni, aku bioleh mendapat gelaran Prof Madya di atas sumbangan aku kepada dunia. Hahaha (Aku memang suka berangan). Tolong jangan nak gelak okie.

Caranya memang mudah, memandangkan sekarang study week. Aku perlu membaca berpuluh puluh buah buku. Baik bahasa Melayu, Cina, Iban, Inggeris dan German. So, kepada mereka yang tidak boleh tidur. Sila baca buku yang banyak mengandungi teori or fakta. Aku yakin 230% kurang dari 10 minit u all semua akan tidur. Kalau tidak percaya, sila cuba sendiri. Tidak perlukan duit beribu ribu ringgit untuk beli ubat tidur.


Hahaha.. Sempat snap pic.. Sebelum aku menidurkan diri di library. ZzzZzzzz.. Mak guard kat situ tidak boleh berkata kata ketika ini. Hanya mampu melihat air liur basi yang memenuhi meja..Weekkk.. ( Cuba u all bayangkan)


P/s- Saya telah berjaya untuk menidurkan diri kurang dari 10 minit. Anda bila lagi. Cuba sekali pasti nak lagi. Kalau u all nak tahu, dah 4 hari buku yang baca aku. Mesti kawan kawan aku bahagia tengok aku tak dapat study. Arghhh...

...Cerita Tamat...

07 November 2010

Empty

...Cerita Mula...

Salam semua, u all mesti perasan. Semenjak tiga menjak ni. Asyik banjir jer. Kesian kat mereka yang terlibat kan. Kalau u all nak tahu. KTM pon tak jalan. So, apa lagi. Masa aku balik dari Langkawi. Aku terpaksa pula menyewa bas untuk balik ke Tanjong Malim 3 hari lepas. Kesian kawan kawan aku yang join trip Langkawi. We all terpaksa bayar duit tambahan. Memang sedih aku tengok muka dia orang semua. Tapi, nak buat macam mana kan. Nak tak nak, dia orang kena juga bayar. Kalau tak bayar faham faham sendiri lah.

Hari ni, seharian hujan dekat Tanjong Malim. Kemungkinan besar akan hujan dan terus hujan. Bila hujan, faham faham je lah. Nak keluar pon tak boleh. Sebagai langkah berjaga jaga. Aku dah beli stok makanan untuk 3 minggu. Aku takut mati kelaparan dalam bilik ni. Kalau u all nak tahu, aku ni jenis manusia yang tidak suka makan nasi. Bagi aku, nasi boleh membuatkan kita jadi gemuk dan menjadi sedikit PEMALAS. 

Untuk 3 minggu ni, MENU utama aku daging burger, spicy wedges, sosej, roti yang sarat dengan gandum, biskut jacobs, mineral water & coklat. Aku nak cuba meng"diet"kan diri. Mogok tak mau makan nasi, mogok tak mau makan ayam lagi. 

P/s- Aku rasa paling lama tak makan nasi cuma 3 hari je. Hik3.. Oit.. Lupa pulak.. Apa kaitan tajuk dengan cerita aku? hahaha

...Cerita Tamat...

04 November 2010

Trip Langkawi

...Cerita Mula...

Hey all, akhirnya dapat juga aku berblog. 3 hari tak update. Entry hari ni just nak tunjukan sedikit pic masa stay dekat Langkawi.


Semasa di Jeti Kuala Kuah. Berhampiran dataran Lang.


OTW nak gi gua Kelawar, Pulau Kasut, Kulim Geoforest Park & Pulau yang aku dah lupa nama.. Hik3..


Shopping di Beras Terbakar, beli ole ole untuk papa, mama, sibling, & kawan kawan.


Sempat snap pic dekat Gunung Mat Cincang..


Shopping Coklat dekat Ismail Group.. Macam macam ada..


Sempat melompat seperti beruk kena belacan bersama kawan kawan yang terlalu gila gila.


Kilang gamat, time ni boleh celup tangan dalam gamat yang mendidih lagi. Walaupun panas, tangan u all tak melecur pon.


Prince with Lyn & Eby


P/s- Banyak lagi pic yang belum upload. malas nak upload banyak-banyak. Cukuplah sekadar apa yang ada. tunggu entry seterusnye ok...

...Cerita Tamat...