Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

04 April 2010

Qualiti pasangan anda mengikut ISO 9001?

...Cerita Mula...
Entry kali ni x da kena mengena dengan ISO 9001 pon. Aku sengaja menggatal  nak menulis pasal benda ni. Wakakaka... Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat aku telah bertanya satu soalan psikologi yang Hairi  kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, U all dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut?Mesti U all akan cakap nak-nak.. kali ni malas lah pulak nak bergosip-gosip.. huhuhu.. Baik, Hairi  kongsikan dengan U all. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..
Cuba fikirkan sekarang... Fikir...Ermmm... Fikir lagi la ek.... Dah habis fikir ke nie???? OK la, dah habis fikir kan? Apa..!! Belum habis fikir lagi? Nak kena U all ni.. gigit baru tahu... hehe..   dan dah buat keputusan gak kan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Nak tau ke tak nie??? Jawab la... Nak tau ke tak nie???? Senyum la dulu... Senyum laa.....  Macam tak ikhlas je senyum, kena paksa ek.. lalala.. Dah senyum tak nie??? Hihihi.... Baik, mari kita semak jawapan anda...

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda. Anda juga boleh jadi pak or mak guard dekat rumah. Pasti terjamin keselamatan family anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta. Dengan erti kata yang lain anda ni jenis mata duitan, pisau cukur.. dan seangkatan dengannya.. yang ni kawan aku yang cakap...heheheh..
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang. Wow... Sayang lah sangat.. mula-mula sayang.. lepas tu melayang.. betul x? Hehe...
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda. Apa-apa pon budi bahasa budaya kita....
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda. Bukan setakat pasangan anda sahaja.. anda ni boleh dikategori manusia yang vogue.. teruja x?

Hahahaha... macam mana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba...
...Cerita TamaT...

2 comments:

~roslinda~ said...

merepek!
hahaha

HairiAks said...

Memang merepek... lepas ni kita makan kerepek pisang ok.. wakakaka