Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 December 2010

Bila Kaki Tersepit Di Eskelator

...Cerita Mula...

Hey all, semalam aku sempat shopping di Melaka. Banyak juga tempat yang aku pergi. Mahkota Parade, Dataran Pahlawan & Melaka Sentral. Dipendekan cerita, bila sampai di salah sebuah shopping di Melaka Sentral ( Shopping yang agak besar dan debom). Bermulah peristiwa  yang agak menghayat hati.

Masa aku dengan My Sis sibuk memilih jam tangan.Tiba tiba orang ramai menjerit & berpusu ke eskelator (Tangga Begrerak) berdekatan kedai Jam. OMG, seorang kanak kanak Cina tersepit kaki di eskelator. Hampir 1 jam lebih barulah dapat dikeluarkan. 

  
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan  mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal. Korang  tahu, separuh nak mati  budak tu menjerit kesakitan. 


Lebih kurang macam ni keadaan pada masa tu. Bayangkan kaki tersepit dicelah eskalator. Memang sakit kan? Kalau  aku yang tersepit macam ni, kompom koma 3 hari 3 malam. Boleh trauma dowh. Mati hidup semula pon aku tak hingin  naik  eskelator. Aku rela  guna tangga or lif.


Yang ni pic orang tersepit jugak, akibatnya kaki dia hancur & cacat. Tak pasal pasal , malam tadi aku  mengigau pasal budak tu.

P/s- Aku nak pesan dekat diri aku & korang semua. Lepas ni, kalau nak naik eskelator... TOLONG  berhati hati. Kalau boleh, elakan pakai selipar Crocs, Jepun & apa apa selipar jenis getah. Tak lupa juga kepada mak & bapak bapak dekat luar tu. Korang pastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan selamat.

...Cerita Tamat...

25 December 2010

Selamat Hari Natal

...Cerita Mula...

Salam semua, rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Natal kepada mereka yang sambut hari ni. Walaupun tak semeriah hari raya puasa. Aku pon celebrate juga. Biasalah 1 Malaysia kan? So, semua perayaan aku sambut. So, jom kita ramai-ramai pergi rumah terbuka Hari Natal kat Kg. Portugis, Melaka.

Tahun ni nasib aku sangat malang. Aku celebrate Hari Natal dalam keadaan kesakitan. Korang nak tahu tak. Boleh aku terlangar bucu katil. Sakit dowh... Habis koyak kaki aku. Kena 14 Jahitan. Darah banyak sangat. Kaki aku koyak rabak. Jatuh saham Prince. U know, kompom akan berparut kaki aku. Lepas ni kompom tak makan kicap.

Masa kena tu, aku rasa macam nak pitam. Tapi kan.. Aku buat buat tak sakit jer. Biasalah, tak kan aku nak jerit jerit macam orang gila kan? Lepas makan ubat, jahit & balut. Terus tidur, Pagi tadi dekat jam 11 baru bangun.

P/s- Sakit sakit kaki. Sakit lagi hati aku. Tak ada mood nak upload pic untuk entry kali ni. Sekarang masih dalam mood berkabung. Nak tahu kenapa aku sangat emo. Wait & see.. Tengah mengumpul bukti. Tengah menjadi spy. Tengah memikirkan sesuatu. Renung renungkan dan selamat beramal. :-)

...Cerita Tamat...

22 December 2010

Membosankan Diri Di Kampung

...Cerita Mula...

Hey all, bosan kan cuti sekolah ni. Ekceli aku nak bagi tahu tahu. Sepanjang cuti ni. Aku just terperap dalam rumah. Paling best bila berat dah bertambah berkilo kilo. Kulit pon semakin gebu. Pipi semakin montel. OMG, dah macam adik Doraemon pulak. ( Mood perasan nak mampos.. lol..)



Yang ada kat rumah cuma my mum & dad jer. My sis & bro macam biasa busy dengan kerja dia orang. Bila dah bored, macam biasa lah. My sis yang selalu jadi mangsa untuk temankan aku jalan jalan & shopping. Memang best, paling best sekarang ni tengah Mega Sale. Kalau boleh nak beli jer semua yang ada. INGAT.. Belanja mengikut kemampuan bukan mengikut hawa nafsu.

