...Cerita Mula...
Salam semua, u all mesti perasan. Semenjak tiga menjak ni. Asyik banjir jer. Kesian kat mereka yang terlibat kan. Kalau u all nak tahu. KTM pon tak jalan. So, apa lagi. Masa aku balik dari Langkawi. Aku terpaksa pula menyewa bas untuk balik ke Tanjong Malim 3 hari lepas. Kesian kawan kawan aku yang join trip Langkawi. We all terpaksa bayar duit tambahan. Memang sedih aku tengok muka dia orang semua. Tapi, nak buat macam mana kan. Nak tak nak, dia orang kena juga bayar. Kalau tak bayar faham faham sendiri lah.
Hari ni, seharian hujan dekat Tanjong Malim. Kemungkinan besar akan hujan dan terus hujan. Bila hujan, faham faham je lah. Nak keluar pon tak boleh. Sebagai langkah berjaga jaga. Aku dah beli stok makanan untuk 3 minggu. Aku takut mati kelaparan dalam bilik ni. Kalau u all nak tahu, aku ni jenis manusia yang tidak suka makan nasi. Bagi aku, nasi boleh membuatkan kita jadi gemuk dan menjadi sedikit PEMALAS.
Untuk 3 minggu ni, MENU utama aku daging burger, spicy wedges, sosej, roti yang sarat dengan gandum, biskut jacobs, mineral water & coklat. Aku nak cuba meng"diet"kan diri. Mogok tak mau makan nasi, mogok tak mau makan ayam lagi.
P/s- Aku rasa paling lama tak makan nasi cuma 3 hari je. Hik3.. Oit.. Lupa pulak.. Apa kaitan tajuk dengan cerita aku? hahaha
...Cerita Tamat...
7 comments:
salam, ipoh tak hujuan la pulak
heheheh! kat Kuching ni hujan aje... ;)
nyenyak gak tito! huuuh
org kt s.alam xhujan pun..
angin2 mcm nk hujan tp tak hujan2..
selamat duduk dirumah sempena hujan!
~
x tahan btul...siap sedia makanan utk 3 minggu..hehehe...mcm la dekat alaska kan...nak kena hibernasi..kihkihkihkh...
(mmg x kene mngena ngan tajuk..)
Tajuk takde kaitan langsung ngn entry! hehe.
eh, macam burger tu dikira diet ke? haha. macam tak je
nak sihat kena makan seimbang.. makan masa lapar.. berenti sblm kenyang
tahan kew xmkn nasi??
hehehe..
Post a Comment