P/s- Rindu dengan someone.. Miss kawan kawan Taman Nusa yang gediks tu.. lol...
-Tak sabar nak tunggu result exam .. :-)

...Cerita Tamat...

20 December 2010

1 Year + 274 Entry + 943 Followers

...Cerita Mula...

Morning all, diam tak diam sudah satu tahun aku berbelog. Rasanya baru seperti semalam aku menulis. Kalau u all semua nak tahu. Pada 18-12-2010. Genap 1 tahun usia blog ini. Pada mulanya, tujuan aku menulis bukan untuk meluahkan rasa hati atau nak buat cerita sedih. Cukuplah skadar suka suka. Tapi, bila dah tak ada idea nak tulis. Semua cerita aku tulis. Dari sejarah hidup, kawan kawan, keluarga, dan macam macamaku carutkan dalam ni.

Sepanjang 1 tahun aku berbelog, sebanyak 274 entry dan 943 orang yang follow. U all ingat senang ke nak update hari hari. Bukan senang nak suruh orang follow, bukan senang nak cari  bahan untuk dimasukan.  Kadang kadang aku terpaksa menghabiskan masa untuk menghadap binatang ni. Mula mula memang boring tahap dewa. Tapi lama kelamaan aku dapat juga membiasakan diri. Kadang kadang otak aku jadi tepi dowh. Tak ada idea nak tulis apa. Ekceli aku pernah mencari ilham dekat dalam hutan, gunung ganang, sungai mungai, & macam macam lagi untuk mendapatkan ilham untuk menulis.




P/s- Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca  blog aku. Thanks kepada mereka yang menjadi follower aku. Tanpa u all semua blog ni tak kemana pon. 

...Cerita Tamat...

17 December 2010

Alahai Prince...

...Cerita Mula...

Hey all, selamat petang. Ekceli dekat Negeri Sembilan musim salji. Korang percaya tak? Mati hidup semula pon aku tak kan caya salji turun. Hari hari hujan turun. Pagi, petang, siang malam hujan jer. Nak keluar pon terbatas. Korang tahu tak, tak berkembang minda aku dok terperap dalam rumah. Walaupun minda aku tak berkembang, tapi isu semasa still aku tahu ok.



Muka yang agak tertekan masa ni. U know, marah dengan syarikat pembekal jalur lebar yang agak terkenal di Malaysia. Tunggu entry seterusnya. Aku akan luahkan segala suka & duka syarikat ni.

So, macam biasa. Masa yang paling sesuai untuk membuat tahi mata adalah ketika hujan. So, jom kita tidur.

P/s-  Penat menguruskan intenet rumah yang ada masalah. Sehingga blog aku sangat terabai minggu ni. Bila keadaan dah okie. Aku akan explore blog korang semua. Mwaahhhh...

...Cerita Tamat...

08 December 2010

Akhirnya..

...Cerita Mula...

Hey all, korang nak tahu. Aku baru selesai kemas barang-barang. Berkotak kotak & berbeg barang aku. Ekceli aku nak pindah rumah. Aku dah tak stay Tanjong Malim. Sedih rasanya nak tinggalkan bumi Tg. Malim. Banyak kenangan dekat sini, pahit, manis, suka & duka aku kat Tg. Malim. Lepas ni aku akan kesepian meninggalkan orang yang aku sayang, ex housemate Taman Nusa, kawan kawan UPSI, My Best Friend & Kedai Makan Panel aku. So sad... Aku masih tak dapat nak lupakan kenangan manis dekat sini.


May be aku akan rasa kekok bila balik Negeri Sembilan. Aku tak tahu macam mana nak terima perubahan ni. Aku pasti rindu dengan kawan kawan. Lepas ni sape yang nak ajak aku jalan jalan. Belikan makanan aku, temankan aku shopping? Paling sedih bila aku tak dapat jumpa My Best Friend.

P/s- korang doakan aku mampu menempuhi semua dugaan ini yer. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Doakan aku berjaya menamatkan praktikum.

...Cerita Tamat...

03 December 2010

Celebrate At Sky Java Cafe & Taman Nusa

...Cerita Mula...

Hey All.. Ekceli aku baru lepas celebrate lagi. I am so tired. Tapi kan, tuhan saja tahu macam mana GUMBIRA hati dan perasaan aku. Kalau sebelum ni, paling banyak pon dua or tiga kali sehari. Tapi kali ni berkali kali pulak. Aku rasa dah macam artis pulak.( mood perasan lagi mengada ngada vs gediks).



Okie.. Yang ni pic makan makan dekat Sky Java Cafe. Macam biasa lah. Sebelah aku ni tak lain tak bukan my best friend 4 ever. Merangkap PA aku juga. ~lol~. Ekceli bukan kami dua orang je dekat sini. Lebih kurang 18 orang yang join, antaranya Lyn, Mie, Farid, Adik, Rizal, Faizal & Ramai lagi lah. Kita orang just makan makan & Nyanyi lagu jer.


Menu utama Chicken Chop +  Ice Lemon Tea + Ice Cream. Hahaha.. Ini semua ditaja oleh someone. Biarlah Rahsia.


Bila sampai je rumah. Tiba tiba lampu padam. Ada surprise lagi. Yang ni my housemate yang buat. Thanks dekat Ikhwan, Hasnan, Helmi, Shide, Richard, Zaidi, Jasmie, & Farhan. Tiba tiba dia orang dalam bilik aku. So, layan je lah.


Cantik kan cake dia. Very budak budak punya cake. Tapi Memang best. Korang jangan pelik pulak. Dekat  cake tu ada nama aku dengan Jasmie.


1,2,3... Tiup... Aduh.. Menyembur air liur... Aku dengan Jasmie.. Birthday kita orang selang beberapa hari jer. So, dia orang celebrate sekali. Memang nak save bajek  kan. ~lol~


OMG.. Selamat tak terbakar rumah.. Tetiba my cake keluar bunga api. Meriah sekejap rumah. Masa ni lah En. Farhan agak menonjol kegedikan dia. Suka sangat dia, sampai joget kegembiraan dia.


Inilah housemate aku. Ekceli aku tak da roomate. Kalau ada roomate mesti best kan? Tapi ok apa dok sorang sorang dalam bilik. Tak ada orang nak memekak dekat telinga aku.


Memang aku dah jangka benda ni akan terjadi. So, sebagai langkah berjaga jaga. Aku dah siap tukar baju. So, korang tengok hasil dia. memang tertarik dan menarik. Kan.. kan.. kan.. Lebih kacak dari seorang badut.


Muka tak puas hati aku...Memang teruk sangat dia orang semua. Sampai hati buat aku macam ni. Muka aku lebih hodoh dari seorang badut. Urrmmmm....

P/s- Thanks kawan kawan... Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku sangat terharu dowh. Aku rasa.. ni kenangan paling manis dalam hidup aku.

So, korang tunggu entry yang seterusnya.. Lepas ni aku nak bagi kejutan lagi.. Aku  celebrate dengan someone lagi.. hahaha.. Of coz my scandal... ~lol~

...Cerita Tamat...

02 December 2010

Surprise By My Dear

...Cerita Mula...

Aloooo... Baru je post entry.. Tetiba nak update lagi.. Tak apa.. Aku tak peduli korang nak cakap apa. Yang penting aku sangat bahagia hari ni. Masa lunch tadi, tetiba kawan aku dari Rawang ajak lunch sama sama. Tapi naluri memang dah berkata kata. Kompom dia nak celebrate birthday aku. Masa tu dia suruh aku gi Secret Recipe. So, aku pon gi lah. 


Yang ni antara cake yang aku makan, korang nak tahu. My dear order 8 slide yang berlainan flavour. Sampai nak muntah aku makan. Paling best banana. Yang paling terbaru. Terangkat kening Prince makan. So, macam biasalah. Aku makan sikit sikit jer. On diet lah katakan.. ~lol~


 Sementara nak tunggu  spaghetti & Nasi Lemak. Sempat sedut air dulu. Memang meriah sangat sangat. 


OMG.. Tetiba pulak  pekerja kat situ datang dekat aku bawa kotak besar & bagi hadiah besar. Sweet sangat sangat.. Siap nyanyi untuk aku dowh.  Aku ingat dia orang semua buang tebiat. Rupa rupanya semuanya sudah dirancang. Siap dapat kad lagi. 1st time dalam hidup aku orang buat kejutan macam ni...
 


Paling kelakar time ni. Aku pergi naik moto. Bila nak balik masalah besar pulak. Kotak tu besar sangat. Aku tak boleh nak bawa sorang. So, sudah tiba masa menyusahkan kawan kawan. So, aku kena pulak jemput kawan aku tolong bawakan hadiah. Terima Kasih kepada dia ek. Siapa dia tak perlu tahu. Ekceli aku malas nak suruh my dear tolong hantarkan hadiah kat rumah. U know, takut budak budak rumah nampak. Tal pasal kecoh satu rumah.


1,2,3.. Jom gelak ramai ramai.. Seumur hidup aku... Ini kali pertama dapat bear.. Hahahaha... selamat colour coklat.. Kalau colour pink.. Memang menagis family aku tengok.. Mesti kakak, mama, sibling & dad bahagia tengok aku dapat bear.


Comelkan bear ni, macam orang yang bagi jugak. So, kepada my dear. Thanks sangat sangat. Memang surprise sangat. Selamat prince tak pensan dekat situ. ~lol~. Oppss.. lupa pulak nak say thanks kat dia.. Semua dia yang belanja.. :-)

P/s- Tunggu entry yang seterusnya.. :-)
 

...Cerita Tamat...

Prince HairiAks 23 Year (Celebrate by Pija & Wan Besut)

...Cerita Mula...

Hey all, hari ni aku sangat terharu gila. Macam macam kejutan dapat dari kawan kawan. Ekceli aku nak bagi tahu yang Pija & Wan Besut celebrate my birthday. Aku pon  tak perasan sangat yang dia orang nak celebrate. U know, kami selalu keluar dinner sama sama. Tiba tiba aku rasa pelik semacam bila dia orang order makanan banyak sesangat. Oklah, korang layan je lah pic kat bawah.



Jom nyanyi untuk aku... Selamat HAri Muda...  
Selamat Hari Muda...
Selamat Hari Muda Prince HairiAks...
Selamat HAri Muda..


 Tetiba pulak aku buat buat terkejut...~lol~


Yeah.. Sate yang best sangat sangat...



P/s- Thanks kepada Pija & Wan Besut yang celebrate my birthday. Sayang kat korang. Hik3.. Thanks daun keladi.. Nanti aku nak lagi...

Tunggu update yang seterusnya... Banyak lagi nak story...

...Cerita Tamat...


01 December 2010

Hot Hot Kilat.. Hot Lagi Prince HairiAks?

...Cerita Mula...

Salam semua, petang ni emosi aku kurang stabil sikit. Cuma ingin luahan perasaan aku. AWAS!!! Bukan untuk meraih simpati dari mana mana pihak. Cuma untuk melepaskan sedikit geram. Aku tahu, petang ni hujan lebat, ribut taufan, puting beliung & banjir kilat.  So My $$#%%  nak suruh aku memetir pulak petang ni.

Nak pendekan cerita, tiba tiba Miss %$%^&&^$  marah tak tentu pasal. OMG, apa sudah jadi? Tak kan pulak pasal hujan tetiba dia nak marah marah? Bila tanya kenapa, tak mau jawab. Bila suruh cakap dia diam. Tak habis habis cakap i kecewa dengan u? Kecewa pasal apa pon aku tak tau. Setahu aku, dah berapa minggu aku tak keluar dengan orang lain, tak makan dengan siapa pon melainkan housemate aku. So, nape pulak nak angin tak pasal pasal.



Korang nak tau tak, dia cakap kecik hati  dengan aku. So, apa aku nak buat? Nak suruh aku nangis sampai keluar air mata darah? Nak suruh aku dodoikan dia sampai tidur atas riba. Kalau tak, nak suruh beli anak patung barbie untuk dia? Weekkk... Dah besar pon nak merajuk & kecik hati. Hati lebut macam tisu.

Kalau ye pon aku salah, tolong bagi tahu apa salah & silap. Ni tidak, emo tak pasal pasal macam orang datang moon. Tapi aku sedikit pon tak amik hati dengan dia. Hidup tanpa masalah.. Smile.. :-)

...Cerita Tamat...